Tuesday, March 17, 2009

Jasa Terakhir Pak Lah



Bandar Limbang, Sarawak hasil carian Yahoo Image.

Apabila Brunei bersetuju untuk menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak, ia satu petanda positif dlm hubungan antarabangasa Msia dgn jiran tetangga..Kalau dibiarkan tanpa solusi yg betul, kes tuntutan sebegini akan terus menjadi duri dlm daging antara kedua-dua negara..

Tuntutan Limbang berasaskan fakta sejarah yg mana Rajah Brooke yg merupakan Raja pertama Sarawak memajak kalau tak silap satu demi satu wilayah Sarawak sehingga keluasan skrg dari Sultan Brunei..Akhirnya, semua wilayah ini masuk dlm Persekutuan Malaysia pada tahun 1963..Limbang istimewa kerana ia memisahkan antara 2 daerah Brunei..Dgn penduduk 40 ribu, Limbang sgt strategik kerana betul2 di tengah2..

Antara tuntutan bertindih Malaysia:

1) Sipadan & Ligitan-menjadi hak Malaysia selepas Malaysia dan Indonesia merujuk kpd ICJ di The Hague, Belanda.

2) Pulau Batu Putih, Batuan Tengah, Tubir Selatan- Singapura diputuskan oleh hakim ICJ sebagai berhak ke atas kedaulatan Batu Putih manakala Malaysia hanya berpuas hati dgn Batuan Tengah. Tubir Selatan masih belum diketahui haknya kerana ia akan diputuskan selepas mesyuarat khas Malaysia-Singapura.

3) Pulau2 kecil Spratly-Malaysia menuntut kedaulatan sebahagian pulau2 batu karang Spratly di Laut China Selatan dgn China, Vietnam, Taiwan, Brunei, dan Filipina..Wilayah ini kaya dgn minyak dan Malaysia mengukuhkan kedaulatannya di Terumbu Karang Layang2 dgn menambak pulau kecil itu lalu menempatkan markas tentera laut di sana..

4) Ambalat- tuntutan wilayah Ambalat yg kaya dgn minyak selepas Petronas menemui rizab minyak di sana beberapa tahun yg lepas..kekal menjadi duri dlm daging antara Malaysia-Indonesia tetapi tiada langkah konkrit diambil utk meredakan ketegangan 2 negara berjiran ini..Isu Ambalat kerap dimainkan oleh rakyat Indonesia yg tidak berpuas hati atas kehilangan Sipadan & Ligitan dan mendakwa Malaysia pencuri=maling..

5) Limbang- tahniah Pak Lah sbb berjaya berunding dgn Sultan Brunei utk menggugurkan tuntutan Limbang..

6) Sabah/ Borneo Utara- Sultan Sulu di Mindanao mendakwa Sabah masih wilayahnya atas dasar ia hanya dipajakkan 100 tahun kepada Kompeni Berpiagam Borneo Utara..n Filipina menuntut kedaulatn ke atas Sabah..Namun, PBB tidak menyokong tuntutan ini kerana penduduk Sabah telah mengundi utk menyertai Malaysia dahulu atas undian tajaan PBB..

P/s: BOB AF2 berasal dr Limbang.

2 comments:

rijalnaif said...

terima kasih pak lah...jasamu dikenang.. hebat juga ko pasal hak milik tanah ni ye nd.. mmg rakyat malaysia yang sejati...

Kunangsepi said...

adalah sikit2 terbaca dulu..kongsi jelah kat sini kan..huhu..