Wednesday, March 11, 2009

Alfabet sana, Hitung sini



PENDIDIKAN PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA..

sawah yg luas..kampung yang permai..tiba2 hari hujan..basah semua baju saya..saya pergi ke sekolah..mahu belajar membaca alfabet A, B, C serta belajar hitung 1, 2, 3..guru bertanya pada saya..tentang alfabet..saya lupa..selepas A, B apa ya..

Ni sedikit sebanyak intro oleh peserta Australia dlm gambar di atas ketika berpidato..analogi yg cukup ringkas tapi padat..cukup menyentuh keseluruhan aspek pendidikan, dari membaca sampai mengira..suka dengar suara dia seolah2 berbisik..dengan loghat Indonesia yg kental, beliau mampu meraih tempat ke-2 hasil kajian dan analogi yg sgt baik ttg pendidikan..

Isu utama yg aku nak cerita bukan alfabet bukan masalah hitung..aku mahu kalian tahu aku kecewa dgn kenyataan Hishamuddin GMP didalangi orang politik..please la..ko takyah buat komen sedap2 mulut..ko asal ada je pembangkang turun demo ko kata la dorang yg taja demo tuh..aku tak suka Dato' A Samad Said dituduh jadi boneka pembangkang..

Kan dah berzaman dah dia bagitahu pasal dia sejalur dgn pemimpin pembangkang sebab takde tokoh UMNO yg nak sokong GMP..dia tu SASTERAWAN..bukan ahli politik..bila dia suarakan satu isu ttg Bahasa Melayu, niat dia mmg pure nak perjuangkan bahasa..tak timbul pasal politik kat sini..

Contohnya dulu masa Kementerian Pelajaran nak semak semula novel2 KOMSAS peringkat Menengah, dia marah n bantah..siap rela dilucut gelaran Sasterawan Negara semata2 nak tgk novel2 karya sasterawan lain diguna pakai dlm KOMSAS..aku tahu bahasa novel2 tuh sgt berat dan pelajar tak gemar novel2 berat mcm tuh..tapi itu semua karya bangsa kita..takkan kita nak guna novel2 Ahadiat Akashah, Norhayati Berahim, Fauziah Ashari pulak jadi teks KOMSAS..kata tuh komponen sastera, haruslah guna teks yg bermutu n ada nilai sastera yg tinggi..

Please la semua..A. Samad Said turun padang supaya bahasa Melayu kembali menjadi pengantar ilmu sains & Matematik..dulu bukan main susah lagi pakar bahasa nak terjemah segala istilah English..skrg semua jadi sia2..korang tahu kan kita sampai terpaksapinjam istilah bahasa serumpun utk mengayakan lagi istilah BM..contoh: Janjang dlm Mate tambah tuh dipinjam dr istilah Minang yg bermaksud Tangga..contoh Penunu Bunsen dipinjam dr istilah Iban- tunu=bakar..

hargailah usaha pejuang bahasa 1970 an bila kita laksanakan BM sepenuhnya..adakah kita perlu menjadi bangsa yg pelupa akan titik peluh generasi sudah?? fikir2 kan..

3 comments:

Anonymous said...

Pak Samad pejuang bahasa....Biarlah beliau berjuang...waima dgn pembakang sekalipun...^_^

Kunangsepi said...

betol2..setuju sgt ngan cik anoni..tapi kamu siapa ya??pejuang bahasa jugak ke..huhu..

cuma yg tak seronok didengar puak2 hishamuddin jadikan ia modal politik nak kutuk pak samad..

BIADAP!

Anonymous said...

cik anoni a.k.a sasterawanis negara...hahaha...
cik anoni mmg cukup sentap dgn puak2 yg cube nk mengutuk pak samad.. mmg biadap!! apa depa tahu ttg bahasa..dlm dewan duk bersidang pn masih merojak bahasa..Agungkn sgtla bahasa inggeris tu...