Sunday, January 20, 2013

The Impossible



Tsunami Aceh 2004....

Ia bencana alam terbesar pernah kita saksikan di zaman moden ini...

Gempa 9.3 itu menerjang lautan antara Pulau Simelue dan Aceh lalu lautan yg bergegar telah menghasilkan tsunami yg sgt dahsyat....

Negara2 di pinggiran Lautan Hindi tidak pernah menyaksikan tsunami yg sering dikaitkan dgn negara Jepun....

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.....

Di Aceh, berita yg diterima dunia sgt lambat memandangkan puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) masih berjuang menentang tentera Indonesia....setelah pasukan penyelamat tiba barulah dunia tahu Aceh telah luluh lantak dilanda tsunami....

di Phuket Thailand, dan wilayah2 pesisir pantai Thai, banyak pelancong2 asing menjaadi korban....mereka bercuti di Phuket sempena cuti krismas.....dan kisah inilah yg diangkat menjadi filem The Impossible...

sekeluarga yg bercuti di Phuket akhirnya bergelut utk mencari keluarga yg hilang....ada rasa sedih, ada rasa kehilangan, ada rasa gerun melihat ombak tsunami itu begitu real dlm filem ini....


Antara adegan yg menyentuh hati apabila Maria (sang ibu) dan anaknya membantu seorang kanak2 Daniel yg menjerit22 memanggil bapanya....Maria ingin memberi teladan kpd anaknya walopon dia sendiri tersiat kulit kaki dan dlm kesakitan, itu bukan penghalang utk membantu org lain...

Juga di hospital, Maria menyutuh anaknya dr duduk sahaja di sampingnya, dia perlu membantu org lain sedaya yg mampu....so anaknya pergi menolong org2 yg sedang mencari ahli keluarga....dan dia berjaya menemukan seorang kanak2 Sweden dgn ayahnya....

detik2 mereka bersatu semula sgt menyentuh hati...mereka sgt bertuah, jika org lain pasti ada sahaja ahli keluarga yg tewas diterjang tsunami tapi keluarga mereka semuanya selamat...Maria dipindahkan ke hospital Spore di hujung cerita...apabila melihat di luar tingkap kemusnahan Phuket, Maria mengalirkan air mata...

pada akhirnya, dia sekeluarga sgt bertuah....umur mereka masih panjang, mereka berjaya disatukan semula di saat masih ramai yg sedang mencari2 di bawah sana (Phuket)....

inilah hanya secebis dr kisah2 tsunami Aceh...masih ada 1001 kisah yg belum terungkap.....

No comments: