Wednesday, August 12, 2009

3 cerita, satu dunia

1. History of Singapore


Singapore cukup indah di waktu malam sebab bangunan tinggi di tepi laut..

Aku semalam tgk Discovery, ada The History of Singapore...menarik la kalau ikutkan sebab kita selama ni baca jek buku sejarah ...yg ni ada rakaman benar..masa Tunku umum Singapore berpisah dgn Malaysia..fakta yg aku baru tahu, kan dulu nama negara kita Malaya, SI tu ditambah sempena nama Singapura(awalan SI)...jadilah Malaysia..

yang menyentuh hati bila Lee Kuan Yew menangis..masa ada satu wawancara..dia rasa bersalah sebab masukkan Singapore dlm Malaysia sebab nak Singapore merdeka..

2. He Who Can't marry


Poster drama itu..din aku takde citer ni ek...haha..

selain dari kisah tuh, ada drama best kat KBS World..aku xngantok dah pukul 2.30 pagi dah.tukar2 channel terbukak KBS..tajuk dia He Who Can't Marry..kisah bujang terlajak ni dah 40 tahun jadi pesakit seorang doktor pon andartu gak..konflik la sebab dua org ni tak sebulu..ada ke bapak doktor ni beria nak jodohkan dorang..walopon dorang ni dah kertu, tapi tetap dgn ego masing2 taknak dijodohkan...yelah..doktor dgn pesakit..tak best r..nice la jalan cerita dia..tapi takleh tgk sbb dok dalam..

3. Kejuaraan Dunia 2009 Hyderabad India


Harap2 kejohanan ni bersih dari ancaman pengganas..

cayalah Astro wat saluran khusus utk tournament ni....boleh tgk live sume match..mampos r aku malas nak balik bilik r minggu ni..baik layan jek saluran ni..setakat hari ni, Malaysia ada wakil esok dlm pusingan ke-3:

Lee Chong Wei (taruhan terbaik walopon jumpa Lin Dan dlm semi)
Wong Choong Han (veteran pon jgn pandang rendah)
Kin Keat/Boon Heong (taruhan terbaik jugak sbb macam kembali meningkat)
Zakry/Fairuz (aku tak berharap, dgr kata dah takde persefahaman)
Wong Mew Choo (dah pulih dr cedera lutut, harap boleh wat kejutan mcm Saina Nehwal)
Pei ty/ Eei Hui(No satu bukan bermakna kita terbaik, sebab dorg mesti bermasalah lwn China)
Kin Keat/ Hui Lin (beregu campuran baru, boleh wat kejutan mcm dulu masok semi ngan Pei ty)

3 comments:

rijalnaif said...

hebat btol sh khasif smpai dpt 94 markah....tinggi tuh sebab dlm dekad2 ni kebanyakan johan qariah n qari dpt 89 n kekadang nak melepasi 90 pun sikit2 je...kalau dulu hajah sakinah mamat n sape lagi tah sume dpt mrkh tinggi2 cam sh khasif ni... SYABAS!

Kunangsepi said...

haah..aku pon ada dengar gak..94 ni tinggi kan..ala2 distinction la..ko ni salah komen , ni bukan entry tilawah..ni entry 3 cerita..

rijalnaif said...

haha...sori3.