Tuesday, December 8, 2009
Semalam di Vientianne
Hola semua...sem baru dah bukak, yg junior2 tuh masih banyak yg boleh dilakukan untuk improve academic anda...bagi final year mcm aku ni dah sem last ni, busy masya Allah bukan main...ada 4 subjek yg tough2 untuk ditelaah...dengan kerja FYP yg berbaki 5 bulan, time management kena tip top r..tiada alasan untuk gagal menyiapkan projek masing2, sebab masa yg kita ada sama..terpulang la pada kita nak ke tak buat research tuh..
bagi aku personally, research semua pelajar Biomedical science ni berguna untuk ummah..tak perlu nak berbangga research kita payah or challenging dr org laen..again my opinion is how much our result will contribute to the ummah that really matters..asalkan nanti ada org yg akan mendapat manfaat dr research kita, sudah satu pencapaian..yelah nama pon projek tahun akhir..bukan research master or PHD yg kita sendiri design...buat semua kawan2 ku yg membaca pendapat ini, berusahalah kita untuk berjaya dlm exam juga dlm thesis ini...thesis yg bakal dikenang kita selamanya even though mungkin ada yg taknak sambung post grad lepas ni...banyak ilmu yg kita belajar dr skill2 n praktikal dlm lab or luar lab akan menjadikan kita lebih berdaya saing..
okay, enough pasal FYP...membebel panjang pulak...beralih ke Vientianne, Laos...SEA Games ke 25 bakal bermula dengan Malaysia mensasarkan 35 emas...sasaran yg realistik dan sederhana..lebih dikira bonus la..selamat berjuang buat semua Harimau Malaya di sana..sedih Dato Lee Chong Wei tak masuk sebab cedera lutut..akhirnya terkabul hasrat beliau nak lupakan Sukan SEA selepas mengaut lebih Dollar 40 ribu di Master Final...takpelah, kang melarat pulak..emas tak dapat sedangkan tahun depan banyak event2 penting yg masuk kalendar beliau mcm Kejuaraan Dunia, Sukan Asia, Komanwel..
aku cuma terkilan sangat sebab rasanya pertama kali tiada SIARAN LANGSUNG di RTM..memangla Laos jual hak penyiaran pada syarikat swasta Thai untuk mengaut lebih duit tapi kerajaan patut bayar la..sambil menolong negara miskin macam Laos, kami rakyat berhak nak tengok live aksi2 atlet2 harimau Malaya..dah la berjuta2 duit dilaburkan untuk mereka berlatih dengan jurulatih asing tapi bila saat penting mereka berjuang, kami di Msia tak dapat tengok aksi2 mereka berjuang demi negara..janganlah pandang rendah Sukan SEA..biarpun aksi serantau, tapi tetap maruah negara yg dipertaruh..bukan calang2..kalau tak takdela bola wanita diharamkan beraksi persaingan antarabangsa tahun depan disebabkan kalah 14-0 dengan Thai...
aku kecewa sangat..baru bercadang nak duduk umah tengok live..takde plak alamat internet je la untuk mengupdate pungutan pingat....*sigh*..benci tak dapat tengok 100 n 200 m akhir secara langsung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment