Sunday, February 28, 2010

Nasi lemak cinta: 1



Mak sering berpesan nasi lemak itu lambang budaya, ramuannnya umpama resepi perpaduan negara.

Ira tak mengerti apa yang mak maksudkan. Bukankah nasi lemak hanya sekadar pengalas perut di waktu pagi, tika ramai penduduk di perumahan ini kepingin menikmati sajian sarapan segera kerana tidak punya waktu untuk menyediakannya. Bagaimana perlambangan ini dilontarkan suara lembut mak. Seperti ahli falsafah pula mak cuba bermain kata.

Ya, Ira tahu mak cuma tahu mencari rezeki dengan menjual nasi lemak. Dini hari mak bangkit ketika Ira dan adik bongsu Iman sedang nyenyak tidur. Mak sudah siapkan barang-barang untuk memasak malam sebelumnya. Ira sering lihat mak membersihkan ikan bilis, memerah pekat santan, menyediakan lada giling untuk dibuat sambal.

Kadang Ira ada juga membantu mak membuat persiapan membuat nasi lemak untuk diniagakan keesokan harinya. Namun mak tidak gemar jika Ira ke dapur. Mak akan mengingatkan Ira menyiapkan kerja sekolah yang berbaki. Jika Ira katakan semuanya sudah Ira siapkan petang tadi, mak akan menyuruh pula Ira menjaga Iman. Kata mak Iman sering terganggu tidurnya jika tiada sesiapa menemaninya di sisi.

Ira turutkan. Sambil terkadang mata Ira melihat mak duduk memerah santan pekat. Sepekat malam yang panas, mungkin angkara El-Nino lagi.

Ira teringat Cikgu Teng berkata dalam kelas tentang El-Nino. Budak sekolah sebesar Ira tahu apa tentang El Nino. Cikgu Teng kata El-Nino itu maksudnya budak kecil dalam bahasa Sepanyol. Eh, seperti Ira juga. Pemanasan global menyebabkan bumi marah kepada manusia yang tak henti-henti berlaku biadap,seolah-olah manusia punya kuasa memerintah bumi ini. Hasilnya cuaca sekarang cukup panas. Cukuplah Ira punya sebuah kipas di bilik. Tapi dalam hati Ira kasihan kerana mak berpanasan di dapur kayu milik kami. Mak kadang kala kelihatan mengipas-ngipas dirinya dengan surat khabar lama yang digunakan untuk membalut nasi lemak. Ira sedih tapi mak pasti naik berang jika tahu Ira tidak menjaga Iman yang sedang tidur.

Ira benci El-nino. Kenapa budak kecil itu mampu membuatkan hidup manusia menderita. Ira buntu.

#Bersambung......(komen please)

4 comments:

Anonymous said...

hehee..permulaan yg baik..well done!!..akirnya nasi lemak cinta berada di pasaran kunang sepi..-chenta-

dazzrique said...

go nasik lemak cinta..
ntah kenapa ak kurang suka ngan cara el-nino muncul dlm cerita..huhu
waiting for episode 2.

TimMie said...

wow fiksyen sains bernada dramatik..menarik! luv how u relate the effect to the less fortunate people..feels closer to heart.cpt2 smbung lg.^^

Kunangsepi said...

all points are taken..tQ all of you..nantikan episod 2..