Saturday, May 9, 2009

Aku takkan malu

Kalau semua benda di dunia ini ditawar ganti untukmu ibu..

Aku tetap memilihmu..

Sebagaimana kamu menyayangiku, mengasihiku, mendidikku..

Sehingga aku menjadi aku..

Aku harap kasih yg sama..

Sayang yg sama..

Dapat ku curahkan untukmu..


Jika tangan mu boleh membelaiku dgn kasih sayang..

Tangan ini juga bakal memelukmu ibu dgn kasih dan sayang yg sama..

Jika air mata mu tumpah walau setitik..

Tangan ini juga yang akan mengesatnya..

Jika kamu terluka ibu..

Tangan ini juga yang akan membimbingmu..


Dan aku mahu kamu tahu ibu..

Aku tak akan malu jika orang ramai melihatku..

Disuap olehmu ibu..

Kerana bagiku tanganmu sangat mulia..

Tangan yang ku cium selalu..

Tangan yg memangkuku..agar aku dapat menyusu..

Ibu..Aku tak akan malu..

Kerana selamanya..

Aku tetap anakmu..


SELAMAT HARI IBU BUAT IBU YANG KU SAYANGI HAJJAH YUSNIARTI..

2 comments:

Unknown said...

Aku tak akan malu jika orang ramai melihatku..

Disuap olehmu ibu..
T_T

Kunangsepi said...

T_T

selamat hari ibu..