Thursday, July 23, 2009

Spesies baru di laman anda



aku just nak gitau napa la UIA tak wat research hutan simpan kat sebelah bukit tuh..mesti byk khazanah yg ada..mana tau jumpa spesies yg belum ada nama, boleh la kita nama kan..mcm USM sejak2 jadi universiti Apex ni bukan main ligat lagi nak kaji setiap benda kat sekitar kampus dia..hari tuh dgr nak kaji spesies gagak yg selalu dtg situ..pastu semalam kuar berita ada jumpa spesies lalat baru..

ntah apa nama tak ingat tapi ada mendini la..bagus kan..baru la saintis dunia pandang kat USM sbb ada byk buat penemuan baru..ni kat sini pon banyak weh makhluk2 baru..dulu aku nampak spesies rama2 yg cantek mcm corak batik lagi..kawan aku lak pernah jumpa spesies serangga terpanjang dunia..Chan's megastick..selain habitat asal kat sabah, mana org lain tau kat sini pon ada kan..so, kajian mesti dimulakan di halaman umah sendiri..bukan pi jauh2 cari sample..tempat sendiri lupa lak nak kaji..lagi menarik setakat ni ada tiga je specimen stick tuh org jumpa kat sabah..mana tau ada berjuta lagi kat perut hutan dara UIA..

lastly, yg ni mungkin tak berkaitan dgn mana2 entry kat atas, just nak ucap tahniah kat Ziana Zain sbb dpt anak kembar sepasang..tunggu Aleeya pulak lahirkan anak..pastu semoga Yasmin Ahmad sembuh dp koma akibat stroke..terkejut gak dgr, dah la Dato Siti jadi saksi..

No comments: