Saturday, April 11, 2009

Kimia dlm duet



Walaupon Kak Samihah cuma berselendang nampak jambul, tak baik tau korang cuba tenggelamkan vokal akak masa part rendah..tak sesuai..


Malam ni AF7 minggu duet..mereka diberi tugas berat utk berduet dgn senior2 mereka kecuali Isma dpt suami dia Zul 2 By 2 n Aishah dpt Aliff Aziz (nak senangkan warga Singapura sbb takde pelajar dr sana)..Duet ni susah sgt sbnrnya..kena betol2 ada chemistry..tadi yg best bagi aku ada 2:

1) Mila n Hafiz (Terlanjur Cinta-Rossa + Pasha Ungu)
2) Aril n Marsha (Aku & Dirimu-Bunga + Ari Lasso)
3) Isma n Zul 2 By 2 ( Kau Mawarku-Dato Siti + 2By2)


tips utk duet yg best di mata aku senang jek:

~chemistry kena kuat..
~tak payah beradu vokal sapa piching plg tinggi melangit..
~emosi 2 penyanyi konsisten spjg lagu..
~Give n take..saling melengkapi..

Aku taknak ulas kenapa 3 duet dak AF ni aku rasa best, sila baca blog lain mcm Kak Fiebie, Klubkid, or Sultan Muzaffar..aku just nak bagi contoh duet yg gagal sbb 2 penyanyi leka beradu kekuatan vokal..ni dia dipersembahkan-Misha Omar feat Krisdayanti-Cinta..

http://www.youtube.com/watch?v=TlEGSOPqJzs

sori takleh letak sini la..ntah kenapa la..pada minit 2:30 masa Misha nak nyanyi suara rendah, Kris sibok nak wat backup vokal..dia dah la suara tinggi, tenggelam terus suara Misha..member tengah berusaha gigih nak cuba menyanyi seolah2 berbisik, ada pulak suara member nak sibuk2 backup yg tak perlu..terus Misha ke laut-menangkap-ikan-sambil-terjun-terus-tak-timbul2-tenggelam-abadi di sana..mampos la..kesian dia..sebab tuh aku kata kena ada give n take, bukan aku give je ko tak take mende pon..haha..

okay, enough la bebel sbntar ni..gue ciao dulu ya..mau nyambung study yg terbengkalai ni..sempat ke tak ni..takut..2 paper in row..woooo....pulangkan masa tidurku, yg dikau musnah tanpa relaku..

Thursday, April 9, 2009

Ko sapa ek?

Kawan..sekeliling aku ramai kawan..sebenarnya takde la ramai sgt..ada la yg satu batch kenal la belaka..senior2..few from other kuliyyah..paling ramai kenal dak pharmacy la..thanx to taaruf..sbb ramai dak pmacy yg join taaruf..yg junior sorri aku tak kenal anda..haha..okay, ni sgt jujur, ada la kenal sorang dua..muka aku cam n tahu junior, tapi aku taktau nama mereka..

Maafkan aku atas kekurangan ini..susah sgt nak ingat nama org sebenarnya..sekali bekerja sama2 dlm apa2 program tak semestinya aku ingat nama korang..kadang2 yg tinggal di memori aku hanya wajah anda..nama susahnya nak ingat..hampir2 aku membuat rumusan aku ni tua sangat ke..

Tu yg dah kenal..bagi yg tak kenal langsung, maaf aku sangat lemah dalam memulakan perbualan..nak cerita apa ek..nak cerita pasal AF ke?ke kabinet baru?ke soal gempa bumi kat La Aquilla, Italy?ke nak citer napa sekarang ni panas sangat Kuantan ni?haha..pening sgt..jadi aku ambil keputusan uk diam je..kalau dia memulakan perbualan, boleh je aku teruskan yg selebihnya..kalau hanya tersengih2 mcm kerang busuk, selamat jalan romeo kaedahnya..

Benda ni sejak dulu lagi..kat sekolah pon sama..aku hanya begitu selesa berbual dgn yg sekelas je..yg lain setakat tahu la siapa nama sikit2, tp berbual tak pernah sgt..cuma skrg je dah habis sekolah ni kalau jumpa dak2 Ihsan terus tanpa segan silu berbual..maklum, muka masih kenal lagi..cuma bila dia dah pergi, terus dlm hati: "Crap, who's that guy/girl?"..haha..ye, mungkin ko nampak aku sembang begitu gah dan penuh keyakinan tadi, sebenarnya dlm masa yg sama otak aku berpusing2 cari dlm hard disk yg ada nama budak yg aku tgh sembang..kelakar kan..maaflah, itu mmg kelemahan aku..akhirnya sampai ke sudah tak ingat..huhu..

So, senior2 aku yg bakal grad nanti, tegur2 la aku kalau jumpa kat mana2..mungkin aku masa tuh makin pelupa..kalau boleh aku cuba save leklok nama korang, kalau terformat bila2 masa sejuta kemaafan ku pohon..takpe..kita mula balik dari awal..Ko sapa ek?haha..jangan sentap pulak..

Wednesday, April 8, 2009

Teka la, malas aku nak gitau

Kes satu: 2-1

Ko kalah kan, tapi ko suruh Utusan Msia tulis 1-1-1..eleh, ngaku jelah..siap Berita Harian tulis-Menang 1..alah, xkan buat2 xpaham kut..kerajaan campuran yg dok memerintah 4 negeri skrg ni ada nama rasanya..PR ke apa..eh ke Pakatan Rakyat kan..

Kes dua: 1-0

Ko kalah kan, yg ko emo2 nak pi baling botol, bakar keter polis, pecah cermin keter ntah mana hala, ko kalah kan, terima jelah..apa teruk sgt ke kalah sekali..ko lupa ke skuad negara kalah BERJUTA kali ke berTRILLION kali kat pertandingan antarabangsa..tak de emo mana la yek..pathetic!

P/s: Selamat mengundi 170 juta rakyat Indonesia esok..38 parti, 33 provinsi tersebar di 17 000 pulau, inilah pengundian paling sukar dgn sesetengah tempat hanya boleh dicapai dgn bantuan helikopter mcm Papua or feri 9 jam mcm ke Kepulauan Mentawai..semoga semua kertas undi dpt menemui tangan2 penduduk yg akan memilih parti mana yg berhak mengajukan calon Presiden baru Indonesia..

Monday, April 6, 2009

Oh Paramitha, kau di mana?



Cinta
Andai Kau Mengerti
Siksa Hati Yang aku Alami

Cinta
Mungkinkah Kau Ganti
Bayang Semu
Enggan Menemani

Kemanakah Kan Kucari Lagi
Oh Cinta Suci Yang
Merengkuh Hati

Disaat Cinta
Harus Memilih Antara Dua
Tak Cukup Kata aku Cinta


Ohhh..mendayu sungguh suara gemersik lagi husky Paramitha Rusady..sudah la orangnya cantik giler, dgn bakat lakonan yg WOW, ditambah dia ni Ratu Air mata, mmg seorang aktres yg hebat..Lagu Cinta ni dari OST Sinetron Karmilla yg pernah ditayangkan di Astro Ria masa darjah enam kut(1998)..suka sangat cerita dia..kisah perebutan Karmilla oleh 2 jejaka kacak-Teddy Syah n Atalarik Syah (ada dlm video klip di bawah)..

Aku start jatuh cinta dgn Paramitha bila tgk sinetron ni..berbakatnya dia..tgk air mata dia jatuh mmg sgt natural, tak macam pelakon skrg yg asyik guna Eye Mo jer..tak real la kalo air mata jatuh bedebuk setitik terus tak lalu pipi..Paramitha langsung takde masalah utk watak air mata..cam kacang je..

Lagu Cinta ni masa opening Karmilla..suka sgt dengar, lirik dia simple jek..cuma aku tak paham perkataan semu..rugi tak tanya sedara mara aku kat kg..asyik lupa jek..Oh aku harap bila2 la Paramitha buat album balik..buat come back..masa dia top dia ni kira Diva la..setaraf ngan Desy Ratnasari n Yuni Shara..

Sekarang kalau nak berlakon balik aku rasa baik tak payah..kang watak mak2 je la yg pengarah bagi..takdelah nak jadi heroin mcm Karmilla..zaman dah berubah..skrg zaman Cinta Laura, Naysilla Mirdad, Acha Septriasa,etc..zaman kegemilangan Paramtitha dah jauh berlalu..

Aku punya la berangan kot2 dpt terserempak ngan Paramitha masa pi Jakarta..ala, terserempak kat airport pon jadi la..kecewa je, takde rezeki aku..ada ke jumpa Jeremy Thomas..ceh dia buat pe..org nak jumpa Paramitha la..

Sunday, April 5, 2009

Ini Tale N Time dari mataku


Tale N Time

Ini kisah Malaysia..kisah pelbagai acuan budaya disatukan dlm satu cerita..Mari kita selusuri baik buruk cerita Yasmin Ahmad ini..

Nice:

1) Semua pelakon baru berjaya membawa watak masing2 dgn gemilang..Mahesh sbg Mahesh, budak India yg bisu dan pekak sangat menyerlah emosi di wajahnya..sangat bersahaja, spt juga pakwe Orkid budak Cina apa ntah nama dia dlm Sepet..

2) Pamela Chong, adik Vince juga berjaya menjadi Melur, anak kacukan yg bertutur campur English n BM..masa dia main piano sgt best suara dia nyanyi lagu Angel..oh ye, betul ke terjemahan Angel=Wildan..konfius aku, bukan bidadari ke..pelik la wildan tuh..first time dgr..

3) Watak Kahoe, dak Cina yg main erhu sempena contest Talentime n Hafiz yg main gitar juga ada mesej yg jelas..Kahoe yg selalu dpt exam plg tinggi cemburu bila Hafiz tiba2 dpt markah 100% dlm exam..dpt kita lihat ayah Kahoe marah bila dia tunjuk kertas dpt 97%, ni mmg realiti masyarakat kita..semua kejayaan diukur melalui sekeping kertas result..berapa A yg kita dpt, instead of what u r learning in school-Unity, Friendship, Responsibility, etc..akhirnya, Kahoe n Hafiz berbaik berganding bahu perform bila Kahoe dpt tahu mak Hafiz, kak Yan dah meninggal..nice ending..

4) Suka tgk adik Amelia Henderson yg sgt comel berlakon..dia ni sgt cantik, maklumlah kacukan India-Omputih..mcm Deborah Priya Henry, Miss Malaysia 2007pulak..masa depan yg cerah sbb industri mmg suka wajah2 Pan Asian mcm Diana Danielle..

5) Watak Mei Ling sbg pembantu rumah juga mengejutkan..ingatkan dia ni Cina, pelik la mcm mn boleh jadi org gaji dlm keluarga Melayu..rupanya hujung2 baru kita tau dia ni dah lama masuk Islam..cuma nama dikekalkan sbb masuk Islam tak semestinya nama asal kita ubah asalkan ada maksud yg baik..mcm Mei Ling= Teratai yg cantik..

Tak best n memualkan:


Over okay-org Melayu Islam takkan biarkan anak dara-Melur tidur selantai ngan bukan muhrim-Mahesh..adakah ini mempromosi budaya bebas/hedonism??

1) Cukup2 la watak Harith Iskandar yg asyek berkain pelikat jer kat umah..geli giler bila dia dok menari sakan ngan 3 anak daranya dgn berkain pelikat jek..serius aku ckp GELI..bosan sgt pengulangan watak ayah Orked..bosan!

2) Bila Cikgu Adibah Noor tolak cinta seorg cikgu lelaki ni bole plak cikgu laki ni kentut bila jalan keluar..DISGUSTING..

3) Ayat2 tak senonoh mcm nenek Melur(Pamela Chong) kata-"Ass Licker..it was very popular long time ago..Now it's DICK"..yg ni kategori nenek-melawak-lucah-ngan-cucu-padahal-kubur-kata-mari..

4) Ayat Harith pon tak perlu n sangat memualkan- "Life is like a black man's left testicle, it's not right it's not fair"..Yukkkkssss..analogi lucah tahap sampah sarap hanyut di Sungai Klang..

5)"Oit Cina celaka"..ni dialog mak Melur marah Mei Ling, org gaji dia..celaka di sini sgt kasar dlm konteks bahasa Melayu..org tak guna celaka bila marah2 sayang..lain kalau dah marah-giler-tahap-Krakatou-nak-meletop..

6) Tak perlu Mahesh tunjuk jari hantu kat kakak dia Jac..kurang ajor namanya..

Overall:

Cerita yg baik, mudah difahami dgn berlegar2 di dewan sekolah utk acara Talentime..sgt terhibur tgk keluarga Jac esp mak dia dok bising2 dlm bahasa Tamil..keluarga Melayu diwakili Melur, tak tipikal Melayu biasa..sbb nenek dia omputih..sgt bebas dgn perkataan BODOH, KEPALA OTAK KAU begitu mudah ditutur Melur kpd adiknya..

Talentime bukan cerita siapa yg menang contest tuh..bukan juga siapa yg dpt menawan hati Melur-Kahoe, Mahesh atau Hafiz..ia sebuah cerita ttg kehidupan..bagaimana kita sbg watak2 dlm pentas dunia ni main peranan masing2 utk menjadikan dunia ni indah..

Filem terbaik Yasmin Ahmad-kurang kontroversi mcm Muallaf..4.5/5 bintang.Tahniah!

Thursday, April 2, 2009

Monolog Aku & Ibuku 2



Mak..ini kisah adik dan along..kami hanya sebentar menjadi anak mak..kami bangga mempunyai seorang ibu yg begitu kasih akan anaknya..mak sanggup keluar dini hari demi mencari serangga untuk disuapkan ke dalam mulut mungil kami..kami bangga mak..mak setia keluar kembali..terbang tinggi ke angkasa raya membelah seribu onak dan duri demi kami..

Mak..ketahuilah olehmu, adik dan along sayang mak selamanya..mungkin pertemuan kita sebentar cuma, namun ia memori terindah bagi kami..mata kami yg sebelum ini tertutup rapat sudah boleh dibuka sedikit..mak..along nampak bayangan wajah mak..mak cantik..mulus dgn bulu kecoklatan yg tebal..adik pon selalu kata bila besar adik nak jadi macam mak..jadi wanita pujaan setiap yg memandang..

Mak..adik dan along sudah tiada..kami sudah dijemput pulang kpd Khaliq..mak..bila mak pulang nanti mak jangan bersedih hati..mak kena redha dgn pemergian kami..kami tahu ia sukar bila mak yg sudah capek terbang jauh mencari juadah, pulang ke sarang hanya untuk mendapati 2 anak tercinta sudah pergi..mak..kesat air mata mak..kami akn tunggu mak di syurga..mak, maafkan kami 2 beradik jika adik atau along ada mencicit kuat seolah2 memprotes rezeki seciput yg mak beri..

Mak..jangan menangis ya..pejam mata mak..pasti mak rasa kehadiran kami berdua..semoga kita berdua bertemu kembali..

KU MENGERTI PERPISAHAN INI..
BUKAN KERANA KAU MEMBENCI..


Selamat Tinggal Selamanya..
Along & Adik

Legasi terakhir seorang lelaki



Jadilah rakyat yang tahu mengenang jasa pemimpinnya..
Walaupun dia punya kelemahan, macam la kita ni perfect sgt kan..
Dulu 2004 bukan kita ke yg bagi 80% undi popular kat dia..
Disanjung sbg negarawan ulung dgn gelaran Mr Clean..
Cuma di penghujung kariernya terpalit seribu cerita duka..
Kalah di 5 negeri 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..
Tak dapat 2/3 majoriti Dewan Rakyat..
Dicaci maki semua kerana pelbagai isu..
Hari ini dia sungguh gentleman..
Melepas jawatan, kembali menjadi rakyat biasa..
Melepas segala tanggungjawab 5 tahun..
Bergelar PM Malaysia ke-5, sebaris dgn pemimpin terdahulu..
Satu aku mintak..
Hormatilah bekas pemimpin kita..
Pendapat mereka masih diperlukan di kemudian hari..
Jangan diungkit kisah lalu mereka semasa mereka berkuasa..
Sekarang era baru Malaysia baru tahun 2009..
Sejarah terpatri kini, di suatu pagi..
3 April 2009, dia telah pergi..


Selamat jalan yang dihormati..
Tun Abdullah Ahmad Badawi n Tun Jeanne Abdullah