Sunday, September 5, 2010

Iklan raya TV3

ceritanya mudah....

hari nak raya..biasa hari raya apa kita tunggu selain saling memohon maaf, rendang, ketupat...iklan raya la...sebab arwah Yasmin Ahmad tinggalkan legasi yg sangat besar pada kita..iklan2 raya yg menyentuh jiwa raga....

sapa boleh lupa Rozie Rashid menangis masa memandu sbb nak tengok mak dia..dia ingat mak dia dah meninggal sebab org kampung dok berkumpul kat umah dia...rupanya mak dia (Wan Maimunah) hidup lagi...it was really touching...

tahun ni (2010) pon sama...kita tunggu iklan sapa paling best...arwah Yasmin dah tiada, so nilah masanya bakat2 baru nak arahkan iklan yg setanding dengan iklan2 raya arwah...

cerah yang diharap, mendung di tengah hari...

4 sept, aku tengok fb ada iklan raya TV3..aku xtengok lagi iklan ni kat tv sbb jarang menonton...iklan tuh sangat mengguris hati aku sbg umat Islam dan tentunya org lain jugak..

xde maknanya Aidilfitri tuh ada perlambangan Santa claus, rusa2 berterbangan (unsur Krismas) dan bunga teratai menerangi alam (unsur Buddha)....

Aidilfitri simple jek...hari KEMENANGAN umat Islam selepas berjaya sebulan melawan hawa nafsu...kalaulah unsur campur aduk agama yg TV3 nak sogokkan kat audience, diorang mmg silap besar...umat Islam Malaysia sangat sensitif okay...

hari ni muncul kat tv, esoknya iklan tuh mendapat kritikan meluas media, esp fb...ada group bantah yg disokong beribu2 orang....enough said, if u cross d line, be prepared to face the consequences...

malam ni (5 sept), terpaksa lah TV3 meminta maaf dan menarik balik iklan itu...but I truly think the CEO (Dato Farid) should make a proper apology in a press conference...

damage is done, iklan tuh memesong aqidah...budak2 dh tengok....macam mana kalau diaorg ingat raya Aidilfitri sama macam Krismas jugak...

after all, inilah saat paling down bagi TV3 setelah 26 tahun gah mewar2kan diri sebagai stesen nombor satu Malaysia...

kan dah rugi ribu2 nak guna teknik komputer wat iklan konon gempak...cuba tengok balik arkib iklan2 arwah Yasmin la...kadang2 tak payah dialog n lagu khas pon iklan dia bagi sejuta keinsafan..

P/s: iklan raya PKNS terbaik untuk tahun 2010 (so far la)...Petronas second..tahniah..paling hancoq berderai2 = sapa lagi Tv3 la..

P/s: esok Pemuda PAS nak wat bantahan depan TV3...tahniah!

No comments: