Skandal....skandal...skandal....
skandal Badminton yg paling mengejutkan setakat ni .....4 beregu (China, Indonesia, 2 Korea) didisqualified (apa BM utk ayat ni ek, nyahkualifikasi ke)...
mereka sgt memalukan sbb tidak menunjukkan persembahan up to the standard n xde Olimpik spirit dgn berusaha utk tewas dlm match masing2...
sia2 saja Wang Xiaoli/ Yu Yang yg sgt sukar dikalahkan dan telah menang byk kejohanan termasuk menjadi juara dunia 2011.....hapus sudah impian Yu yang utk raih emas kedua Olimpik...
mmg xsapa boleh sangkal China adalah tok dalang dlm mengatur2 perlawanan ni lagi2 semasa kelayakan Olimpik berlangsung....mereka sering Walk over utk beri rakan senegara point2 ranking utk hantar sebanyak mana pemain ke Olimpik...
kali ini juga sama, apabila Tian Qing/Zhou Yunlei tewas mengejut kpd pasangan Denmark, mereka menjadi naib juara, kem China pasti xmahu pasangan mereka berjumpa sesama sendiri seawal pusingan suku akhir...tu yg Wang/ Yu main2 match lawan Korea....pasangan Korea tuh pon sama kalo boleh nak tewas jugak nak elak jumpa Tian/ Yunlei walopon akhirnya dorg tetibe menang....
keputusan ni berjangkit pd penentuan juara n naib juara kump yg ada pasangan Korea n Indonesia....masing2 takut jadi juara sbb pasti akan jumpa Wang/ Yu yg jadi naib juara....di sini semuanya kacau bilau....
akhirnya, keputusan BWF keluar, keempat2 beregu disingkirkan dr Olimpik.....China bernasib baik kerana masih ada Tian/ Yunlei utk mempertahankan emas kelima berturut2....malang utk Korea sbb kedua2 pasangan dorg tersingkir, juga Indonesia yg sbg kuasa dunia pon terheret2 sekali dalam skandaml memalukan ni....
satu pengajaran kes ni, pentas olimpik xpatut ada group stage, patut kalah mati sejak pusingan pertama mcm biasa....ni ubah format konon nak bagi pemain negara lemah utk main at least 3 games sebelum balik, tapi ia juga menjadi medan utk memilih siapa lawan di pusingan seterusnya.....
badminton telah tercemar nama nya....xtahulah adakah IOC akan kaji balik format ini, atau singkirkan badminton dr Olimpik atau apa2 sajalah yg akan dorg buat.....tapi seharusnya kes ini diambil berat oleh semua atlet agar jgn mensia2kan peluang 4 tahun sekali ini dgn merosakkan perlawanan dgn impian tggi menjulang pingat.....
finally, sportsmanship does matter...
No comments:
Post a Comment