Juara AJL 27-Terukir di bintang-Yunalis Zarai-Aizat Amdan
Komen: terasa sgt xde Yuna lagu ni mcm kurang umphh...suara Yuna adalah segala2nya bagi lagu berentak ala2 zmn Saloma ni...pemilihan Aizat Amdan adalah dr Yuna, so aku xtau apa yg dia nampak, mgkin nak kelainan versi lelaki pulak....kontroversi Uji Rashid tarik diri walopon dah bg komitmen gi latihan masih belum terungkap, semua org TV3 tutup mulut rapat2....something is fishy...I prefer Uji Rashid more, dgn suara beliau yg merdu sgtlah molek lagu ini beliau dendangkan....mungkin aku bias sbb dah bosan tgk Aizat mendominasi AJL sebelom2 ni, n kerinduan nak tgk Uji Rashid semakin menebal...oh xpelah, tahniah Yuna....
Vokal terbaik-Hafiz-Ku akui
Siapa boleh sangka anak muda dr Sarawak yg menjuarai AF7 yg dicanang2 pusat pengeluaran artis mee segera boleh menjulang vokal terbaik utk tahun ketiga berturut2....sila ludah ke langit n lalu nganga mulut tadah ludah anda sendiri k....AF masih program realiti terbaik Msia....sayang Shahir makin tenggelam dek xnak terlalu aktif dlm industri, kalo tak pasti Hafiz ada saingan berat dr segi vokal....Hafiz utk lagu Ku akui ada auranya, feelingnya yg mendalam, dr suara kt rasakan penyesalan seorang lelaki....mmg dijangka apabila lagu ini muncul di corong radio walopon album Hafiz dah kuar lama, mmg ada sesuatu ttg lagu ini yg disukai ramai...ia adalah suara Hafiz...mungkinkah Hafiz akan terus mendominasi AJL dr segi vokal apabila Muara Hati memasuki gelanggang tahun depan...sama2 kita nantikan...
Persembahan terbaik-Teman Pengganti-Black feat RJ
Kebaboooo....konsep pentas bergerak tu mengingatkan kita akan persembahan ala2 patung dr Alyah yg turut berpusing2....suara emas Black, rap yg lebih rapi dan jujur dr RJ, lagu ini membawa kita hanyut akan kesedihan seorang lelaki yg akan pergi menghadap Illahi meninggalkan insan yg dicintai...towards the end, Black begitu emosi mengalunkan lagu....tanpa sedar air mata ku mengalir jua seolah2 menelusuri kesedihan cerita lagu ini...walopo n kategori ini hasil undian SMS penonton2, namun xdisangkal persembahan Balck dan RJ kekal terpahat di hati aku...xpelah xmenang AJL, semoga duit 10 ribu tuh mampu memberi lebih banyak karya2 rap yg bermutu dr MALIQUE....
Closing-Rahmat Mega-Bayangan Gurauan
Oh nostalgianya...lagu ini serta merta membawa diriku kembali ke tahun 90-an di mana aku hanya seorang anak sekolah rendah yg begitu menyukai lagu Mega...dengarnya je musik Mega, terus hati ini gembira bukan kepalang, suara Rahmat masih mantap sspt muda....Mega adalah contoh kumpulan2 rock jiwang yg sgt subur ketika itu....begitu banyak kumpulan tumbuh spt cendawan spls hujan hingga album2 mereka mendapat tempat hingga ke Indonesia....skrg terbalik pulak, bila Indonesia kembali menyukai lagu2 pop melayu, industri muzik Msia lebih cenderung kumpulan2 indie, lagu balada, dan artis2 Youtube yg berkarya sendiri....
1 comment:
Just desire to say your article is as surprising.
The clearness in your post is just great and i could assume
you're an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please continue the gratifying work.
Here is my blog post :: black labrador golden retriever
Post a Comment