Sunday, March 15, 2009

Msia 2 China 3 di Basel, Switzerland



Angle kamera yg sungguh azab utk audience kat umah tgk mana bulu tangkis tuh pergi..mmg Swiss Open layak dpt anugerah siri paling melepaskan batuk di tangga..oh, ini bukan kali pertama ek..masa Kin Keat/ Boon Heong mnang tahun 2007 pon sama jugak..lagi best, yg tuh angle dari sisi bawah pemain..bodoh tak bodoh, mmg tak best langsung tgk..yg ni pulak, ingat dah blaja dr pengalaman dulu, lagi bangang dari sisi kanan.. mangkuk hayun tol organiser mcm ni..dah la bagi medal kat tgk court..apa kat negara maju mcm ko ni takde ke stage tinggi sket bagi juara dok atas..lekeh sgt siri ni walopon Swiss terkenal dgn coklatnya n Alps nya..ceh!



Tahniah Koo Kin Keat/Tan Boon Heong kerana telah menjuarai Wilson Swiss Open Super Siries 2009 di Basel, Switzerland..tak sangka Msia boleh kaut 2 juara selain Chong Wei yg mengejutkan Lin Dan..bagus la Keat/Heong, aku sgt terkejut bila tahu masa semi depa tewaskan Fu Haifeng/ Cai Yun..dah la beregu China ni baru jer menang All England..sebab tuh aku agak confiden dorang boleh kalahkan Mathias Boe/ Carsten Morgensen dari Denmark walopon baru je tewas ngan pasangan Denmark ni di All England minggu lalu..



Dato Lee Chong Wei menunjukkan permainan terbaiknya dgn berusaha keras menumbangkan musuh ketatnya Lin Dan..maka berakhirlah trauma pasca Olimpik Beijing 2008 yg menyaksikan Chong Wei kena sindrom Joko Suprianto di mana spt Joko, Chong Wei tak mampu meraih prestasi juara setelah trauma dgn kekalahan mudah dgn seteru utama dia..



Buat pengkritik Chong Wei yg mungkin kata nasib baik jer Lin Dan tak perform, sila tgk aksi akrobatik Chong Wei di atas..Lin Dan masih sama ek, smash yg maha kencang ke kiri dan kanan court..mcm nak mampos Chong Wei kena kejar sampai keluar la jurusan kungfu di atas..mmg mlm tadi Chong Wei sgt solid dlm membalas setiap pukulan Lin Dan n tambah speed ikut rentak Lin Dan..gua respek la..



Jurulatih yg tgh bagi instruction kat Dan ni ialah Xia Xuanze..dia ni belom tua pn, baru 30-an rasanya dah bersara..kalau kat Msia Choong Han sampai la ni masih ditagih kudrat tua nya, tapi kat China lain..regenerasi dorang sgt cepat..Xuanze pernah menang All England masa 2000 rasanya..masa tuh dia pemain utama selain Chen Hong..pastu, ada la cedera sket, n pemain muda China dgn pantasnya amek alih kedudukan dia..masa dia dah pulih, tempat 5 perseorangan elit China dah penuh kuota..ada Chen Hong, Lin Dan, Bao Chunlai, Chen Jin, Chen Yu..terpaksa la member undur diri kerana sentap..ingat dulu dia nak tukar acara beregu, rupanya terus bersara..skang jadi jurulatih bantu Li Yongbo..hebat kan China..



Keji sangatkan maskot bulutangkis nih..kelakar giler..rasa nak gelak pulak tgk orang masuk dlm bulu tangkis gergasi tuh smbil jalan terkedek2..



Lin Dan: aku saja bagi ko menang hari ni..kesian aku tgk ko cam sentap giler babai kat England..

Chong Wei: sudah ko diam!

5 comments:

Salahuddin Harith said...

wow...menang gak chong wei mantop...lin dan nak bersara lepas olimpik satu lagi...harapnya, chong wei dah jumpa formula nak kalahkan lin dan...

Kunangsepi said...

formulanya hanya satu: sabar menyerap tekanan..

dan yg paling penting, lin dan kena byk buat kesilapan sampai dia bengang giler n tak concentrate anymore..

Anonymous said...

wah2..bersemangat waja anda mengulas dan mengkritik Wilson Swiss Open Super Siries 2009 di Basel, Switzerland...huhu..gaya ulasan mcm tgk live dr gelanggan kt swiss je..hehe..pe pn tahniah buat dato Lee Chong Wei...

rijalnaif said...

aku pi lawatan masa tu ...rugi gile x dpt chong wei menang, kalahkan manusia yg dikatakan the most complete player tu!haha... nway, great job kan... hurm

Kunangsepi said...

dengarnya Chong Wei kekal di takhta No 1 ranking dunia sampai Jun..dia dah jadi legenda la sebab pemain Msia paling lama di ranking no 1..