Friday, September 18, 2009
Salam Lebaran
Ahad raya la kalau takde kejutan kan dari Penyimpan Mohor Besar Raja2..tgk la anak bulan muncul ke tak esok..sehari sebelom raya, ingin ku susun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kpd seluruh pembaca blog ini...(macam la ada kan?haha)...kalau ada tulisan Kunangsepi yg mungkin mengguris hati kamu2 semua..jujur langsung tak terdetik di hati ini mengguris hati sesiapa..kerana Kunangsepi hanya berkongsi apa yg dia lalui, pengalaman, dan pendapatnya tentang dunia ini...
Hari raya yg menjelang esok mesti dirai...mmg kita dah puasa sebulan penuh memenuhi kewajipan kita kepada Khaliq..terasa begitu pilu mahu berpisah dgn bulan mulia, Ramadhan..mungkinkah esok puasa terakhir kita?mampukah kita bertemu Ramadhan akan datang?masih adakah lagi peluang untuk mencari malam Lailatul Qadr...semoga segala amalan kita semua diberkati Allah dan moga Kunangsepi menjadi insan yg lebih baik selepas sebulan bertarung dgn nafsu...
Blog ini akan menyepi seketika..kita raikan Syawal yg menjelma..banyak agenda raya nanti, mahu mengunjungi sanak saudara, rakan taulan, bermaafan...dan raya ke-7 ada 2 kenduri kawan sekolah yg ingin dihadiri...semoga bertemu lagi di lain waktu..akhir kalam,pantun raya jadi penutup...
PECAH KACA PECAH GELAS..
JANGAN MAKAN BERIA2 KONON NAK BALAS...=P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment