Saturday, February 28, 2009

Aku bersalah...



Di dunia ini tiap2 kelompok masyarakat, etnik, suku kaum, bangsa telah menjadi warganegara bagi tiap2 negara yg punya sovereignty ke atas wilayah kaum itu..jadi sgt aneh kalau terdengar ada org tanpa warganegara..

Tahukah anda kaum Rohingya langsung tidak diiktiraf warga Myanmar walaupun mereka sudah beratus2 tahun tinggal di wilayah Myanmar..mereka ni hasil keturunan pedagang Arab yg singgah di situ lalu mengahwini gadis2 tempatan..sebab tu majoriti mereka beragama Islam..

Sebulan terakhir ni menunjukkan mereka sudah tidak sanggup berdepan penderitaan di tanah air sendiri..dgn kapal2 kecil mereka berani mengharus lautan Hindi untuk ke selatan..mungkin mereka berharap mahu dtg ke Msia kerana sehingga kini ada 14 000 kaum Rohingya yg diterima sbg pelarian UNHCR di Msia..lagipon sbg negara Islam, mereka mengharap belas ihsan saudara seagama mereka di Msia untuk meneruskan kelangsungan hidup..

Apa yang mengharukan bila kita dgr askar Thai menghalau mereka dari menginjak kaki di wilayah Thai..sudahlah dihalau, ada bekas penderaan lagi..lalu mereka terus hanyut terdampar di lautan luas..sehingga mereka tiba di perairan Aceh n diselamatkan tentera Indonesia..

Sebagai negara Islam terbesar di dunia, Indonesia takkan sekali2 menolak pelarian seagama ini walaupun tahu Aceh masih dlm proses pembangunan semula pasca-tsunami 2004..di pihak kita Msia sudah terlalu ramai melindungi kaum tidak bernegara ini..mampukah kita terus berbelas ihsan dgn mereka..tentu sekali ihsan kita ada batasnya..

ASEAN kena bertindak menekan junta untuk mengiktiraf mereka..kalau nak mengharapkan OIC, sampai ke sudah isu Rohingya ini terus jadi kisah menyayat hati-pertubuhan Islam terbesar pun pandang sepi nasib saudara seagama..kawan2ku, berdoalah moga Rohingya terus mendapat pembelaan sewajarnya..dunia harus bertindak sekarang demi survival mereka..

P/s: Lecturer aku kata (terjemahan BM): "tahu tak kenapa doa kita umat islam agar bumi Palestin aman tak sampai pada Allah..sebab kita double standard..kita sayang Palestin lebih dr segala2nya..kita bantu mereka dgn seikhlas hati..tanpa kita sedar kita langsung tak peduli nasib Rohingya..apa beza mereka dgn Palestin, mereka juga Islam, beriman pada Allah..kenapa tak pernah terdengar suara2 lantang demonstrasi membela mereka..kita lupakan nasib mereka..Selagi kasih sayang kita tak sama rata dgn seluruh umat Islam, selagi itu doa kita tak sampai pada Allah"

~~~~~~~~dgn suara beliau yg semakin sebak..aku turut merasa bersalah kerana rupanya sayangku kasihku tidak sempurna~~~~~~~~

Friday, February 27, 2009

Bertukar menjadi Flashman

Yeah..ini entry yg sgt bebas drpd sebarang isu yg specific..tahan la ye tadah telinga korang dgr aku bebel sat..untuk menandakan kelegaan hatiku bukan kepalang dah habis midterm..hahaha...enjoy..



Flashman..ini drama superhero Jepun yg paling aku minat..masa ditayangkan kat RTM dulu aku baru darjah 2 kut..sgt suke dgn plot cerita dia di mana pada tahun 1986 5 orang bayi-3 lelaki 2 perempuan telah diculik oleh makhluk asing..mereka dijaga oleh sepasang makhluk asing yg wajahnya sebijik mcm Ultraman..5 org bayi ni membesar n diajar seni berlawan dgn kelebihan masing2..

Merah pandai berlawan..Hijau ada tumbukan padu..Biru sgt lincah n ada bintang2 yg boleh dibaling ke arah musuh..Kuning perempuan yg lembut tapi ada manik2 yg boleh meletop kalau dibaling kat Tentera Semut..n Pink perempuan yg ada kuasa sepakan yg kuat..

Depa dihantar ke bumi untuk lawan sepasukan makhluk jahat yg guna big UFO..best tau citer ni..ada drama di sebalik pertarungan Flashman VS Evil..aku punya giler ngan citer ni sampai sanggup ponteng kelas nak tgk episod akhir..sampai sekarang ingat..mcm mana ketua yg jahat tu jadi besar n nak hapuskan Flashman dgn tangan dia sendiri sbb semua makhluk ciptaan dia gagal bunuh Flashman..n akhirnya yg baik wajib menang..mereka siap boleh tawan lagi UFO tuh n berjaya bunuh ketua dia yg jadi raksasa hebat..

Cume tak sure hujung2 depa balik ke planet asal ke stay kat bumi..mungkin Sarah yg warna kuning ke yg pink stay kat bumi sbb dia berjaya kesan balik ibu bapa dia..best sgt..cuma aku harap RTM boleh tak tayang balik..mesti dorang ada simpan lagi kat Arkib Angkasapuri..tolong la tayang weh..aku teringin nak layan balik citer ni..lagi best dari Power Rangers or Maskman..

P/s: Tomatoman pon best..cuma memori kat otak aku dah tak bolh bayangkan mcm mana rupa dorang..tapi yg confim mmg layan gak la..

Wednesday, February 25, 2009

Merahku Berdarah Kuningku Diraja






Puas hati semua kawan2ku yg gigih memerah otak nak cari nama pokok ni..Presenting to u-Tembikai aka Semangka aka Watermelon..yeaah..indah sungguh gambar ni kan..comel2 je mereka berbuah di atas tanah..inilah hikmah berbakti pada tanah..

Dari semak samun yg ditumbuhi lalang paras dada orang dewasa kat blkg rumah jiranku di tepi sungai, tanah tuh dah dibersihkan n dicangkul bagai untuk aku ngan nenek ku yg kurang kerjaan brcucuk tanam..nenek aku dok tanam kacang tanah yg dah dpt hasilnya sekarang ni..manis rasa kacang yg kita sendiri tanam..aku pulak ngan projek mega menanam tembikai..

ni bukan 1st time..dulu masa baru pindah pon aku pernah tanam..dapatla mrasa sebji tembikai kuning bersaiz sederhana..kali ni memandangkan tanah yg ada agak luas, jadi banyak la jugak aku tanam..mudah je..pi la beli tembikai masak kat kedai..bijinya jn dibuang..keringkan la satu hari n pi la tanam mereka elok2 dlm tanah..seminggu pastu ngan takdir Allah tumbuh la mereka..

Harap2 tembikai ni yg berjumlah lebih kurang 10 buahnya akan terus membesar ngan lebih sihat walafiat..dgn baja organik n siraman air tiap petang, ada la jugak hasilnya ko bercucuk tanam ni..bukan tgn kosong je..cayalah..

P/s: esok aku exam..subjek tembikai tak masuk dlm midterm ek..doakan aku tau..

Monday, February 23, 2009

Kalau berani meh teka



Wahai teman2 yg tersinggah di blog ini..Apakah nama gerangannya pokok menjalar ini?meh la meneka kerana aku bosan dok suap korang semua bende..cube la belajar pikir sat..tahu tak???alah senang kut..

KLU: Kadangku merah berdarah..kadangku kuning diraja..

Sunday, February 22, 2009

FS vs FB



aku agak heran la jugak mcm mana FB leh jadi fenomena kat Msia..sedangkan dulu FS yg paling popular..dan paling disukai rakyat Msia..sekarang tak dah..semua berpusu-pusu bukak FB..aku kata mcm nih sebab arituh ada member anta email soh join.aku pon curious la jugak FB ni apa yg best..

n to my biggest surprise..almost everyone in my class got their FB account..even yg tadak FS pon ada..ini satu kejutan budaya..sebab tuh one of my classmates who didn't register FB yet said to me..It's hard to find our classmates yg tak join lagi..

itu aku tak kisah la..aku harap korang jgn tinggalkan FS mcm apa yg berlaku kat Sg Lembing..dulu punya beribu org dtg situh nak melombong bijih timah..siap ada hospital bagai..skang ni dh terbiar sunyi..dtg pon sebab ada Muzium yg canggih kat situ..



FS bagi aku penting la jugak..kat situ aku jumpa ex-shoolmates dri sekolah rendah smpai sekolah menengah..belom lagi Matrix n UIA..kalau fenomena FB ni berterusan aku jamin lama2 org akn malas bukak FS n abandon je dorg punya account..mintak2 la jangan..aku suka FS sebab kat situ mcm2 berlaku..aku belaja bukak blog yg pertama kat situ lah..

19 ogos 2005..hampir 4 tahun yg lalu..Solah yg ajar aku kat CC depan Koperasi Matrix..yg sebelom STAD tu lah..dia kata aku nak nak belajar tak buat blog..aku pelik gak..tu mende apa..so dari situ aku mula berjinak2 menaip apa shj ttg kehidupan ni..sampailah aku stop n delete blog tuh 29 may 2007..nak cecah 2 tahun gak la aku dok bising2 kat situ..pelawat2 pon terhad..ada tak ada yg kawan ngan aku jelah baca..sgt privacy..mcm menconteng dlm diari sendiri..tak ramai yg dtg singgah..

aku bebas giler masa tuh..sekrang tak boleh mcm dulu..aku nak jadi blogger yg matang..sedap dibaca manis didengar..tapi still kalau aku terEMO dan tertulis sesuatu yg berbau peribadi..maafkanlah bak kata Inul Daratista..

Saturday, February 21, 2009

Kupu-kupu malam



Ni versi asal dendangan Titiek Puspa..lagu ni rasanya ciptaan dia..I like this song very much because it tells us the life of night butterfly or kupu2 malam dlm bahasa kita..mesti korang sume tahu kot maksudnya..lagu ni jujur giler..dan sungguh menyentuh kalbu esp this part:

'KADANG DIA TERSENYUM DALAM TANGIS..
KADANG DIA MENANGIS DI DALAM SENYUMAN'




Ni dendangan kedua versi Dewi Yull..yg ni la yang popular ngan lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita duet ngan Broery Marantika..dia bawak dgn best jugak..suara dia lebih lembut dari Titiek Puspa..n versi ni mungkin menjadi rujukan Ariel Peterpan..taktau la..rasa cam lebih kurang je lenggok ngan Ariel..



Ni versi terbaru lebih kurang 3 tahun lepas kut..tak sure sangat..yg ni dinyanyikan Ariel Peterpan utk album tribute to Titiek Puspa..dlm album ni jugak Rossa nyanyi lagu Cinta yg dipopularkan Titiek dgn penuh penghayatan..best sgt Cinta versi Rossa..di tangan Ariel yg lemak suaranya..lagu ni jadi bertambah mengancam..still isu nya yg perlu kita fokuskan..tak kiralah dah 3 orang nyanyi versi berbeza..lagu ni sgt berkesan bagi aku n dekat dengan masyarakat..

Kupu2 malam tetap wujud..tak kira di mana sahaja, ada sahaja yg akan terjebak menjadi kupu2 malam..pulanglah kupu2..pulanglah ke pangkal jalan..

P/s: tak semua yg sukarela..ada yg dipaksa..kesian kupu2 malam..

Thursday, February 19, 2009

Betol betol betol..



Sekocoh2 aku pi Teruntum nak tgk Geng..aku smpai awal n tlg belikan tiket utk 3 lagi kwn aku..tkejut tgk dompet sudah kering ma..nasib baik cukup nak beli utk 4 org..sambil tunggu kat kerusi kayu yg disediakan..terserempak ngan dak Medic UIA 2 org baru nak pi beli tiket..dia tanya aku nak tgk apa..aku pon ngan yakin jwn Upin ngna Ipin..ceh..member tersenyum sinis je..malu pulak aku tercakap kuat..

tapi apa aku kisah..dah aku mmg minat tgk budak-botak-comel-yg-sokmo-cakap-betol2..kembar upin ipin ni fenomena okay..satu malaya kenal kalo tanya kartun apa paling best..penangan drama 5 minit Ramadhan 2 tahun lalu jadi satu kejayaan besar animasi 3D Malaysia jadi bualan rakyatnya..so..tak kisah la dia tersenyum sinis, mungkin dia xminat kut produk2 Msia ni..



1 jam 30 minit dlm pawagam cukup berbaloi..cerita dia mmg suspen towards the end..upin ipin masih menghangatkan panggung ngan gelagat comelnya..telatah depa dok sakat Kak Ros masih mencuit hati..skrg depa ada hobi baru..tak main dah baling slipar tepi msjid..depa suka lastik2 pulak ngan main guli..mmg tradisi kanak2 Msia sangat kan..

Rajoo kanak2 India yg boleh bercakap ngan haiwan pon menarik..dia ni unik ngan lembu kesayangn dia yg dinamakan Sappy..n watak Oopet makhluk spt tupai dari alam lain cukup mengajar kita erti kasih sayang..yelah..Oopet hilang mak dia..so depa sama2 tolong dia cari..sedih sgt masa Oopet nak berpisah ngan Rajoo n UPin IPin..dorang jadi akrab pulak lepas sama2 mengharung gua aneh yg penuh binatang aneh yg geregasi mcm tedung n lintah raksasa..




Cuma patung hantu yg dipakai Singh dgn Kak Sally tuh agak melampau la..takut pulak tgk..aku risau budak2 kecik ni kencing mlm teringat walopon sekadar topeng je..lagi satu kelakar la mak Oopet tu jadi raksasa bila marah..dah sebijik mcm Goku aku tgk..hei..pengruh Dragon Ball betol..Oopet ni pon satu,dah nak jadikan dia ada bahasa sendiri perlu ke ada keluar ayat jepun..sume perasan, habis tergelak satu panggung..huhu..

Dah la..malas nak cerita lagi pjg..nak tau tgk sendiri la wei..sokonglah produk buatan Msia, kita punya animasi skrg SETANDING animasi Hollywood walopon bajet cuma RM 4 juta..mantap la Les Copaque..sure meletop kat luar negara la Geng ni..5 bintang utk anda..

Tuesday, February 17, 2009

Cahaya Indah


Rasa nak nangis tgk kelip2..sob..sob..

Kunang-kunang atau kelip-kelip binatang kecil yg menakjubkan..aku dah lama teruja ngan haiwan yg bercahaya ni..sejak sekolah rendah lagi..rasanya minat yg mendalam ni timbul bila ada satu lagu cikgu muzik ajar pasal kelip2..indah sgt..gambaran suasana malam dihiasi cahaya kelip2..

sejak tahu apa itu kelip2, aku selalu impikan nak tgk binatang ni live..masalahnya ia tinggal kat pokok Berembang kat tebing2 sungai kan..mana hala nak cari sungai malam2..seram la weh..

tapi Allah makbulkan doa aku..masa tu aku mungkin darjah 5 ke 6, dah tak ingat la..kat Irsyad tiap2 bulan ada Qiyam utk Syabab Fatayat..ala2 pengakap la tapi versi lebih Islamik..kena tidur kat sekolah..seronok jugak tidur kdg2 dlm khemah kdg2 kat surau..

masa tuh lepas Isya'..aku ngan beberapa member nak pi Tai Seng, pasaraya sebelah Nirwana Maju tu..aku ikut jalan pintas cross kampung Kurnia ni..masa tu kan malam, gelap jugak..



tiba2 je aku terpandang atas, nak dongak tengok langit..sekali nampak bercahaya je pokok kelapa yg tak tinggi sgt..aku berhenti sekejap..eh..tu bukan kelip2 ke..ye laweh..teruja giler tgk ada segerombolan kelip2 tgh main2 kat pokok kelapa tu..cantiknya..it was amazing..cahaya tuh terang mungkin sebab banyak gak la member kat situ..aku cam nak nangis dpt tgk kelip2 buat pertama kali dlm hidup...

ye..bagi org lain mungkin biasa..kelip2 je pon..tapi ia indah..aku rasa malam dgn cahaya kelip2 mmg tersangat indah..korang pernah tgk tak iklan TNB yg satu keluarga pi memancing kat jeti sungai..alih2 takde letrik n tak lama lepas tuh beribu2 kelip2 dtg keluarkan cahaya.mmg cantik kan..mungkin tu kan Kg Kuantan Kuala Selangor..satu hari nnti aku nak pi la sana..nak rasa pesta cahaya ribuan kelip2..tak silap aku ada 3 je tempat kat dunia banyak kelip2 termasuk Kuala Selangor..

sebab itu nama pena aku kat sini Kunangsepi..aku bercahaya di malam hari..berteman sepi..hmmmmm

Saturday, February 14, 2009

Gajahku lari gagah berani


Selamat datang ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Lanchang Pahang..ni 1st time aku dtg sini..masa ni aku ngan keluarga abg ku nak pi KL..nak sampai Lanchang, aku citer la ada tempat gajah kat situ..abg ku tertarik nak gi sebab anak dia Afiq mmg nak tgk binatang liar kat Zoo Negara..


Ni aktiviti paling best..tunggang gajah..apa yg buat ia mencabar sebab kita naik tanpa ada bakul tempat duduk mcm kat Thailand..takut gak aku sebenarnya..aku tau gajah boleh naik minyak..aku tgk kat National Geographic, gajah jantan kalau tengah naik sheikh nak mengawan mesti hormon testosterone dia tak stabil..dorang akn mudah mengamuk..tp memandangkan Afiq rilek jer..member langsung tak takut..so aku sbg pak Su kena la buat2 cool walopon hati tuhan je tau..jgnlah jatuh..huhu..seb baik ada abg kat depan tuh kita leh pegang dia..time kasih bang oi, hidup lagi aku..oh ye..satu hari 150 je sticker disediakan utk pelancong..depa hadkan jumlah yg dapat naik gajah utk elakkan gajah2 ni stress ditunggang..so..korang kalao dtg ramai2 call dulu utk reserve sticker..okay..



Anak gajah ni comel sgt..tapi lagi comel member kat sebelah dia..dia kena ikat kat satu pokok..baik je dia ni..ramai foreign tourists pegang2 dia..amek gambar..so aku pon taknak kalah la..tapi still takut walopon kami sama besar..walopon nampak tenang je, aku takut dia stress ramai sgt pegang usap2 dia..amek gambar la..pastu baru aku tau jurucakap tempat tuh kata anak gajah nih Survivor..bukan dia menang realiti TV Amerika tu lah..dia selamat dari serangan harimau liar..walopon cedera luka2 ngan ekor putus, tapi dia mampu lawan sang Rimau yg ganas..hebatkan..dia gi kat kampung org asli nak berlindung..dari situ dorg amek anak gajah yg cute ni n pelihara kat sini..


Sesi mandi manda..masuk sungai semua..bagus..berendam semua..bagus..korang tau tak sungai ni kalau cetek air dia, pelancong leh masuk sekali gosokkan bersihkan badan gajah2 ni..really back to nature kan..tapi masa aku dtg, air pasang n dalam giler..so dorang tak bagi pelancong2 turun sungai takut ada yg lemas..so..kalau korang nak datang bwak baju lebih okay..pi la berendam sekali kat sungai tuh..kalau nak mandi bilik air yg sangat bersih disediakan..jngan risau..surau pon ada..so..kita org Islam takde masalah sgt nak berlibur kat sini..


Acara yang paling orang suka..bagi dorang makan buah2an utk lunch dorang..pisang, betik, n tembikai makanan dorang..korang bebas nak bagi ikut belalai or mulut directly..ada penjaga yg perhati..gajah2 ni agak bernafsu besar..kalau pisang tuh setandan pon boleh dia ngap sekali gus..so kalau nak lama sket, pisang tuh bagi la sebiji2..hehe..tgk Afiq mmg tak takut la gajah ni..dia yg beria pulak nak bagi..mat2 salleh pon ketawa tgk dia selok bagi pisang..huhu..

Best tau Kuala Gandah ni..kalau korang dah bosan ngan pencemaran kotaraya, meh la datang sini..nature welcomes you..ajak satu family or konvoi ramai2 nagn housemates..highly recommended..pagi2 tuh ada video show..doku pasal mcm mana gajah2 jinak kat sini digunakan utk tangkap gajah2 liar kat Semenanjung Msia..so..datang jangan tak datang..

Thursday, February 12, 2009

Fesyenmu menjengkelkanku



Can you spot the not?

sumenya baik di mataku..2 pengacara tgh syok sendiri berusaha sedaya mungkin nak bestkan Mystarz LG..pastu bila aku fokus kan Anne yg belah kanan tu lah..aku perasan satu bende yg obvious giler..

bila aku perhati leklok pebende yg tak kena..rupa2nya...jeng3..

ada mcm satu simbol SALIB kat baju Anne nih..ye yg cross hitam tu lah..yg bhgian dlm kan hitam n dibiar terdedah kat tgh..tali pinggang besau gedabak tu pulak hitam..ye..hasilnya jadilah tanda salib yg sgt menonjol..aku pon pelik la..sapa pereka fesyen nih..walaupon mungkin dia non Muslim tapi dia kena la amek pengajaran isu Adlin pakai rantai bentuk salib masa kritik AF6..

mungkin fesyen error la kut jadi cenggini..whatever la kan..still aku nak pesan la kat artis2 nih..Can you please be more sensitive with ur dress? Selain berkemban satu kesalahan, yang ada salib ni mcm mana..lagi la berganda2 kesalahnnya kan..taktau la nak kata apa..

Wednesday, February 11, 2009

Terkesima akhirnya

Quiz: Hematology n Oncology
Masa: 20 minit jer
Soalan: 20 Objektif (single choice)
Peraturan: 1 markah utk yg betol, -1 markah setiap yg salah
Aku punye betol= 9
Tak jawab= 2
Salah= -9
Keseluruhan= 9-9=0

yer..mmg kosong okay..bila 9 markah ditolak 9 kerana salah natijahnya 0..hahha..nmapak cam kelakar giler kan..ok latuh..ada member aku dpt -8 n -4..semua sebab depa jwb belaka..strategi bila minus marking, JANGAN JAWAB BILA TAK SURE..

tapi semua ni nasib baik tak berlaku..Dr. terima bantahn seluruh ahli dewan utk memansuhkan sistem minus marking nih..kalau tak kan..hari ini dlm sejarah..aku dpat kosong je quiz..yeah....kosong beb..nil..zero..ko ingat senang ke nak dpt..hahha..

P/s= kena struggle lagi midterm nanti..kena score betol2 la. taknak cam semalam baca semua mcm blur jer..

P/s= "I keep asking myself why Msian can't master English, I'm sure if Msians are to learn French ( his second language, they will not be able to compete with people in my country" said a friend of mine..what say you people? Do we really need to do PSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dlm Inggeris) to improve our English? Do you feel humiliated with this statement?

Sunday, February 8, 2009

Friday, February 6, 2009

Thursday, February 5, 2009

Nizar 0 Zambry 1

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tersingkir..Tapi enggan letak jawatan..sensasi sungguh politik negeri Perak..lebih hangat daripada Hot.fm..dengan ada usaha membawa kes ke Mahkamah Tinggi utk bubarkan 3 kerusi DUN yg belot..panas..dengan usaha terdesak PR nak wat Perhimpunan 100 000 rakyat Perak..dengan usaha terakhir Nizar mahu bubar semua DUN Perak..berita terkini- ADUN Pangkor-Dato Dr, Zambry kadir jadi MB ke -11 Perak..percaya atau tidak, tak ada lagi kisah panas politik tanah air sepanas politik Perak..

masa time panas ini..yg kita nak dengar adalah ulasan2 pakar politik drpd kalangan pensyarah2 IPTA kita..bukan lagu Rihanna yg kita nak dengar mengalunkan Ella..Ella..Ella..EEEE..yg aku secara peribadi nak dengar kupasan intelektual drp:

1) Dr. Aisar Yee Abdullah-tak sabar nak baca Sinar Harian 2 3 hari mendatang..confirm ku cari column ulasan politik Dr. Aisar Yee yg sungguh bijak lagi penuh informasi dgn bahasa yg boleh kata "EXEMPTED" kalau standard UIA..kalau boleh Dr. Aisar mesti ulas perkembangan terbaru nih ngan berhikmah..aku beli Sinar semata2 ada ulasan Dr. Aisar..kalau takde confirm stop beli..

2) Dr. Abu Hassan Abdullah-dah tgk tadi kat TV1..dia nh selain stylo ngan fesyen2 kemeja pink beliau, beliau ada pengetahuan Bahasa Melayu yg "superb" omputih kata..istilah2 dia agak tinggi aras kesukarannya dan boleh dpt markah tinggi kalau calon SPM guna utk esei BM..tadi petang dia kata budaya melompat nih adalah digelar oleh beliau sbg "Politikawan Liar"..ambek ko..liar katanya..dah sama pulak ngan haiwan kan..padan muka..lagi satu dia selalu tekankan ayat nih "Merayakan demokrasi"..biasa kita guna utk raya Haji, raya puasa je kan..dia nih guna utk rayakan demokrasi..memang di liga tersendiri Dr. Abu nih..

3) Prof. Hoo Ke Ping-serius aku tak pernah kenal dia nih..tapi tadi mlm mmg best la dia ulas rupanya..dah mcm Prof Emeritus Dr. Khoo Kay Kim sejarawan ulung negara..cuma beza Prof. Hoo ni pakar ekonomi..ayat paling best aku terpikat tadi dia kata- "Sabar, tunggu 4 tahun lagi PRU 13..PR boleh tebus balik semua nih..sekarang nih stop la berpolitik..Kesian rakyat..diaorang nak hidup..nak kejer"..sentap betol dgr kan..betol la dia kata mcm tuh..orang takut hilang keje sekrang nih..so..ekau cukup2 lah berbalah pasal jawatan MB tuh...cayalah Prof..aku mula suka ngan Prof Hoo yg tak pernah aku kenal sebelum nih..ayat last dia lagi best..selamba je dia sound.."Saya taknak 5 hari mendatang RTM ke ASTRO ke dok jadikan isu panas ni highlight..esok start keje..buka pelunag pekerjaan utk rakyat"..wooow..Well Done!

4) lain2 yg aku nak dgr cam Prof. Nizamuddin, Dr. Murugan Pandian n Johan Jaafar..tadi sat sangat diaorang ulas..tak puas sgt..yg penting seminggu mendatang nih semua mata telinga rakyat Msia akan fokus ke negeri Perak..panas weh..

Cuma satu harapan aku jgn Gajah sama gajah bergaduh..kancil kat tengah mati tersepit..kancil tuh kita la rakyat jelata..Ya Allah..jgn ada huru hara di bumi Msia nan membahang sejak Mac 2008..Amin..

Wednesday, February 4, 2009

Alkisah Lompat Lagi

Alkisah melompat tiada berakhir..
Umpama amanah satu jenaka Pak Pandir..
Sudah la sekejap pi hulu sekejap pi hilir..
Ape ko ingat ni dunia tapir..

Hari ni ko kutuk esok puji..
Selok giler masa dpt memerintah lagi..
Elok latuh hari ni ko kembang gusi..
Mana tau esok2 org yg sama khianat janji..

Esok satu Malaya riuh..
Kak Nam2 mula kecoh..
mula la menganyam terkocoh2..
Giler berita hot tak heboh..

Alkisah melompat memualkan Kunangsepi..
Macam lupa pulak manifesto parti..
Tak sampai 11 bulan ko undur diri..
Tahun 2013 tak payah la bertanding lagi..
Orang nak jadi YB ko pon gatal gigi..
Tabur janji sana sini..
Amboi manis betol senyum tak henti2..
Sekarang mula gelabah gila babi..
Ye..biarlah si luncai terjun dgn labi2..
Emang gue peduli!

Tuesday, February 3, 2009

Intan, kok kamu sedih aja?



Orang di Utara bilang langit itu indah..

Aku diam..

Orang di Selatan bilang laut itu indah..

Aku diam..

Orang di Timur bilang bintang itu indah..

Aku diam..

Orang di Barat bilang permata itu indah..

Aku diam..

Orang di Utara, Selatan, Timur, dan Barat diam..

Bila aku bilang kamu yg paling indah..



*Best kan puisi nih..ni bukan ciptaan aku la..ni ayat Rado masa dia nak propose Intan dlm Sinetron Intan di Astro Prima..so romantic..tapi cerita nih makin meleret giler..FYI, skang dah masuk 164 episod...n fakta yg aku dah buang masa giler babai tgk tiap malam sejak Episod 1 mmg pelik..Oh..tak jugak..dulu kul 11 mlm aku selalu layan Luz Clarita kat Astro Ria..masa tuh sama mcm sekarang..satu keluarga tgk..tak ketinggalan abang n kakak ipar aku kat umah masing2..asal balik umah aku jek selok bergosip pasal Intan..huhu..tulah penangan drama Indonesia..kalau dulu telenovela Latin..tak tau la nak jadi ape..

PS: harap2 Intan dpt kawen ngan Rado at the end..kalau tak mmg siap la..aku kutuk buat entry khas utk Intan..

Monday, February 2, 2009

Alkisah tukang lompat

sorang lompat sana..
2 orang nak lompat sini..
sorang kata dah takde..
2 orang kata ade..

sorang mula bingung..
sorang mula menyesal..
kalau aku tahu mcm ni..
baik aku bertahan..

sorang dicanang nak melompat..
alih2 palsu rupanya..
kat utara pulak adu lompat..
tawaran lumayan kut..

lompat sana lompat sini..
kalau silap lompat..
masuk kubur sendiri..

lompat sana lompat sini..
dok ralit melompat..
lupa pulak pengundi..

lompat sana lompat sini..
MARI KITA MELOMPAT!