Saturday, February 28, 2009
Aku bersalah...
Di dunia ini tiap2 kelompok masyarakat, etnik, suku kaum, bangsa telah menjadi warganegara bagi tiap2 negara yg punya sovereignty ke atas wilayah kaum itu..jadi sgt aneh kalau terdengar ada org tanpa warganegara..
Tahukah anda kaum Rohingya langsung tidak diiktiraf warga Myanmar walaupun mereka sudah beratus2 tahun tinggal di wilayah Myanmar..mereka ni hasil keturunan pedagang Arab yg singgah di situ lalu mengahwini gadis2 tempatan..sebab tu majoriti mereka beragama Islam..
Sebulan terakhir ni menunjukkan mereka sudah tidak sanggup berdepan penderitaan di tanah air sendiri..dgn kapal2 kecil mereka berani mengharus lautan Hindi untuk ke selatan..mungkin mereka berharap mahu dtg ke Msia kerana sehingga kini ada 14 000 kaum Rohingya yg diterima sbg pelarian UNHCR di Msia..lagipon sbg negara Islam, mereka mengharap belas ihsan saudara seagama mereka di Msia untuk meneruskan kelangsungan hidup..
Apa yang mengharukan bila kita dgr askar Thai menghalau mereka dari menginjak kaki di wilayah Thai..sudahlah dihalau, ada bekas penderaan lagi..lalu mereka terus hanyut terdampar di lautan luas..sehingga mereka tiba di perairan Aceh n diselamatkan tentera Indonesia..
Sebagai negara Islam terbesar di dunia, Indonesia takkan sekali2 menolak pelarian seagama ini walaupun tahu Aceh masih dlm proses pembangunan semula pasca-tsunami 2004..di pihak kita Msia sudah terlalu ramai melindungi kaum tidak bernegara ini..mampukah kita terus berbelas ihsan dgn mereka..tentu sekali ihsan kita ada batasnya..
ASEAN kena bertindak menekan junta untuk mengiktiraf mereka..kalau nak mengharapkan OIC, sampai ke sudah isu Rohingya ini terus jadi kisah menyayat hati-pertubuhan Islam terbesar pun pandang sepi nasib saudara seagama..kawan2ku, berdoalah moga Rohingya terus mendapat pembelaan sewajarnya..dunia harus bertindak sekarang demi survival mereka..
P/s: Lecturer aku kata (terjemahan BM): "tahu tak kenapa doa kita umat islam agar bumi Palestin aman tak sampai pada Allah..sebab kita double standard..kita sayang Palestin lebih dr segala2nya..kita bantu mereka dgn seikhlas hati..tanpa kita sedar kita langsung tak peduli nasib Rohingya..apa beza mereka dgn Palestin, mereka juga Islam, beriman pada Allah..kenapa tak pernah terdengar suara2 lantang demonstrasi membela mereka..kita lupakan nasib mereka..Selagi kasih sayang kita tak sama rata dgn seluruh umat Islam, selagi itu doa kita tak sampai pada Allah"
~~~~~~~~dgn suara beliau yg semakin sebak..aku turut merasa bersalah kerana rupanya sayangku kasihku tidak sempurna~~~~~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmmm layout br yer...
nak kene bg komen gak ker?
huhu
wajah baru la..apa lagi.kalo boleh bg omencanik keidak..tp kalo nak ktuk pon ada aku ksah..xnak tukar pon..hahha..
kalo boleh komen pasal isu Rohingya..
aku pernah baca satu novel tajuk suu phea...tulisan abu hassan morad. suu phea tu golongan minoriti ke kat Myanmar? aku pun tak pasti...tulah kan, kekadang kita berdoa, tapi taktahulah adakah doa aku tu ada hijab tak, sebab aku makhluk berdosa
da lama aku dgr yg kaum rohingya ni wujud kat myanmar
tp aku xtau la pulak nasib diorg sebegitu rupa
sungguh kasihan...
sesungguhnya media memainkan peranan yg amat penting dlm menyembunyikan sesuatu fakta
hmmm......
Post a Comment