Thursday, November 26, 2009
Arafah memanggil..
lamo lah pulak tak jengah blog yg chantek ini..adakah ramai yg rindu padaku...haha...yg dtg pon berapa kerat je pon..
memandangkan lamo sgt tak update, kena la wat liputan sikit2..
1. Tahniah kawanku Arif n Aishah yg berkahwen..dengan nuansa nasyid, hadiah paling best adalah sekeping kertas berisi luahan hati pengantin ttg perkahwinan di usia muda..tahniah, idea yg berkesan utk berdakwah...
2. BTN jadi isu di Selangor? benarkah BTN doktrinisasi BN utk rakyat benci pembangkang...komen aku mudah....pokok tak bergoyang kalau takde angin yg meniup..
3. Apakah Dato' Lee Chong Wei mampu meraih emas di Sukan SEA Laos apabila hasratnya untuk berehat ditolak mentah2..dengan Indonesia sanggup melupakan jutaan ringgit yg ditawarkan Final Super Siries di JB demi mengaut semua emas Sukan SEA, tugas Malaysia boleh dikatakan sangat berat...dengan Vietnam dan Thailand semakin mantap..
4. Aidiladha esok hari membuatku terasa semakin dekat mahu ke Mekah..ralit melihat jutaan manusia berhimpun di Arafah dgn hujan membasahi tanah tandus di situ, rahmat Allah pada tetamunya..Ya Allah, moga aku dipanjangkan umur, teringin sekali aku mahu menjadi tetamu-Mu, memohon segala keampunan di bumi yang mustajab itu..Amin..laungan talbiah sudah cukup membuatkan air mataku bergenang..
5. Kempen 1 Adab 1 month...aku telah di tag kawanku di FB..haha..tanpa dia menyedari kewujudan blog ini...ada ke dia kata tag aku sebab aku suka baca blog n seorang poet..haha...lawakla..oklah aku join la campaign ni...
MAAF
~ucapan yg simple tapi mampu merobohkan tembok kemarahan manusia..
~minta maaflah secara tulus jika kita sedar kita melakukan kesilapan..
~maaf bukan sekadar di mulut, tapi juga di hati..bermuka2 atau berpura2 memohon maaf hanya akan membiarkan dirimu hanyut dlm dendam tiada berkesudahan..
~jika tiada kekuatan untuk melafazkannya, tulisan di atas sekeping kertas akan menjadi isi hatimu..
~maaf dlm bahasa Korea ialah Bianeyo...(nak jugak....=p)
~semoga maaf akan menjadi sebutan di bibir kita agar kita hidup dlm kemaafan sesama manusia dan dari Allah SWT..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment