jam sudah menunjukkan 10.15 malam..aku terus memandu..tenang mengikut irama lagu di corong radio..mengapa malm ini sungguh lengang..kiri kananku gelap..pekat..tiada bintang memunculkan diri.. bulan masih malu berselindung di balik pekat awan..aku masih memandu..
pelbagai perkara berlegar2 di fikiranku..sebentar tadi Pak Lah mengumumkan harga minyak akn naik ke 2.70 sen..aku mengeluh..ahrgh...ape yg perlu aku buat nanti..bagaimana ku jharus teruskan hidup ini..hmm..sudahlah beban kewangan hidupku kian serius..pasti susah kehidupan rakyat marhaen sepertiku..
lalu berbalam2 di hadapanku kereta berbaris beratur sejauh mata memandang..apa yg terjadi..pasti ada kemalangan..aku pun turut beratur menunggu kereta di hadapnku bergerak..sabar di hati ini aku pagari kejap..mungkin ada insan yg berada dlm kesusahan di depan..moga aku tidak akan terperangkap lama di sini..teruskan memandu..
semakin aku hampir ke stesen Petronas di kiriku,kelihatan pemandu2 membelokkan kereta2 mereka ke situ..baru aku sedar,ini mungkin berpunca drp kenaikan harga minyak yg diumumkan petang tadi..ramai org mengambil kesempatan ingin mengisi minyak dgn harga lama sebelum 12 malam..aku hanya mengeluh..ku sangkakan kemalangan.rupa2nya hanya keghairahan sesetengah pihak mengisi minyak..panjang sungguh barisan kereta di belakangku..
aku akhirnya melihat ke tanda aras minyak di depanku..minyak keretaku juga hampir habis..alang2 sudah di sini elok lah kiranya ku mengambil peluang ini untuk mengisi minyak juga..
ku harapkan aku sempat mengisi minyak sebelum jam 12..jam sudah pukul 11.10..aku hanya bisa sabar..nyata penantianku berbaloi..aku akhirnya berjaya mengisi minyak..lega hatiku tidak terkira..aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi..aku memandang ke belakang sejenak sebelum pergi..masih banyak kenderaan yg gigih beratur menunggu giliran..moga mereka turut bernasib baik sepertiku..fenomena ini pertama kali berlaku dlm hidupku..bersesak2 mengisi minyak akibat kenaikan harga..hmm..
kunang-kunang turut berduka..