Thursday, February 5, 2009

Nizar 0 Zambry 1

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tersingkir..Tapi enggan letak jawatan..sensasi sungguh politik negeri Perak..lebih hangat daripada Hot.fm..dengan ada usaha membawa kes ke Mahkamah Tinggi utk bubarkan 3 kerusi DUN yg belot..panas..dengan usaha terdesak PR nak wat Perhimpunan 100 000 rakyat Perak..dengan usaha terakhir Nizar mahu bubar semua DUN Perak..berita terkini- ADUN Pangkor-Dato Dr, Zambry kadir jadi MB ke -11 Perak..percaya atau tidak, tak ada lagi kisah panas politik tanah air sepanas politik Perak..

masa time panas ini..yg kita nak dengar adalah ulasan2 pakar politik drpd kalangan pensyarah2 IPTA kita..bukan lagu Rihanna yg kita nak dengar mengalunkan Ella..Ella..Ella..EEEE..yg aku secara peribadi nak dengar kupasan intelektual drp:

1) Dr. Aisar Yee Abdullah-tak sabar nak baca Sinar Harian 2 3 hari mendatang..confirm ku cari column ulasan politik Dr. Aisar Yee yg sungguh bijak lagi penuh informasi dgn bahasa yg boleh kata "EXEMPTED" kalau standard UIA..kalau boleh Dr. Aisar mesti ulas perkembangan terbaru nih ngan berhikmah..aku beli Sinar semata2 ada ulasan Dr. Aisar..kalau takde confirm stop beli..

2) Dr. Abu Hassan Abdullah-dah tgk tadi kat TV1..dia nh selain stylo ngan fesyen2 kemeja pink beliau, beliau ada pengetahuan Bahasa Melayu yg "superb" omputih kata..istilah2 dia agak tinggi aras kesukarannya dan boleh dpt markah tinggi kalau calon SPM guna utk esei BM..tadi petang dia kata budaya melompat nih adalah digelar oleh beliau sbg "Politikawan Liar"..ambek ko..liar katanya..dah sama pulak ngan haiwan kan..padan muka..lagi satu dia selalu tekankan ayat nih "Merayakan demokrasi"..biasa kita guna utk raya Haji, raya puasa je kan..dia nih guna utk rayakan demokrasi..memang di liga tersendiri Dr. Abu nih..

3) Prof. Hoo Ke Ping-serius aku tak pernah kenal dia nih..tapi tadi mlm mmg best la dia ulas rupanya..dah mcm Prof Emeritus Dr. Khoo Kay Kim sejarawan ulung negara..cuma beza Prof. Hoo ni pakar ekonomi..ayat paling best aku terpikat tadi dia kata- "Sabar, tunggu 4 tahun lagi PRU 13..PR boleh tebus balik semua nih..sekarang nih stop la berpolitik..Kesian rakyat..diaorang nak hidup..nak kejer"..sentap betol dgr kan..betol la dia kata mcm tuh..orang takut hilang keje sekrang nih..so..ekau cukup2 lah berbalah pasal jawatan MB tuh...cayalah Prof..aku mula suka ngan Prof Hoo yg tak pernah aku kenal sebelum nih..ayat last dia lagi best..selamba je dia sound.."Saya taknak 5 hari mendatang RTM ke ASTRO ke dok jadikan isu panas ni highlight..esok start keje..buka pelunag pekerjaan utk rakyat"..wooow..Well Done!

4) lain2 yg aku nak dgr cam Prof. Nizamuddin, Dr. Murugan Pandian n Johan Jaafar..tadi sat sangat diaorang ulas..tak puas sgt..yg penting seminggu mendatang nih semua mata telinga rakyat Msia akan fokus ke negeri Perak..panas weh..

Cuma satu harapan aku jgn Gajah sama gajah bergaduh..kancil kat tengah mati tersepit..kancil tuh kita la rakyat jelata..Ya Allah..jgn ada huru hara di bumi Msia nan membahang sejak Mac 2008..Amin..

No comments: