Monday, May 18, 2009
Post mortem Piala Sudirman
1. Malaysia beroleh gangsa berkongsi dgn Indonesia..pencapaian paling hebat sbb selama ni skuad wanita sangat lemah dgn BAM jelas sejak sekian lama menganak tirikan mereka.
2. Wong Mew Choo kembali bersinar setelah pulih drp kecederaan. Tapi Julia Wong selaku pemain wanita dgn ranking paling tinggi (15 dunia) terpaksa dibawa pulang akibat kecederaan lutut.
3. China menguasai kejohanan dgn menang semua dgn 5-0 atau 3-0 termasuk ketika menewaskan Malaysia di separuh akhir.
4. Pemain beregu campuran perlu diasah, bukan sekadar mencukup kuota di super siries..ketika ini negara ada banyak pemain beregu lelaki tetapi kalau nak dipasangkan dgn pemain wanita, kita kekurangan pemain bermutu..rexy cuba mengetengahkan Ng Hui Lin sebagai pakar beregu campuran tapi dia sering bertukar ganti pasangan jadi keserasian tiada..
5.Melihat Zhang Jun yg pernah menjadi juara dunia berpasangan dgn pakar beregu ternama China Gao Ling sbg jurulatih beregu bersama Li Yongbo cukup mengujakan..taktau mana pergi Gao Ling, dia sebenarnya sangat bagus kalau Malaysia ambik jadi jurulatih skuad wanita..
6. Hendrawan seorang bekas pemain ternama Indonesia akan melatih Malaysia mulai Julai nanti menurut laporan Kompas.com..tapi tak pasti dia akan bernaung bawah BAM, Nusa Mahsuri, atau KLRC..berita baik sbb dulu kita sempat meningkat di bawah jurulatih Indra Gunawan.
7. Zhang Ning semakin cantik sekarang ni selaku jurulatih wanita China..dgn barisan muda yg hot macam Wang Yihan, Wang Lin, Jiang Yanjiao,Zhu Lin, Lu Lan, Xie Xingfang, China seakan2 unbeatable dgn pemain utamanya selih berganti menjadi juara pelbagai kejohanan..nampaknya badminton akan menjadi seperti ping pong di mana China menguasai secara total.
8. Yu Yang semakin berleluasa, berpasangan dgn Du Jing dlm beregu wanita atau He Hanbin dlm beregu campuran, seolah2 dia akan menjadi satu lagi legenda China spt Gao Ling..dlm akhir, berpasangan dgn Zheng Bo juga dia boleh menewaskan beregu emas Olimpik korea Le Yong Dae/ Lee Hyo Jung..
9. Sila lihat otot2 lengan Lin Dan..aiyo makin besar weh..tak heran la makin padu smash dia..lawan dia Fu Haifeng yg ada smash kencang, tak silap paling laju di dunia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sudah masanya negara-negara lain cuba untuk meningkatkan lagi prestasi agar sukan badminton tidak mudah jemu dek didominasi sepenuhnya CHINA.. Malaysia bagaimana?
malaysia boleh..dgn hendrawan masuk kem kita, rasanya dia akn latih pelapis elit mcm Tan Chun Seang, Arif LAtif, n Chong Wei Feng..
indonesia ada Simon Santoso Andre kurniawan, n Tommy Sugiarto sbg pelapis
Post a Comment