Wednesday, March 4, 2009
5 di pihak anda
Ini hanya entry pengubat kebosanan hidupku yang banyak tol assignment nak kena hantar..5 di pihak anda mcm tag jugak..just cerita jelah apa2 yg korang rasa nak cerita tapi terhad utk 5 perkara bermula dgn huruf yg diberi..memandangkan ni first time main, aku sendiri la bagi huruf P utk diceritakan..saya mintak P untuk sirap, halim(yakin je, sirap mula dgn S la)..here we go..
1. Pu Yi
Maharaja terakhir China yg sempat memerintah sekejap je..korang tau la kan, Maharaja China mcm mana, dgn Forbidden City yg sungguh gah, ada 9999 bilik n kawasan larangan utk rakyat jelata masuk..bila Pu Yi dilucut jawatan sekitar 1930-an, Forbidden City jadi kawasan umum n digunakan sebagai muzium..sedih sgt kisah Pu Yi, tempat di mana nenek moyang dia berkuasa berkurun lamanya telah mengizinkan kasut rakyat jelata memijak dgn senang lenang..kalau dulu pancung hukuman bagi yg berani masuk tanpa izin..dari seorang Maharaja yg berdaulat, sehingga menjadi tahanan rumah n dimasukkan ke pusat pemulihan, Pu Yi sampai ke sudah mahu takhtanya dikembalikan, namun sayang sejarah tidak akan berulang..Pu Yi disemadikan di sebelah Maharaja Guangxu, ke-2 terakhir meskipun ketika menghembuskan nafas terakhir, beliau sudah bergelar rakyat biasa, tiada waris keturunan..maka berakhirlah legasi ribuan tahun Dinasti China semenjak Huang Ti menyatukan China..
2. Perak
negeri yg sungguh bermasalah lagi bercelaru politiknya..bising sana bising sini, tuduh orang ni penderhaka (dulu tak ingat dia kata apa, natang ke apa)..bawak masuk mcm2 kes ke mahkamah..sidang DUN bwah pokok, dah sapa suruh tak bagi masuk dewan..mula la malu satu dunia tahu kita wat sidang jalanan je utk sebuah kerajaan..tapi satu yg menarik, tiap hari ada je benda yg menarik yg nak dijaja media..jadi lebih menarik drama kat sana..hanya satu penyelesaian terbaik-Pilihanraya semua DUN utk tentukan mana satu pilihan rakyat..tii then, mari kita terus bercerekarama di negeri Timah itu..
3. Putra
ni nama aku la..dah salah ke kalau aku guna untuk kad matric, masa kat MCIIUM dulu pon aku saja bubuh nama Putra, memandangkan nama depan aku dah digunakan secara meluas dlm kehidupan seharian..sekarang ni pon still aku letak Putra, kalau ada yang jumpa mesti kata aku poyo..nak tau satu kisah best, masa tuh aku nak beli air kat kak Chor cafe, UKC1..aku tunggu turn coz makcik tuh tgh buat air utk satu sister ni..tiba2 dia pandang aku, tertengok dispay matric card aku..pastu dia tegur.."awak mmg anak raja ke?"Sentap tak sentap, dah jadi anak raja aku..dah sapa suruh letak Putra..aku bagitau jelah tu nama je..malas la nak tipu kan, kang tak pasal2 kena jail sebab menyamar anak raja..huaha..
4. Padang
ni nama ibu kota Sumatera Barat..Padang ni sangat landai tapi sebelah dia berbukit bukau, hasil drp Banjaran Barisan, tulang belakang pulau Sumatera..aku sebut kat sini sebab aku risau banyak saintis ramalkan menjelang 2030, Padang akan dilanda tsunami yg jauh lebih ganas n tinggi drp tsunami 2004..ye..utk tsunami raksasa berlaku perlukan gempa lebih drp 9.0 skala Richter, Padang hanya bertentang n berjarak 9 jam menaiki bot drp Rantaian Kepulauan Mentawai yg terletak kat sesar Sumatera..memandangkan gempa 2004 terlalu kuat dgn 9.3 skala Richter, sesar tu dah makin tak stabil..sebab tu 2005 berlaku gempa 8.9 di Nias di utara Mentawai..kalau ini berlaku, Padang yg mula2 akan kena tsunami, bandar ni pulak ada 800 000 penduduk, jauh lagi ramai drp Banda Aceh..
yg lagi menakutkan, penduduk hanya ada 15 minit untuk lari dgn kadar paling segera ke daerah berbukit..mesti jam terok semua jalan menghala Bukittinggi, kampung aku..benda ni mmg terbukti, sebab sekarang penduduk Padang mmg trauma dgn gempa,asal kuat sikit je mesti semua lari ke daerah berbukit..yang paling aku risau, kat Padang ada makcik aku n keluarga dia..n keluarga mak mentua abang long aku..lagi la rumah dia tepi muara, mmg sgt dekat dgn pantai..harap2 mereka semua dilindungi walaupun gempa kuat diikuti tsunami besar bila2 masa je boleh berlaku..
5. Por favor
ni perkataan Spanish pertama yang dapat aku tangkap hasil drp menonton siri2 telenovela masa dulu2 la..lagi satu perkataan yg biasa aku dgr Mi amor- My Love..Por Favor ni rasanya maksud dia=Please..tgk intonasi pelakon tuh, kalau dia sebut Por Favor mesti dgn muka penuh berharap..mmg biasa la kan, dah kita merayu..aku suka sangat kalau Scarlet Ortiz-heroin Secreto di Amor n Mis Tres Hermanas sebut perkataan ni..dah la cantik, rambut hitam tebal, bila dia sebut je Por Favor nampak ikhlas je..tak nampak dibuat2 lakonan beliau..kalau Rosalinda sebut mcm tergedik2 n sgt bajet menggoda je..por favor sinor sinores!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmmm wat ms ni no komen lg..
huhu boleh?
kalau dah tau tak terkomen, yg gatal tgn sibuk nak letak kat sini watpe..
kalau ko ada blog, aku nak ko wat huruf Z..hahaha..berangan je la..
hehe por favor hendy.. ingat giler kt ko. suke ckp por favor time kite smbang.. haha ngan ekspressi muke ko lagi.. haha rindu sgt nih.. :D
hahaha..akhirnya datang juga kamu farhan..por favor sinor..udah lama ngak ketemu kita ya..
takpe, boleh melawat blog masing2 kan..sembang2..
paan..nak tumpang city?walopon dulu dah pernah merasa dlm kawsn matric je..huhu..
Post a Comment