Monday, March 16, 2009

Muzik Aktif: Segalanya Muzik

Saluran baru RTM telah ke udara tadi..Muzik Akif cukup menggambarkan betapa saluran ini hanya berkonsepkan muzik artis2 tempatan dari pelbagai genre lagu...Konsep yg baik utk menyelamatkan industri muzik tempatan drp terus tenggelam akibat permintaan yg sedikit utk membuat album kesan kecanggihan teknologi download..

Yang menjadi masalahnya, artis tempatan berapa kerat jer yg anggap muzik video penting..Kalau CT mmg kt tahu dia ambek berat pasal video2 ni..siap shoot kat Indonesia lagi memandangkan kat sana industri muzik video dorang sgt kreatif n berkembang maju seiring Hollywood..tak caya tgk klip Agnes Monica- Godai Aku, dah hampir menyamai klip Rihanna + Justin Timberlake..

So, kat sini nampak pincangnya saluran Muzik Aktif ni..takkan muzik yg sama disiar ulang tiap2 hari..katalah segemen Dangdut lagi2 Amelina n Mas Idayu jer yg banyak lagu yg dah dibuat video clip..kalau yg latest serius tak banyak artis yg nak labur duit buat video..

Misha takde video utk single2 album ketiga dia dari lagu Nafas Cahaya hingga Cinta Adam dan Hawa..Malique yg popular ngan duet M. Nasir takde video nak dimainkan sampai la lagu baru dia featuring Najwa-Kau yang tahu..nasib baik KRU ada Yusry yg pandai shoot sendiri, jadi Adam, The Lima, Dafi ,Ezlynn, Aznil n Anita Sarawak takde masalah la ada video sendiri..

Macam mana ngan penyanyi lama, Ziana ada video tapi sgt lekeh tak menggambarkan status dia sbg Diva..Ramlah Ram dari dulu mmg jarang shoot video, lagu Ketentuan tu juara kat corong radio je..

Konklusinya, lama2 saluran Muzik Aktif ni akan jadi sgt membosankan akibat pengulangan video ug sama tiap2 hari..lagu kita banyak, cuma video klip sgt la sedikit n teruk mutunya..dah la skrg musim buat single sendiri, nak shoot video pakai duit sendiri..alamatla..dulu masa ramai bernaung ngan syarikat gergasi mcm BMG, Warner Music pon dorang taknak melabur sgt utk video, so artis2 kita mmg perlu sedar saluran ni mmg utk diorang..

P/s: jangan sampai RTM selit banyak video Indonesia yg bersepah2 tuh sampai ramai plak yg bengang sensorang..nanti mulalah timbul isu 90: 10..padahl sendiri malas buat video..Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil..

No comments: