Saturday, January 2, 2010

Sejati Zaquan & Celaru TV3


Pemain bola kembar paling popular kat Msia..aku pon xtau nak beza mana satu Zaquan-Aidil...

Berita Sukan Buletin Utama TV3 adalah sgt top..aku dulu selalu tertunggu2 aksi Ras Adiba Radzi yg suka cakap-'selamat mlm di mana jua anda berada'....dgn aksi tangan guna bhs isyarat, Ras sgt glamer sebab dia bawak pembaharuan untuk slot sukan TV3...skang dia kat ntv7 baca berita melayu Edisi 7...

semalam aku tgk berita ada kisah Zaquan nafi dia minat kaum sejenis..entah la, aku xberapa tau paper mana yg mula2 bangkitkan isu Zaquan gay ni hingga gegar satu Malaya...dan xtau apa signifikan berita sebegitu untuk slot sukan...

highlight berita sukan seharusnya soal pencapaian atlet, mslah2 mereka mcm gaji ke, hadiah ke, sakit ke...seharusnya kisah peribadi atlet tak payah dicanang2 di slot sukan..

untuk kes Zaquan, dia kan atlet emas Sea Games Laos yang cipta sejarah..plus dgn hubungan dengan Ayu Raudhah, artis yg cun tuh dah menjadikan Zaquan atlet selebriti..

oleh itu, dgn tahap selebriti sebegitu, kisah seksualiti whatsoever dia kita muatkan dlm bahagian hiburan...contoh: Utusan dan Sinar Harian muatkan kisah itu dan penjelasan Zaquan di laman hiburan masing2..bukan di bhgian sukan...

Jadi, TV3 mesti peka dengan benda ni..dah usia pon nak menjangkau 26 tahun, patot kisah Zaquan-Lelaki-Sejati kita muatkan dlm Melodi ke, takpon slot2 akhir Buletin Utama yg biasa fokus berita hiburan...

tolonglah, untuk sukan kami penonton mahu sajian berita hangat sukan seperti pencapaian prestasi atlet Msia...kisah2 dlm kelambu tlg buang ek..kami tak mahu tahu la dia sejati ke tidak..yang kami tahu dia atlet berbakat negara yg dengar2 tak dibagi main untuk pasukan negeri...

so, sepatutnya soalan untuk Zaquan ialah apa reaksi dia kalau tak boleh bermain dengan pasukan Hoben Jang Hoben...apa penerimaan Negeri Sembilan kalau kembar Zaquan-Aidil tak dpt beraksi...

kisah2 sensasi, muak lah....

No comments: