Saturday, November 14, 2009

3 Tsunami, 3 negara

Tsunami 2004 benar2 telah mengubah senario lanskap dunia ni...sekarang sume negara takot sebab tsunami benar2 boleh menghancurkan satu negara kepulauan batu karang mcm Maldives mahupon negara2 pesisir pantai...semua takot walopon gempa besar mgkin berlaku jauh dr negara tuh, tp impak tsunami akan sampai walaopon 1000 km jauhnya...

Ini menimbulkan minat pengarah filem akan tsunami...ada 3 filem yang akan aku kupas dr sudut tsunami dr 3 negara...bersedialah untuk ulasan filem pulak...

1. TSUNAMI AT HYUNDAE



~filem Korea yg berkisar tsunami di bandar Busan...gempa mgkin berlaku di sekitar Jepun dan menghempas Korea...cerita ini pada mulanya bosan dgn perkembangan watak2...lagi2 disebabkan subtitle adalah tahap LONGKANG, maka Kunangsepi sukar memahami apakah kaitan emosi antara pelakon..ni siapa, apa hubungan dia..mmg sukar kerana terjemahan adalah sgt terok..boleh bayangkan Ahjusshi (Encik) diterjemahkan menjadi Plant (tumbuhan)..mmg mcm haram jer...

~adegan best:

* saat emak telepon anaknya, masa tuh dia terperangkap dlm lif...air makin naek dan dia ada sket je masa nak cakap I LOVE YOU..

* 2 org berpaut ngan tiang, sekali ada kabel letrik jatuh ke dlm air tsunami...habis electrocuted sume mangsa yg struggle dlm air..2 og tadi terselamat sbb sempat naikkan badan ke atas tiang..

* antara dia dan mangsa, seorang penyelamat pilih utk berkorban..dia potong tali utk naik ke helikopter sbb tali tuh dah nak putus...kekasih dia kat atas menangis bagai nak rak..sedey sgt adegan ni..

* mak n ayah selamatkan nyawa anak dia...mohon org amek dia masuk dlm bakul angkot orang..ada nenek tua capai budak yg comel tuh...dia selamat..tp dia punya parents mati..

~Keseluruhan, citer Korea spt biasa mampu menyalurkan emosi kpd penonton ttg kasih sayang antara kekasih dan ahli keluarga..

2) TSUNAMI 2022



~ zaman akan dtg di Thai, ada Dr. Siam yg berminat kaji ttg tsunami..dia siap ada makmal dasar laut utk kaji pergerakan plat bumi..citer ni ada kaitan dgn tsunami 2004..ada watak yg fobia dgn air laut sbb dulu tgk mak ayah dia mati dlm tsunami..Dr tuh bg amaran kat PM Thai..dia percaya n bg cuti Songkran smpai seminggu sebab nak 15 juta penduduk Bangkok balik kg sempena pesta air tuh..

~ Antara yg menarik:

* Ada undersea volcano kt Teluk Siam rasanya..mmg fakta baru la memandangkan Thai mana ada volcano sebelum ni..

* Pinatubo n Anak Krakatao meletup serentak..debu sampai ke Bangkok..ngeri betol bila 2 gunung berapi yang gah ni meletop serentak esp Anak Krakatao la..sehebat mak diakah? tak pulak diceritakan...

* tsunami yg melanda Bangkok mmg ngeri...habis sume satu bandaraya..yg tak best, mcm bangunan kat sana n LRT masih sama mcm skrg...hello, kata 2022...yg baru hanya patung Buddha raksasa kat muara dia umpama Statue of Liberty, New York..

* emosi antara pelakon tak sehebat tsunami Korea..Dr Siam mati akhirnya demi mencari data kat makmal bwh laut..PM Thai jd hero sanggup turun heli nak selamatkan budak2 y terperangkap dlm bas...ingat dia dah mati rupanya selamat last2 tersangkot kat tangan patung Buddha tuh...over la TV wat live insiden PM jadi hero..

~ Overall, citer menarik tapi kurang dr segi emosi dan menonjolkan PM umpama wira la sangat..pastu teknik CGI tak mampu menandingi Korea la..kdg2 nmpak sgt tak natural..opps....kalau KRU wat filem pasal tsunami pon rasanya lg terok kot..haha..

3) 2012



~ CGI yg sgt mantap la..best sgt citer ni walopon pjg berjela..y tak best hanya keluarga Dr apa ntah asek terselamat jek...mula2 naik keter dr umah ngan kat blkg bumi dah terbelah..pastu naik pesawat ringan dan 2 jek walopon bandar dia musnah...pastu naik pesawat besar plak masa Las Vegas musnah...tak logik la..org laen sume mati ko je asek dua tiga kali selamat..

~ Antara yg best:

* Supervolcano Yellowstone meletop...mmg chantek n real...macam tula kalo betol2 dia meletop...dia takde gunung dgn kawah besar kat puncak...hampir satu Taman Negara Yellowstone ada gunung berapi kat bawah..mmg kalo meletop mcm belon ditebok2 byk lubang la...memancot2..

* PM Italy taknak join pon misi selamatkan diri guna kapal besar...mgkin dia penganut Kristian yg taat kot..ajak ramai2 rakyat Italy berkumpul kat Vatican City utk berdoa ngan Pope bgai...malangnya tragis sungguh bila bangunan besar kat dataran Vatican tu runtuh..maka matilah PM Italy..

* Kredit utk China..dgn biaya seorang kena bayar 1 Billion dolar, 7 ke 8 kapal gergasi dibina di Tibet, China..suka dgn dialog ni- Only China can do this esp with this limited time...mmg dorg salute la teknologi China..

* Suka bahasa Tibet yg ditutur sami dan ahli keluarga dia..best la bunyinya..mcm versi Mandarin tp lgi lembut dan pelik..aku terharu gak la bila tsunami menghempas Istana Potala kat Tibet..sebab aku suka view Istana tuh dgn bukit2 salji..n babak sami tua Tenzin Lama ke apa bunyikan gong bila nmpak tsunami pon best..aku xtau apa signifikan gong tuh...mgkin tuh adat Tibet ke bila ada bencana..ntah la..

* tragis bila pesawat perang terbesar USS Lincohn menghempas White House..Presiden US pon mati sbb dia xnak lari dan tinggalkan rakyat dia...mcm watak ni utk Obama, tp isteri Presiden dlm citer ni dah mati n anak dia dah besar..(macam watak Shasha)..

* suka bila binatang2 dibawa sepasang setiap spesis ke kapal tuh..ala2 versi bahtera Nabi Nuh la pulak...ada zirafah, gajah yg aku sempat tgk diangkut ngan heli..

* suka tgk babak Ratu Elizabeth naik kapal ngan anjing dia..huhu..terbayang je Paris Hilton dgn chihuahua nya..mesti lagi gempak kan..

~ dah penat la..overall aku suka citer ni..2012...mantap..5 bintang..

No comments: