Friday, May 29, 2009

Ironically..

Ok..ni sungguh ironi..

Dengan tajuk2 biasa yg tak hot, KOSMO kat spital ni tak laku..mesti banyak lagi tak habis masa aku balik 5 petang walopon paper lain habis..

Bila jek satu hari tuh tajuk besar-NAFSU SEKS JAMAL..

terus habis wok..sold out omputih kata..sume nak tau nak busy body pasal Jamal yg wat seks bersama isteri tanpa rujuk..

Aiyooo...kesimpulan:

1) adakah kita semakin suka cerita2 berbau lucah jadi headline?
2) No wonder Metro leh jadi no. 1 sbb suka letak tajuk hangat2 mcm gambar kelabu video Wan Norazlin..

Thursday, May 28, 2009

aku, dia, sepi



Dia selalu sendiri..datang ke lab amek darah, hantar spesimen..aku selalu perhati rajin nya dia dok ngulang ke lab ni..takde keje ke dia..napa tak suruh je nurse ke ppk yg dtg..tak payah la susahkan diri dtg sendiri..

Bila selalu jumpa, dia pon dah kenal aku..pastu dia ni aku perhati teliti sangat..wat keje cermat, check betol2 number kat beg darah tuh..pastu cop pon dgn cool amek dr coat dia..

sungguh menyenangkan..pastu kalau dr lain makan kan bilik khas utk staff yg ada aircond, dia selesa makan kat tempat umum..biasa makan sorang je..takde pon kawan2 yg nak teman dia borak mcm aku yg meriah makan ngan member2 pelbagai bangsa..

dia fokus je kat nasi tuh..takde nak tgk keliling cari jantan ke nak dibuat laki..haha..ntah2 member dah kawen kut..dia makan ngan sopan, tertib..pastu cepat..mmg cepat la, aku tak habis lagi biasa dia dah habis..dgn sopan dia bangun lalu beredar naik kembali pada rutin harian beliau di wad..

begitulah rutin hidup beliau yg unik..mungkin komitmen dia tinggi pada keje sbb tuh makan pon cepat n ditumpu sepenuh hati..cuma aku terpikir..tak sepikah beliau hanya sendiri meniti hari2 yg bergulir..

Bak kata Elyana dlm lagu syukur kusedar..

BARU KUSEDAR KENAPA TERCIPTA KESEPIAN..
KENAPA HIDUP HARUS BERPASANGAN..
KERANA TUHAN MAHU MENYATAKAN..
CINTANYA KEPADA KITA INSAN...

Wednesday, May 27, 2009

Picisan ke?

Dengan rasminya lirik aku Menantimu tewas kepada Faizal Mazran yg menulis lirik Tak Mungkin dlm pertandingan menulis lirik Imran Ajmain..tewasnya aku bererti bidang lirik bukan bidang yg patut aku ceburi sedari awal..susah giler weh..dengan ini saya meletak jawatan sbg penulis lirik picisan..sekian..TQ.

Tuesday, May 26, 2009

Bila hati jadi satu..

Kaedahnya bila kami nak anjurkan Kempen Derma Darah ni, mula2 feedback mmg nan ado..kami pi setiap level wad nak promote di samping hebahan dgn sistem siaraya hosp, tapi yg bagi nama mmg sket..boleh 4 wad ada 3 je nama tu pon termasuk mak guard dia..aku mmg cuak la, kang takde yg dtg ko jangan malu kiteorg...target konon 50-60..

pagi ni mmg sket jer..ada la dlm 30 yg dtg isi borg termasuk 4 commitee..mmg agak lengang..haha, ni mmg petanda buruk..aku mmg risau la..aku dok pendaftaran, mmg takde sgt keje since yg dtg pon sejemput2..kat2 kul 1 tuh aku pon beranikan diri isi borg..dh mcm sambutan kurg, baik aku jek yg derma..biar lagi ramai..seb baek lepas sume saringan termasuk masa cucuk jarum..pandai gila akak nurse tuh, dah la tak sakit sekali je terus dpt vein..walopon tak nampak dia kata dia boleh rasa..bravo la akak ni, kalo mcm ni kena selalu la dtg derma kat sini sbb ada akak yg terer..

kami rehat jam 1.30-2.30...masuk je balik tuh dia ramai giler yg hadir..dak UIA pon ada la 6 org gitu, kelam kabut giler..sume ada keje, yg tukang wat blood grouping n Hb checking lak terlalu berhati2, mmg jam la..so, kena bukak 3 kaunter utk assist beliau..petang ni aku wat sijil pulak..senang je, print je nama n IC kat kertas sijil yg dah tersedia cantik..serius mmg ramai ptg ni sampai bukan je nurse student, staff Radicare pon dtg..sambutan hangat tau..terus terharu..dari 4 katil yg tersedia, kami tambah 2 lagi katil lipat nak tampung org yg berbaris tunggu que ni..

senang dlm hati Allah je yg tau..borang yg diisi sampai 80 org, tapi since ada yg reject sbb low Hb, kami dpt la 64 pint darah..terus melebihi target kaedahnya..yoyo o je mula2 mcm tak boleh, sekali tuh dia berbaris panjang..special la kempen ni sbb anda dpt sijil, makanan, n jam elektronik yg comel..rupanya student2 ni dah tau dr pengumuman semalam, n dorg tak hantar nama mgkin leceh kot..thanx a lot ya..

Buat teman2 pnganjur, u rock guyz!aku taktau la, dorg ni sume komited..cuma ada 3 org terpaksa masuk lab Biochem balik sbb staff tak cukup..sian dorg dah la tak merasa tgk org ramai..takpe yg penting korg dah wat keje2 awal..sume kwn2 aku ni best giler..kepala sempoi, keje jalan, gelak2..last sekali, kami berfoto beramai2 utk kenangan n masuk report masing2..dgn nurse, doctor, staff lain..

Dlm hati aku berdetik, bila hati jadi satu, semua jadi mudah..kami 19 org yg dtg dr kolej n universiti berbeza boleh menganjurkan program yg mulia mcm ni sbb satu faktor..BILA HATI JADI SATU..

Sunday, May 24, 2009

Bukan kerana nama

Korang tengok berita tak,kes bunuh diri bekas Presiden Korea Selatan Roh Muh Hyun..dia terjun tebing yg berbatu n tinggalkan nota minta maaf kerana menyusahkan ramai org atas kes rasuah yg dihadapinya..

aku dengar kes gini kat Korea bukan satu bende yg aneh..sebab ramai artis Korea yg bunuh diri, cuma method dorg gantung leher la..ada tuh artis wanita tgh top ngan drama pon nak bunuh diri..mungkin semua sbb tekanan yg melampau nak jadi popular di persada seni Korea yg ramai bintang2 baru..

semoga tak berjangkit la kat Malaysia..eh kat sini lagi advance,korg pernah baca tak berita pasal pompuan ni kena bunuh n mayat dia digantung kat pokon jering ke apa kononnya nak kelabukan mata polis macam kes bunuh diri..

yg bodoh tuh, pmpuan tuh kaki dia cecah tanah..aiyo, mana leh tergantung kalo kaki kita ada support iaitu tanah..so, senang la polis suspek ni kes bunuh n rogol..menakutkan giler paper pi amek gambar mayat tu tergantung tapi dah ditutup kain putih oleh polis..serius, aku tengok kul 3 pagi n bukak la web Utusan sbb 3 pagi dia dah publish content berita esok..nampak gmbr tuh terus aku tutup laptop n tido..

Mengerikan weh...

Saturday, May 23, 2009

Bicarawara di malam buta

Bersiaran dri umahku ek,.sudah 3 minggu tak pulang, rindu la kat bilik ni..tapi kepulanganku ini disambut dentam dentum petir maha dahsyat..bunyi guruh sahut menyahut, cahaya kilat cerah memancar tiap saat..sgt menakutkan..elektrik pon padam..

Cuma sekali tuh dentuman guruh begitu kuat seolah2 ada benda yg disambarnya..cahaya begitu cerah n bunyinya cukup menakutkan..aku boleh kata itu bunyi guruh paling kuat seumur hidupku..entahla kenapa langit bertukar menjadi ganas malam tadi..

Tadi aku pi mahallah, aku nak tgk list nama yg berjaya..aku dpt bilik sorang2 kat Postgraduate punya block..haha..sungguh heaven la, rasa nak je bawak peti sejuk n TV serta Astro masuk..over sgt excited, sekali study tak ke mana pon..

Nanti kawan aku tlg amek kunci kat ofis sbb nak check kipas berfungsi ke tak..kalau rosak tukar la apa lagi..n kalau difikirkan ada banyak baik buruk la dok dlm balik ni..

Satu keburukan aku nampak hanya ada aku n Nisad je yg dok dlm..dak lain stay kat umah masing2..jadi aku agak kurang komunikasi la jumpa pon kat kelas la..tp sama jugak senario nya skrg aku dok umah lagi la terpencil..

kebaikannya aku leh balik bilik tido ke kalao ada gap kelas..tak la melepak kat umah org sambil tunggu next class..lebih santai la..kalaupon exam takdela aku kena sampai sejam awal untuk antisipasi sbrg kemungkinan buruk mcm keter wat hal ke..

yg penting rasa tak best tu ttp ada sebab geng2 senior dah takde..takleh lepak2 kat bilik dorg sbb skrg aku lah senior..aiyo..boringkah nanti..mungkin hidupku hanya berlegar2 kelas-tido-makan..FYP jangan lupa..

Wednesday, May 20, 2009

I jadi bapak umur 13

Tau tak ada budak lelaki umur 13 tahun dulu heboh sbb claim dia bapa termuda kat Britain..awek dia umur 15 tahun dah beranak..N korang sume tau tak dia tuh kelmarin dah disahkan bukan bapa bayi tuh..Ujian DNA mengesahkan bapa sebenar ialah remaja 14 tahun yg tinggal berdekatan dgn umah awek dia..ada 2 lelaki lain yg jadi suspect..

Pengajaran:

1-Apa ingat kucing ke ek, rasa nak mengawan ko mengawan..pastu mengawan dgn banyak jantan..last, ko sendiri keliru anak dlm rahim ko anak sapa..

2-Umur 15 tahun dah ada anak..ko ingat boleh pecah rekod dunia la yg dipegang seorang kanak2 asli Brazil yg beranak umur 9 tahun..15???what???nothing...

3-Ko tu kecik lagi dah berangan konon subur la sangat, yg pi cari press nak umum ko ayah termuda sapa suruh..wat malu jek, tgk2 bukan...

4-Budaya seks bebas mmg jadi barah masyarakat..kalau kat Malaysia pon boleh ada kenduri seks mat rempit, video 2 lucah guna hp, sumbang mahram jgn citer r..makin menjadi2...akhirnya, bala Allah akan turun la..

Monday, May 18, 2009

Post mortem Piala Sudirman



1. Malaysia beroleh gangsa berkongsi dgn Indonesia..pencapaian paling hebat sbb selama ni skuad wanita sangat lemah dgn BAM jelas sejak sekian lama menganak tirikan mereka.

2. Wong Mew Choo kembali bersinar setelah pulih drp kecederaan. Tapi Julia Wong selaku pemain wanita dgn ranking paling tinggi (15 dunia) terpaksa dibawa pulang akibat kecederaan lutut.

3. China menguasai kejohanan dgn menang semua dgn 5-0 atau 3-0 termasuk ketika menewaskan Malaysia di separuh akhir.

4. Pemain beregu campuran perlu diasah, bukan sekadar mencukup kuota di super siries..ketika ini negara ada banyak pemain beregu lelaki tetapi kalau nak dipasangkan dgn pemain wanita, kita kekurangan pemain bermutu..rexy cuba mengetengahkan Ng Hui Lin sebagai pakar beregu campuran tapi dia sering bertukar ganti pasangan jadi keserasian tiada..



5.Melihat Zhang Jun yg pernah menjadi juara dunia berpasangan dgn pakar beregu ternama China Gao Ling sbg jurulatih beregu bersama Li Yongbo cukup mengujakan..taktau mana pergi Gao Ling, dia sebenarnya sangat bagus kalau Malaysia ambik jadi jurulatih skuad wanita..

6. Hendrawan seorang bekas pemain ternama Indonesia akan melatih Malaysia mulai Julai nanti menurut laporan Kompas.com..tapi tak pasti dia akan bernaung bawah BAM, Nusa Mahsuri, atau KLRC..berita baik sbb dulu kita sempat meningkat di bawah jurulatih Indra Gunawan.

7. Zhang Ning semakin cantik sekarang ni selaku jurulatih wanita China..dgn barisan muda yg hot macam Wang Yihan, Wang Lin, Jiang Yanjiao,Zhu Lin, Lu Lan, Xie Xingfang, China seakan2 unbeatable dgn pemain utamanya selih berganti menjadi juara pelbagai kejohanan..nampaknya badminton akan menjadi seperti ping pong di mana China menguasai secara total.

8. Yu Yang semakin berleluasa, berpasangan dgn Du Jing dlm beregu wanita atau He Hanbin dlm beregu campuran, seolah2 dia akan menjadi satu lagi legenda China spt Gao Ling..dlm akhir, berpasangan dgn Zheng Bo juga dia boleh menewaskan beregu emas Olimpik korea Le Yong Dae/ Lee Hyo Jung..



9. Sila lihat otot2 lengan Lin Dan..aiyo makin besar weh..tak heran la makin padu smash dia..lawan dia Fu Haifeng yg ada smash kencang, tak silap paling laju di dunia..

Sunday, May 17, 2009

AF7 lagi..sampai muntah..

Lagi2 AF7 kan..kalau korang bosan aku citer pasal ni, sila tak payah baca..ini hanya review terakhir aku untuk 2009 pasal AF7...

Isu 1: Juara AF7-Hafiz
Memang layak utk juara kerana vokal beliau sungguh unik dgn imej rambut ala2 Herman Tino, Hafiz punya persembahan konsisten..semua best la dr minggu 1..Juara AF7 ni boleh ikut laluan gemilang mcm Aizat..kalau pandai wat lagu sendiri, tonjolkan je bakat anda..lagi dikenang orang kalau kita compose sendiri lagu..masa depan cerah secerah langit senja di tepian Sungai Kuching..Tahniah anak jati Sarawak pertama jadi juara setelah Stacy membanggakan Sabah tahun lepas..

Isu 2: Kenapa Akim tak dapat naib Juara?
Akim betol2 menepati konsep transformasi yg dicanang2 Tiara untuk musim ni..dr seorang yg kosong, rambut berserabut, beliau berubah bukan shj dari imej, tapi persembahan Akim mmg makin bagus lately..tak kisah la AC gelakkan dia pasal tangan dia yg boleh dilenturkan bak penari tradisional, Akim dah pecah dewan melalui Im Yours versi very simple yet memorable..Sampai skrg aku terkenang bunga ros yg dia bagi utk Aishah..how sweet..No 3 mmg tak layak utk seorang pelajar yg rajin dlm kelas n peningkatan ketara masa konsert..Akim sepatutnya naib juara, kemasukan semula Aril memusnahkan segala2nya..sbb tuh ramai org marah kat Aril di saluran @15 pas tamat konsert akhir smlm..

Isu 3: Pakaian Ida Nerina/Ida Gorgeous bak kata kak Mah sungguh MENETES!
Ida langsung tak belaja dr kontroversi clip lucah yg disangkal olehnya n budaya rakyat Malaysia yg sungguh sensitif ngan baju yg seksi.. Norlia Ghani pernah dikritik hebat gara2 skirt pendek hitam naik Genting...so, kira ambik la pengajaran sket Ida oooi...dah 2 konsert-8 & 9 dia pakai baju yg singkat potong sampai suku peha..bodoh la wei.pastu masa camera zoom dia mula gelabah nak cover2 plak silang kaki..kalau ko berani pakai baju singkat, sila berani okay..kangkang je luas2 biar satu Malaya nampak warna spender ko..alang2 menyelok pekasam kan..lagi bagus kalau ko tak payah pakai apa2 kat dlm tuh..tiru sket Christina Aguilera n Britney Spears.. baru Amerika..bodoh!

Isu 4: Aishah popularkan lagu Yuna
sebelum ni siapa pon taktau Yuna tuh sapa..Yuni Shara org tau la yg nyanyi lagu Sepi..thanx utk Aishah yg pilih lagu Dan Sebenarnya masa konsert pertama yg boleh pilih lagu sdr, kini lagu tu juara Hot FM 30 3 minggu berturut2..mmg gempak penangan AF..sbnrnya mmg dari AF1 lagu tak popular bole naik kalao dipersembahkan dlm konsert AF..contoh klasik lagu Misha Omar-tajuk tak ingat yg gagal dibawa oleh Nana AF1 hingga ditengking Cikgu Siti Hajar dlm kelas n dia nangis masa konsert..baru org ramai tahu pendatang baru-Misha ni ada vokal yg power sampai Nana pon takleh kejar high note dia..maka, semua org kagum ngan Misha lagi2 tahun tuh di menang AJL dgn Bunga2 Cinta..

Isu 5: Hadiah makin sendu
Jelas AF8 perlu direhatkan tahun depan sbb penaja makin kurang nak taja hadiah..tiada lagi apartment A Famosa..keter hanya utk juara, sedangkan zaman Mawi n ke atas naib juara dpt gak sebijik keter..padan muka awok tak dpt keter, naik je lah skuter pink tuh bawak teddy bear Ju pi supel sambil berkata Awokkkkk....(gedik)

Isu 6: Trademark takde, hilang seri AF7
Mcm mana nak kenang juara kalau dia takde pon bgtau trademark dia..tak silap aku Peace kut..tp jarang sgt dia ckp..mmg Tiara ni mengada2 suruh buang trademark yg dah sebati dlm AF..hanya Aril yg terkenal ngan Terbaekkk Awoook...paling popular la hingga jadi ikutan ramai..ingat lagi Dafi terkenal ngan Baeeek Punyerrr yg jadi anjingan Zizan dlm Raja Lawak 2..cam sial je Zizan wat sambil lembut2 diri..n tak lupa Saida yg terkenal ngan Ok La Tuh..sampai tempias populariti perkataan ni terkena adiknya CT masa dia dpt anugerah..trademark mesti dikembalikan dlm AF..

Isu 7: Aril akan ikut jejak Lotter n Linda Nanuwil
AFmasuk dulu pernah digunakan dan Linda & Lotter pernah masuk n jadi naib juara..resipinya sama,jadi naib juara n anda gagal di pasaran..Linda hanya terkenal dgn Jika Kau Kekasih n terus sorok kan diri kat Sabah..Felix terus mahu bersara dr bidang seni setelah gagal dgn album nya..kesian dia kan..penangan aura Juara-Mawi yg terlalu kuat..Lotter plak naib juara kpd Faizal mcm akan lemas terus tapi dia pandai wat band The Divine Masters ngan adik beradik dia n skrg terkenal ngan lagu Di sampingmu..kalau korang tanya aku pasal Aril?jwpn dia mudah jek..sila wat band cepat2 sblom ko dilupakan org..tiru resipi Lotter..

Friday, May 15, 2009

Guru insan mulia

Sampai sekarang aku xpaham kenapa pensyarah takde Hari Pensyarah yg khas utk mengenang jasa mereka..hari ni 16 Mei Hari Guru, so aku ucapkan Selamat Hari Guru buat:

1-Ustazah Kalsom yg ajar aku mengaji sejak aku tadika sampai 9 tahun
2-Guru2 yg ajar aku ABC n 123 di Taski Annur Batu 8
3-Guru2 yg ajar aku selama 3 tahun di SK Batu 8 (1993-1995)
4-Muallim n Muallimah SR Al-Irsyad selama 3 tahun aku menuntut di sana(1995-1998)
5-Guru2 di SMA Al-Ihsan sejak aku form 1-form 5...tak kiralah cikgu ke, ustazah ke, guru ganti ke..
6-Guru2 yg ajar aku di Tuisyen Taman Tas n Bervisi
7-Guru2 yg pernah dtg sekolah aku ajar kelas petang
8-Pensyarah2 Matrikulasi UIA PJ
9-Pensyarah2 aku sejak sem 1-sem 6


Semoga kalian diberkati Allah, dikurniakan kesihatan yg baik, bahagia bersama keluarga tercinta, & diberi pahala yg berterusan atas segala ilmu yg aku amalkan..Amin..

Mesti la kita cuak tapi..

Dengan Malaysia menjadi negara ke-36 mngesahkan kes positif Influenza A H1N1, maka langkah2 pencegahan dan isolasi besar2an akan dilakukan..korang mesti ada tengok kat tv mcm mana hotel kat Hong Kong kena quarantin sbb ada kes H1N1 kat situ..kat negara kita memandangkan kes ni melibatkan pelajar 21 tahun yg balik dari Newark, US guna MAS, maka kita kena kesan semua penumpang sekapal ngan dak tuh..

kena kesan dorang ada kat mana, semua la termasuk anak kapal yg serve dak tuh..mmg menakutkan kan..kalau kita pikirkan balik, kita tak sedar dlm udara kapal terbang tuh ada virus2 halus yg bertebaran di molekul2 udara akibat dak tuh bersin ke batuk ke..

Aku ingat negara kita akan bebas dr kes ni, rupanya ada jugak yg terlepas saringan kat airport Amerika n masuk negara ni dgn membawa virus pembunuh ni dlm badan..

Sekarang bukan masa nak panik ke or nak kecoh2..rilek je..utamakan kebersihan la..esp tangan..amalkan selalu cuci tangan dgn air n Dettol ke Lifebuoy..virus tuh takdela masuk dlm badan kalau kita termakan guna tgn yg tak dibasuh bersih..

N lastly doala moga2 kes Sungai Buloh ni jadi yg terakhir..even harap jgn ada doktor, nurse, or staff hospital tuh yg terkena virus ni mcm ada doktor kat Spore yg meninggal akibat SARS selepas merawat mangsa virus yg sama..nauzubillah..

Thursday, May 14, 2009

Semi weh..cayalah..

Jap2..I can't believe my eyes..aku ni dpn komp tgk Livescore utk Piala Sudirman Malaysia vs Denmark utk rebut satu tempat dlm semi final..biar betik weh Malaysia 3 denmark 1 masa ni Pei ty-Eei Hui tgh lawan beregu wanita Denmark..kalau match tuh Denmark menang pon still kita layak ke semi dgn 3-2..

yahoo...penantian berpuluh tahun nak masuk semi berjaya akhirnya..maknanya barisan pemain wanita kita dah seimbang dgn lelaki..haha..aku suka2..bagus la kita dpt pi semi buat pertama kalinya, thanx to Peter gade yg migrain n Tine rasmussen yang cedera..

best r kalau betol la info aku dapat ni.esok2 kita tgk paper ek..

P/s:sedey hoki kita kalah 2-4 ngan Pakistan n gagal layak ke akhir Piala Asia 2009 di Kuantan..huhu..aku tak pasti la, tp kalau xsilap kalau masuk final kita automatic layak Piala Dunia...maknanya, kita kena lalui kelayakan jugak la..huhu..mintak2 la layak..dah 2 edisi Olimpik kita tak layak padahal dulu kita wajib layak..huhu..

Wednesday, May 13, 2009

Aku penat dileteri

Ada jamuan utk staff kul 3.30 ni, tapi sejak mula kami student ni mmg tak dijemput..tapi jam 4.30 kawan se lab aku kat Blood Bank kata baru je dia balik dr jamuan tuh..aku pon nak pergi la dgr oh boleh ke makan..masa nak kuar, jumpa dak 2 org lagi kata depa segan bila aku ajak..katanya, staff yg buat tuh kata student datangla kalau tak malu..

So, aku pon xjadi pi pantry..takpelah, mcm tak halal je makan kalau tuan punya tak undang..aku pon balik lab..pegawai sains tuh panggil aku terang pasal orientation dr mula sampai akhir..aku dah mula la tgk jam, nak dekat jam 5, solat belom, aku biasa solat kat surau tepi lab je sbb sampai umah mesti dah 5.20 ptg..taknak la lewat lagipon penat la bila sampai umah..

Dia habis bg briefing kat aku n sorg staff baru dah jam 5..aku pon gegas gi ofis nak amek beg..aiyo..mmg malang punya nasib aku tgk dak2 PTPL tgh dilecture oleh Ketua Jabatan..aiyo..aku rasa macm nak blah gitu jer sbb malas nak dgr, pastu dia panggil lak aku..terpaksa la aku join menadah telinga..

Panjang woo lecture dia..FYI, dia tuh bekas lecturer, mgkin dia rindu nak bagi lecture n soal student, banyak giler soklan..aku malas nak jawab sbb aku mmg dah penat n asyek tgk jam yg menghampiri 5.15..boleh dia sindir- napa isteri u tunggu ke?mmg keji sgt sindir aku tgk jam..

aku dgr la dia tanya2 dak lain, n aku malas nak masuk campur walopon ada soalan tu aku tau je jwpn dia..sbb pikiran aku hanya kat umah..

last2 ada dak pmpn ni kata dia nak balik sbb ayah dia tunggu kat bwh..fuh lega aku rasa..tak payah dgr dia bebel lagi..5.30 okay baru siap bebel..n dgn selamba dia kata -saya saja jer tanya2 u all sbb sy penat hari ni ada audit n berlambak lagi kejer atas meja dia..

mmg la dia ni..penat woo dgr 30 min ceramah free..aku pon beredar dr ofis dgn perasaan bercampur baur..tapi aku dpt tangkap apa yg dia sampaikan..sbnrnya ari nih ada interview utk Pegawai Sains Biomedic..so, ada la guy ni tak dpt jwb soalan mudah apa beza serum ngan plasma..terus kena reject..

jadinya..kesimpulan di sini ialah:

1)Ko pi praktikal tuh bawak2 la refresh balik memori pasal ilmu2 yg dah study
2)Jgn lupa apa yg kita blaja..

sekian sahaja cerpen malam ini..panjang kan..padan muka yg gi baca sapa suruh..hahaha

Tuesday, May 12, 2009

4 berita 1 pesona=aku ;p

Nak citer apa ek..korang rindu aku ke..ala korang ni, xpayah la rindu2an jadi kenang2an..insan tersayang kini milik orang..ha sudah melalut lak nyanyi lagu Scoin ke apa..

Kita mulakan dgn berita satu:

...GUE DISURUH MASUK DAN LHO KELUAR AJA DEH,BUKAN MILIKMU..CUMAN BEBERAPA JAM, NAH SKRG GUE YG DISURUH KELUAR..PUSING DEH KAYAK GINI..WADUH, MENDINGAN GUE BUKAK KANTOR BAWAH POKOK AJA DEH...

korang mesti paham kan ayat di atas..aku malas nak citer lebih2 hal mahkamah ni.kang free2 je aku masuk lokap..hehe...serabut pala otak kalao bagi tumpuan sgt berita kt negeri pengeluar timah suatau masa dahulu..apa kata kita toksah amek cakne pasal politik dia, pening giler..padahal solusi termudah dia hanya BUBARKAN DUN..mcm la takde duit nak buat pilihanraya baru..sama jugak dari dok berbalah sampai PRU13 psl kerusi no satu tuh, sampai bila pon xhabis cerita..aiyo..

Berita no 2 aku masih belum pasti apa kesudahan nasibku n FYP ku..mana dia org office takde pon call aku..aku berhak tahu status aku skrg, karang aku gak kena blame lambat requst la..apa la..yg salah aku jugak..yg pening aku jugak..ntah mende ntah..

Berita no 3 aku kena anjurkan kempen derma darah utk student yg berpraktikal kat sini..ganjarannye jika dpt capai target 40 org kami dpt sijil, lawatan ke Unit Forensik n Pemakanan..kalau gagal hanya Forensik je lawatannya..lumayan giler kan..nak buat tuh mgkin susah bab nak deal ngan org atasan jek..dgn kekuatan team 19 org drp pelbagai IPTA, I believe I can fly..I believe I can touch the sky..mengarut lagi..Aku yakin dpt kot target..ntahla..

Berita last, korang tahu tak lagu baru finalis AF7..napa dia tak buat prtandingan macam tahun lepas..best gak komposer baru ngan irama yg baru..tgk lagu Akustacy tuh..best..hope sume finalis dp lagu yg meletop..cuma aku tak berkenan ngan Aril yg baru diserap masuk, tapi dah mula menggelabah nak mintak tukar lagu..dasar tak bersyulur punya org..

Saturday, May 9, 2009

Aku takkan malu

Kalau semua benda di dunia ini ditawar ganti untukmu ibu..

Aku tetap memilihmu..

Sebagaimana kamu menyayangiku, mengasihiku, mendidikku..

Sehingga aku menjadi aku..

Aku harap kasih yg sama..

Sayang yg sama..

Dapat ku curahkan untukmu..


Jika tangan mu boleh membelaiku dgn kasih sayang..

Tangan ini juga bakal memelukmu ibu dgn kasih dan sayang yg sama..

Jika air mata mu tumpah walau setitik..

Tangan ini juga yang akan mengesatnya..

Jika kamu terluka ibu..

Tangan ini juga yang akan membimbingmu..


Dan aku mahu kamu tahu ibu..

Aku tak akan malu jika orang ramai melihatku..

Disuap olehmu ibu..

Kerana bagiku tanganmu sangat mulia..

Tangan yang ku cium selalu..

Tangan yg memangkuku..agar aku dapat menyusu..

Ibu..Aku tak akan malu..

Kerana selamanya..

Aku tetap anakmu..


SELAMAT HARI IBU BUAT IBU YANG KU SAYANGI HAJJAH YUSNIARTI..

Benci ini sebenarnya CHENTA..



Sometimes the night seems so lonely
When your lying there all alone
And tomorrow seems so far away
I don't wanna live another day this way.

Scared to love someone else
Can't bear the hurt again
But my body needs to feel a touch
Someone to come and wake me up.

I just want somebody to love me.
I just need somebody to hold me.
Somebody to love me...

Don't wanna let life pass me by
Never knowning what its like
To be as real as real can be
To share my life and know my dreams.

I just want somebody to love me.
I just need somebody to hold me.
Somebody to love me...

Cause I'm hurt and I'm scared and I'm lonely
All I want is somebody to want me
Cause I've got so much to give.

I just want somebody to love me.
I just need somebody to hold me.
Somebody to love me...


Lagu baru Kellie Pickler..ni pon lulusan American Idol n berjaya menjadi bintang country..cuma tak la setaraf Carrie Underwood yg jadi megastar dlm muzik kampung ni..aku suka lagu2 Carrie, semua best2 walopon lirik mmg panjang giler mcm menceceh2 ntah pebende..

Teringat pasal lagu country ni, korang ingat tak Siti Nordiana @ Nana yg terkenal dgn lagu Bola2 Api ngan Achik Spin..dulu aku ada la borak ngan member, kalau Nana ni buat album kat Amerika mesti laku sbb sana muzik country@kampong ni kan besar pasaran dia..aku gelak je la dia kata gitu, sebab ada majalah suka bagi gelaran artis kampong kat Nana ni..mentang2 la member dari Felda Sendayan..tapi suara dia best gak la..walopon cuma copy paste suara Siti yg tak siap setaraf Syura, Intan Sarafina, n Elly Mazlein..

Cuba contohi Yuna yang unik ngan suara santai n petikan gitar dia..ala2 Jason Mraz plak dia tuh..aku rasa la lagu tu kalau masuk Juara Lagu tahun depan boleh menang la..kan skrg lagu2 dari artis2 Indie ni mmg tgh meletop kat Msia..Yuna tuh walopon solo tapi tetap Indie gak...kalau dia menang mmg sempoi la..

Wednesday, May 6, 2009

Palsu Plus Dusta

Mari kita membebel..dalam keseronokan kita mengikuti dgn penuh minat sidang DUN Perak yg hangat drp biasa, jgn lupa Isnin nanti Mahkamah Tinggi akan putuskan siapa MB yg sah di Perak..

Lagi satu aku nak pesan kalau kita jenis tak baca paper n tak suka ambek tahu isu semasa dan hanya bergantung kpd org utk info terkini, pastikan org tu reliable la..bukan jenis propa...ni aku ada jumpa kes gini..

X: Kes influenza A tuh dah merebak kan..kat KL pon dah ada..
Y: Mana ada la, I baca paper arini sifar lagi kes tuh..
X: Kawan I yg gitau..I taktau la..I tak suka baca paper..
Aku (dlm hati je la): Mana ada virus tuh dah merebak kat KL..kes ni serius ok, even kalau suspect pon kena laporkan kat media..mana hala dah merebak..giler la sapa punya keje la buat berita bohong ni..

Kan betol tak apa aku ckp..baik kita senyap je kalau tak tau satu isu..ni ckp mcm yakin, petik sumber tak sahih pastu obviously u r wrong..bukan setakat salah, tapi dah sebarkan berita palsu pasal penyakit ni..ni bukan kes main2, virus ni wabak bahaya..sorang je yg kena, n dia bebas berkeliaran di tengah2 masyarakat jadi wabak maut la..yg ko pi citer kat KL pon ada tu pesal..

Monday, May 4, 2009

Bulan tetap diam



Hari ini aku kecewa...

Kecewa mengapa dlm tenang damai danau hidupku..

Muncul riak2 ganas gelombang masalah muncul..

Mengapa perjalanan ini begitu mencabar rasa amarahku..

Akukah yg bersalah..

Atau aku hanya mangsa keadaan..

Perlukah aku luahkan sahaja rasa marah ini..

Yang mungkin menjadi kontroversi..

Atau aku hanya diam..

Meluah masalah pada yg sudi mendengar..


OH BULAN..
ENGGAN MENYAPA DIRIKU LAGI..
PABILA...
AKU KECEWA BEGINI..

Saturday, May 2, 2009

Trivia AIM 16



Misha: Wow..akak Samihah menang besar dek oi malam ni..harap je album terbaik lepas ke Siti sbb Lentera Timur lagi banyak penerbit bersama, kalau akak tambah lagi penerbit album akak jadi 10 orang confirm akak menang 4 anugerah mlm ni..

Nasreen Mystarz LG: ye ke kak oi..congratz la..bdw, tangan I ni ok ke landing kat sini..opsss**

1. Perkataan paling femes mlm ni-Giler ah oleh Aizat masa menang vokal lelaki terbaik dlm lagu-Lagu kita & Terbaeeekkkk oleh Afdlin..

2. 3 pengacara berbadan besar tuh tak jemu dipandang walaupun dah bertahun2 depa jek esp Afdlin n Bob..

3. Rossa feat. faizal Tahir mmg best..mampos la Rossa kena sedaya upaya nak catch up energy Faizal yg sgt dahsyat utk lagu Coba..nasib baik Rossa mampu, tak la tenggelam di Sungai Kelang..

4. 5 penyanyi wanita pelapis lulusan pelbagai realiti tv iaitu Bintang RTM-Alyah, Malaysian Idol 1-Nikki n Dina, OIAM2-Ayu n Shiela beradu vokal n pertandingan dimenangi oleh..jeng2...Dina lulusan Malaysian Idol 1..yg lain tuh ada ke takde sama jek..Alyah pon kurang karisma walaupon dia yg paling top antara 5 ekor tuh berkat lagu Tak Mungkin Kerna Sayang..

5. Atilia sungguh budus silap sebut lagu Nafas Cahaya dr Misha utk Lagu Terbaik sbg Nafas Cinta..hello, ko baca lah elok2 nama tuh..nasib baik Misha Omar tak jadi Zaidi Omar..lagi haru..haha..

6. Ajai maintain excited tak bertempat bila Marsha nak umum Siti menang vokal wanita n nak sebut lagu Di Taman Teman, dia pon selok nak menyibuk potong line nak gitau ni kali ke -10 Siti menang kategori yg sama, habis Marsha tak sempat cakap judul lagu tuh..

7. Lagenda oleh Dato Sheila Majid tetap best sebab satu faktor je..yg menyanyi tuh Sheila..penghayatan n rhythm jazz utk lagu ni hak mutlak Shiela..jadi satu kesalahan terbesar kalau mana2 penyanyi lain nak cuba bawak lagu ni hatta anda bersuara lemak merdu mcm Siti, tinggi melangit macam Jaclyn or sesoprano Ning..ia akn end up jadi acara me 'nyumbang' kan lagu ni..Tq.

8. Gandingan Hujan & Meet Uncle Hussain mmg paling superb..beradu vokal n tenaga, mestilah Vokal Lan MUH yg lepas bebas menang besar..tp Noh hujan pon not bad la..takde la ketara sangat jauh standard depa..betol2 membanggakan negara..

p/s: tak perlu la ada ramai kawan aku asal jumpa or msg aku wajib tanya bende2 lagho mcm hiburan ni..konon aku most reliable lagho source..ko giler ke apa..selain hiburan aku pon suka komen pasal sukan, politik, isu2 semasa..yg ko cop dahi aku dgn lagho tuh buatpe..

Friday, May 1, 2009

Bara'a ciek da..


Sumatera Barat yg berwarna merah ek..ni lah bumi Ranah Minang..


Tadi aku tgk album Bubble kat Facebook masa depa panjat Gunung Merapi kat kg aku di Bukit Tinggi..terus kerinduanku pada kg halaman membuak2..tgk dorg kagum dgn keindahan bumi tempat asal nenek moyang aku buat aku rasa arghhh rindunya nak balik..serius rasa mcm best je kalau dpt balik sbb mungkin aku dah 4 tahun kut tak balik..maka begitu lama rasa rindu ni mencengkam sehinggalah aku tgk geng2 UIA pi sana..

Satu aku paling suka ngan kampung aku-makanan...wahhh..heaven giler korg tau..kalau lalu dari Padang ke kampung aku di Bukit Tinggi, maka wajiblah kami sekeluarga singgah di rumah makan Pak Datok di Padang Panjang yg berhawa dingin..makanan kat situ sume aku suke esp ikan bakar dia..kalau air aku suka pesan jus sirsak-atau dlm BM dia durian belanda..mmg kaw giler wa ckp lu..

Pastu kat umah makcik2 aku mmg aku suka makan juadah ni..namanya Gulai Tunjang..kalau korg nak tahu ni bahgian kaki lembu yg dibakar yg bawahnya..pastu bila dah lembut, buang la kulit2 hangus tuh, n kita kikis sket2 isi yg ada kat bawah tuh..serius ni my favourite..rasa nya agak kenyal namun sodap nak mampus..makcik aku tahu aku suka, mesti dia buatkan bila aku balik sana..yummy sgt..tapi kalau korg tak suka tuh hal korg la..korg takde hak nak kutuk2 Gulai Tunjang semata2 ia bukan daging lembu yg korg suka makan tuh..




Pastu aku suka pemandangan kampung aku n Padang..semua bangunan kerajaan dari Pejabat Pos hingga ke Pejabat Gubernur semua beratap bonjong dgn senibina asli giler..dia punya lekuk mg tajam ke atas mcm gambar kat atas..cantik tau bila kiri kanan semua ada atap ni..rasa unik sgt, sbb tuh pelancong suka datang kg aku semata2 nak kaji seni bina yg chantek ni..aku rasa bangga giler bila ramai penduduk dunia yg tahu seni bina Minang selain drp seni bina rumah Toraja..

Dah la asyek citer pasal kg aku, rasa rindu sgt dah ni..waaaa...tau la kampung ku jauh di mata dekat di hati..