Friday, December 25, 2009

Aku tewas menulis esei

Aku pernah buat esei 2000 words utk pertandingan esei 1msia dgn tema 1msia: membina negara bangsa..ni anjuran Perpustakaan Negara Msia..okay aku semangat masuk ni sebab aku target nak saguhati RM 500..konon kalo menang leh belanja kawan..

Malangnya hari ni result kuar..takde pon nama aku naik..sedey tol la..

aku tau la esei aku ada krtikan tajam pasal beberapa isu..aku sedar aku xgeti nak mengampu2 ni..mcm nak puji2 1msia ni bagus ke apa..

dah tuh aku tulis pon mlm exam tau..mlm tuh aku study2 smpai penat otak, stop plak type esei tuh..byk idea mlm tuh n lancar jek aku type..best gakla...aku mmg takde mslah kalo esei bg pendapat ni..

mungkin aku xkupas betul2 apa itu 1msia..aku print esok after exam n poslaju teros..mmg fast giler..entah apa2 jek..org nak bertanding bg la org edit ke..nilai dulu..aku buat ala2 tulis blog..

takpela..dah jadi pengalaman kan..akhirnya aku masuk pertandingan menulis esei..kalau dulu sejak sekolah aku nmpak je kuar iklan pertandingan rasa nak masuk tapi mesti xjadi akhirnya..simpan ke keratan iklan tuh...kira ni pencapaian gak la..

kalah takpe..usaha lagi okay..

Wednesday, December 23, 2009

Penyembuh rindu



Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Suka lagu ni..suara Diana best la..aku tunggu album penuh dia..mintak2 lagu best2..cuma aku mcm tak suka la suara Mawi ni..kan suara dia garau, dan mcm arab2 sket..aku rasa tak masuk je ngan Diana..mungkin Mawi sesuai ngan Heliza yg lenggok arab ada..takpelah, yg penting lagu ni salam perkenalan dgn filem Magika, paling dinanti 2010..

Saturday, December 19, 2009

Alkisah ponteng lagi



Tsunami politik 2008 amat mengubah lanskap politik Msia..dulu n skrg semuanya dah berubah..Krisis Perak yg kontroversi, ADUN Kota Siputeh yg xdtg 2 kali n masih menanti nasib kat mahkamah, krisis MCA, MIC, PPP, PAS, PKR, DAP..hebat2..mmg politik Msia tahun 2009 penuh warna warni..

Paling baru bila Bajet 2010 hampir gagal diluluskan bila hanya ada 66 MP BN yg hadir..menyedari kehadiran MP BN yg terlalu sedikit, MP pembangkang mintak speaker kira setiap undi..hasilnya wah2..BN menang 3 undi jek..thanx utk PM, TPM yg hadir masa tuh..juga MP BN Tapah yg tergesa2 hadir parimen demi nak pastikan menang bajet 2010..

Aku xtau signifikan kalau bajet 2010 tak lulus..rupa2nya speaker kata kat Sinar Harian, kalau bajet 2010 tak diluluskan (sebab MP BN ramai ponteng), kerajaan persekutuan boleh tumbang..dengan kata lain dibubarkan untuk membuka satu pilihanraya baru..

tragis kan?siapa sangka kalau dulu aku tengok mmg ramai MP BN yg xdtg rilek je..boleh tgk la sebab ada laporan dr Parlimen kat berita2 mlm..yg bagus pon n sangat menyerlah Dato Bung Mokhtar Radin-Kinabatangan n Dato Abdul Aziz-Sri Gading..jangan ingat anda xpopular dlm dewan boleh ponteng beramai..hampir 60 yg xhadir..sangat mengejutkan..

pengajaran buat semua MP..datang lah Parlimen sebab rakyat undi anda utk bawak suara bawahan ke atas..kalau asek ponteng2..tengoklah tsunami lagi besar 5 tahun lagi..

kalau boleh ubah la lagu P1 Wimax yg POTONG-POTONG-POTONG jadi PONTENG-PONTENG-PONTENG...kalau ponteng lecture mungkin la paling koman kena Barred (xleh amek final exam)..ponteng sidang Dewan Rakyat, hukumannya rakyat yg akan tentukan 5 tahun lagi..fikir2kan..

Saturday, December 12, 2009

Msia menang, aku senang



Sukanya dlm hati bila Msia 2 Thai 1 dlm bola sepak..ni hot stuff dri Laos..hebat tuh kalahkan Thai, dorg juara 8 kali n 1st time xlayak semi dlm 36 tahun..aku mula2 mmg langsong xberharap la nak Msia menang..Thai okay..bukan calang2..no 1 dlm ranking among Asia tenggara..

bila my fren Fadu msg Msia menang, aku terkejot woo..overwhelmed org putih kata..siap call dia nak pastikan betol ke menang..hebat2..harap semi isnin nanti boleh kalahkan tuan rumah laos n pi final..yahoo..aku doakan Harimau Malaya semua di sana..

oo ye, now i'm having new blog..this one khas untuk subjek Computer Aided Drug Design...sebenarnya madam bagi jek guna blog yg dah sedia ada..tapi aku xnak la ramai plak yg dtg Kunangsepi ni..ni personal blog..aku bebas bersuara..xnak ada sekatan2 memandangkan madam akan baca blog ni..so, untuk blog baru tuh, my name dah jadi nd oppa..maksod dia abang nd dlm Korea..haha..siap geli2 lagi kwn2 aku yg phm tulis kat Fb..ada aku kisah..haha..

sana full English tau..projek khas kan..kena tulis progress FYP..xtau la apa rancangan sebenar madam tuh..yg pasti aku suka..aku kena asah English aku..n aku nak jadikan ia rumah aku la..tempat kwn2 seBIomed leh dtg singgah..kat sini tak semua yg tahu..coz again people, Kunangsepi is very personal..yg dah tahu n sokmo baca tuh senyap2 sudey..tak payah la kompang2 plak kat org..

nak baca blog di sana, klik je kat sebelah ek..adios..

Tuesday, December 8, 2009

Semalam di Vientianne



Hola semua...sem baru dah bukak, yg junior2 tuh masih banyak yg boleh dilakukan untuk improve academic anda...bagi final year mcm aku ni dah sem last ni, busy masya Allah bukan main...ada 4 subjek yg tough2 untuk ditelaah...dengan kerja FYP yg berbaki 5 bulan, time management kena tip top r..tiada alasan untuk gagal menyiapkan projek masing2, sebab masa yg kita ada sama..terpulang la pada kita nak ke tak buat research tuh..

bagi aku personally, research semua pelajar Biomedical science ni berguna untuk ummah..tak perlu nak berbangga research kita payah or challenging dr org laen..again my opinion is how much our result will contribute to the ummah that really matters..asalkan nanti ada org yg akan mendapat manfaat dr research kita, sudah satu pencapaian..yelah nama pon projek tahun akhir..bukan research master or PHD yg kita sendiri design...buat semua kawan2 ku yg membaca pendapat ini, berusahalah kita untuk berjaya dlm exam juga dlm thesis ini...thesis yg bakal dikenang kita selamanya even though mungkin ada yg taknak sambung post grad lepas ni...banyak ilmu yg kita belajar dr skill2 n praktikal dlm lab or luar lab akan menjadikan kita lebih berdaya saing..

okay, enough pasal FYP...membebel panjang pulak...beralih ke Vientianne, Laos...SEA Games ke 25 bakal bermula dengan Malaysia mensasarkan 35 emas...sasaran yg realistik dan sederhana..lebih dikira bonus la..selamat berjuang buat semua Harimau Malaya di sana..sedih Dato Lee Chong Wei tak masuk sebab cedera lutut..akhirnya terkabul hasrat beliau nak lupakan Sukan SEA selepas mengaut lebih Dollar 40 ribu di Master Final...takpelah, kang melarat pulak..emas tak dapat sedangkan tahun depan banyak event2 penting yg masuk kalendar beliau mcm Kejuaraan Dunia, Sukan Asia, Komanwel..

aku cuma terkilan sangat sebab rasanya pertama kali tiada SIARAN LANGSUNG di RTM..memangla Laos jual hak penyiaran pada syarikat swasta Thai untuk mengaut lebih duit tapi kerajaan patut bayar la..sambil menolong negara miskin macam Laos, kami rakyat berhak nak tengok live aksi2 atlet2 harimau Malaya..dah la berjuta2 duit dilaburkan untuk mereka berlatih dengan jurulatih asing tapi bila saat penting mereka berjuang, kami di Msia tak dapat tengok aksi2 mereka berjuang demi negara..janganlah pandang rendah Sukan SEA..biarpun aksi serantau, tapi tetap maruah negara yg dipertaruh..bukan calang2..kalau tak takdela bola wanita diharamkan beraksi persaingan antarabangsa tahun depan disebabkan kalah 14-0 dengan Thai...

aku kecewa sangat..baru bercadang nak duduk umah tengok live..takde plak alamat internet je la untuk mengupdate pungutan pingat....*sigh*..benci tak dapat tengok 100 n 200 m akhir secara langsung....

Wednesday, December 2, 2009

Result aku okay but..



result exm baru je kuar..for my 4 years study, this sem very satisfying..but..haha..still ada but kan..out of 4 subjek, 2 tak berjaya mencapai target..kesian sungguh..dr 2 tuh, satu mmg sgt mengecewakan..

nama subjek tuh IPR..mmg la aku akui aku ada tersebut dulu aku tak suka subjek ni..belaja mcm mana nak wat ubat..apa dia punya regulation..ye akui..aku siap cakap benci subjek ni..tak suka baca slide yg panjang2 hanya nak tau psl nak produce ubat jek..biar la dak pharmacy yg blaja..sebab nanti dorg yg nak practice..aku tak kot..for the sake of knowledge je la..tapi xkan sebab xsuka aku dibalas result yg hampeh ni..

waa....sedey la rasa..apa la nasibku..yg paling tak best mulai tahun depan subjek ni dr nak combine je ngan subjek apa ntah yg bakal aku belaja sem last ni...maknanya junior2 aku nanti xperlu blaja dah regulation bla3 psl ubat ni..best la dorg nanti..ada subjek baru menanti..mgkin Medical Biotech kot,tapi xpasti lagi..

kesimpulan aku kat sini..never say u hate any subject..haha..padan muka kena btg hidung sendiri..sedey gak la..sebab carry mark ok la jugak..xsepatutnya leh dpt grade itu..takpe, sem last ni ada lagi kan..wat yg terbaek before u grad, nd..chaiyok2..

Saturday, November 28, 2009

Persembahan ini untuk-Mu

Tak sangka lagu Anuar Zain-Ketulusan Hati dijadikan lagu selingan tv agama-Astro Oasis...sebelum ni aku tak pernah rasa lagu ni ada unsur2 ketuhanan..rupanya konsepnya mudah..tukar je mu jadi Mu, terus lagu ni umpama kita bermunajat dgn Allah SWT...dengan klip latar musim haji, lagu ni menyentuh terus ke kalbu..

Anuar Zain-Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku

*
Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai-Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku

(Repeat *)

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku
Oooo

(Repeat *)

Thursday, November 26, 2009

Arafah memanggil..



lamo lah pulak tak jengah blog yg chantek ini..adakah ramai yg rindu padaku...haha...yg dtg pon berapa kerat je pon..

memandangkan lamo sgt tak update, kena la wat liputan sikit2..

1. Tahniah kawanku Arif n Aishah yg berkahwen..dengan nuansa nasyid, hadiah paling best adalah sekeping kertas berisi luahan hati pengantin ttg perkahwinan di usia muda..tahniah, idea yg berkesan utk berdakwah...

2. BTN jadi isu di Selangor? benarkah BTN doktrinisasi BN utk rakyat benci pembangkang...komen aku mudah....pokok tak bergoyang kalau takde angin yg meniup..

3. Apakah Dato' Lee Chong Wei mampu meraih emas di Sukan SEA Laos apabila hasratnya untuk berehat ditolak mentah2..dengan Indonesia sanggup melupakan jutaan ringgit yg ditawarkan Final Super Siries di JB demi mengaut semua emas Sukan SEA, tugas Malaysia boleh dikatakan sangat berat...dengan Vietnam dan Thailand semakin mantap..

4. Aidiladha esok hari membuatku terasa semakin dekat mahu ke Mekah..ralit melihat jutaan manusia berhimpun di Arafah dgn hujan membasahi tanah tandus di situ, rahmat Allah pada tetamunya..Ya Allah, moga aku dipanjangkan umur, teringin sekali aku mahu menjadi tetamu-Mu, memohon segala keampunan di bumi yang mustajab itu..Amin..laungan talbiah sudah cukup membuatkan air mataku bergenang..

5. Kempen 1 Adab 1 month...aku telah di tag kawanku di FB..haha..tanpa dia menyedari kewujudan blog ini...ada ke dia kata tag aku sebab aku suka baca blog n seorang poet..haha...lawakla..oklah aku join la campaign ni...

MAAF



~ucapan yg simple tapi mampu merobohkan tembok kemarahan manusia..
~minta maaflah secara tulus jika kita sedar kita melakukan kesilapan..
~maaf bukan sekadar di mulut, tapi juga di hati..bermuka2 atau berpura2 memohon maaf hanya akan membiarkan dirimu hanyut dlm dendam tiada berkesudahan..
~jika tiada kekuatan untuk melafazkannya, tulisan di atas sekeping kertas akan menjadi isi hatimu..
~maaf dlm bahasa Korea ialah Bianeyo...(nak jugak....=p)
~semoga maaf akan menjadi sebutan di bibir kita agar kita hidup dlm kemaafan sesama manusia dan dari Allah SWT..

Wednesday, November 18, 2009

Sang Bedal tewas di Serengeti

Nak kongsi la ceritera sang bedal kena bedal ngan badak air di Sungai Nil, Taman Negara Serengeti, Tanzania..aiyooo...sgt menarik la gambar2 ni...semua gambar hasil carian Google..



Kesilapan paling besar buaya ni adalah cuba menyeberangi sungai dengan menyusup di atas badan 50 badak air yg sedang berendam di Afrika..kalau dlm kisah Sang Kancil ngan Buaya, rilek jela kancil leh melompat2 di atas buaya sebab ringan, yang ko ni badan punya berat ada hati nak pijak2 badan member yg asyik masyuk berendam...Por favor sinor..



Kemarahan mereka memuncak la bila perasan ada benda berat sedang berjalan di atas...ko tau jela nasib ko bila badak2 air ni mengamuk.. biasa kalau sampan pon rilek je dorang terbalikkan dri bawah sungai...mmg badak air paling ditakuti di Afrika..



Lihatlah betapa sakitnya gigitan seekor badak air..ternganga mulut besar buaya tuh even though kulit dia kan keras..dengar kata gigitan badak air seberat beberapa TAN dgn sekali gigitan...wah meriah sgt buaya tuh kena gigit bergilir2....akhirnya beliau pon menghembus nafasnya yg terakhir...sekian TAMMAT...

Tuesday, November 17, 2009

White Castle = Kota Siputeh


bersiaran di pagi yg hening..

i have different opinion wif my fren this morning...kiteorang sarapan pagi yg dah boleh dikira brunch tuh smbil terbukak cerita kisah DUN Kota Siputeh...

aku punya point senang jek...aku sokong keputusan mahkamah..dah kalau ikut undang2 hilang kelayakan, makanya kerusi kosong la...aku setuju wat pilihanraya kecil..

tapi kwn aku ni nak provoke aku...dia kata watpe membazir duit wat pilihan raya kecil..bukan penyandang meninggal pon..dia kata duit tuh boleh bantu org miskin...

aku tak setuju..aku kata hak org miskin dah ada pon dalam zakat n bajet..tak perlu la nak guna duit pilihan raya nak wat dana...

pastu aku kata ni boleh ajar sket ADUN yg pandang lekeh je jwtan yg dia sandang...amanah tuh dr rakyat..yg tak dtg 2 kali berturut2 tanpa sebab watpe...kalau dia sedar persidangan DUN tuh penting, dia dah bagi siap2 MC ke apa kalau sakit...

kat sini kami bukan nak tegakkan siapa betol siapa salah..just sharing thoughts gituh..point dia pon logik jugak kan...what say you people?

Sunday, November 15, 2009

Wajah baru kali ke-4

Annyonghaseyo...semua suka tak dgn wajah baru Kunangsepi...apa lagi ek yg baru kat sini...page dah chantek ni...content sama ke..basically sama la..takkan nak ubah kot gaya tulisan Kunangsepi yang sudah mapan..haha...



mungkin akan ada segmen baru kot..tulis cerpen ke...mungkin la..kalau rajin nanti Kunangsepi buat tau..cuma tetamu2 semua diharap berlapang dada dgn apa yg Kunangsepi tulis..mungkin menyentuh pelbagai isu...kalau anda tak minat, minta maaf banyak2 la...

lagi satu Kunangsepi harap singgah la di sini..mendengar celoteh dan buah fikir dr insan yg sepi ini...kalau rajin tingalkan jejak anda di chatbox atau kalau nak spesifik boleh bagi comment...

tu je lah rasanya entry khas sempena wajah baru Kunangsepi...ceria selalu...Annyonghagyeseyo...Khab kun krab...

Saturday, November 14, 2009

3 Tsunami, 3 negara

Tsunami 2004 benar2 telah mengubah senario lanskap dunia ni...sekarang sume negara takot sebab tsunami benar2 boleh menghancurkan satu negara kepulauan batu karang mcm Maldives mahupon negara2 pesisir pantai...semua takot walopon gempa besar mgkin berlaku jauh dr negara tuh, tp impak tsunami akan sampai walaopon 1000 km jauhnya...

Ini menimbulkan minat pengarah filem akan tsunami...ada 3 filem yang akan aku kupas dr sudut tsunami dr 3 negara...bersedialah untuk ulasan filem pulak...

1. TSUNAMI AT HYUNDAE



~filem Korea yg berkisar tsunami di bandar Busan...gempa mgkin berlaku di sekitar Jepun dan menghempas Korea...cerita ini pada mulanya bosan dgn perkembangan watak2...lagi2 disebabkan subtitle adalah tahap LONGKANG, maka Kunangsepi sukar memahami apakah kaitan emosi antara pelakon..ni siapa, apa hubungan dia..mmg sukar kerana terjemahan adalah sgt terok..boleh bayangkan Ahjusshi (Encik) diterjemahkan menjadi Plant (tumbuhan)..mmg mcm haram jer...

~adegan best:

* saat emak telepon anaknya, masa tuh dia terperangkap dlm lif...air makin naek dan dia ada sket je masa nak cakap I LOVE YOU..

* 2 org berpaut ngan tiang, sekali ada kabel letrik jatuh ke dlm air tsunami...habis electrocuted sume mangsa yg struggle dlm air..2 og tadi terselamat sbb sempat naikkan badan ke atas tiang..

* antara dia dan mangsa, seorang penyelamat pilih utk berkorban..dia potong tali utk naik ke helikopter sbb tali tuh dah nak putus...kekasih dia kat atas menangis bagai nak rak..sedey sgt adegan ni..

* mak n ayah selamatkan nyawa anak dia...mohon org amek dia masuk dlm bakul angkot orang..ada nenek tua capai budak yg comel tuh...dia selamat..tp dia punya parents mati..

~Keseluruhan, citer Korea spt biasa mampu menyalurkan emosi kpd penonton ttg kasih sayang antara kekasih dan ahli keluarga..

2) TSUNAMI 2022



~ zaman akan dtg di Thai, ada Dr. Siam yg berminat kaji ttg tsunami..dia siap ada makmal dasar laut utk kaji pergerakan plat bumi..citer ni ada kaitan dgn tsunami 2004..ada watak yg fobia dgn air laut sbb dulu tgk mak ayah dia mati dlm tsunami..Dr tuh bg amaran kat PM Thai..dia percaya n bg cuti Songkran smpai seminggu sebab nak 15 juta penduduk Bangkok balik kg sempena pesta air tuh..

~ Antara yg menarik:

* Ada undersea volcano kt Teluk Siam rasanya..mmg fakta baru la memandangkan Thai mana ada volcano sebelum ni..

* Pinatubo n Anak Krakatao meletup serentak..debu sampai ke Bangkok..ngeri betol bila 2 gunung berapi yang gah ni meletop serentak esp Anak Krakatao la..sehebat mak diakah? tak pulak diceritakan...

* tsunami yg melanda Bangkok mmg ngeri...habis sume satu bandaraya..yg tak best, mcm bangunan kat sana n LRT masih sama mcm skrg...hello, kata 2022...yg baru hanya patung Buddha raksasa kat muara dia umpama Statue of Liberty, New York..

* emosi antara pelakon tak sehebat tsunami Korea..Dr Siam mati akhirnya demi mencari data kat makmal bwh laut..PM Thai jd hero sanggup turun heli nak selamatkan budak2 y terperangkap dlm bas...ingat dia dah mati rupanya selamat last2 tersangkot kat tangan patung Buddha tuh...over la TV wat live insiden PM jadi hero..

~ Overall, citer menarik tapi kurang dr segi emosi dan menonjolkan PM umpama wira la sangat..pastu teknik CGI tak mampu menandingi Korea la..kdg2 nmpak sgt tak natural..opps....kalau KRU wat filem pasal tsunami pon rasanya lg terok kot..haha..

3) 2012



~ CGI yg sgt mantap la..best sgt citer ni walopon pjg berjela..y tak best hanya keluarga Dr apa ntah asek terselamat jek...mula2 naik keter dr umah ngan kat blkg bumi dah terbelah..pastu naik pesawat ringan dan 2 jek walopon bandar dia musnah...pastu naik pesawat besar plak masa Las Vegas musnah...tak logik la..org laen sume mati ko je asek dua tiga kali selamat..

~ Antara yg best:

* Supervolcano Yellowstone meletop...mmg chantek n real...macam tula kalo betol2 dia meletop...dia takde gunung dgn kawah besar kat puncak...hampir satu Taman Negara Yellowstone ada gunung berapi kat bawah..mmg kalo meletop mcm belon ditebok2 byk lubang la...memancot2..

* PM Italy taknak join pon misi selamatkan diri guna kapal besar...mgkin dia penganut Kristian yg taat kot..ajak ramai2 rakyat Italy berkumpul kat Vatican City utk berdoa ngan Pope bgai...malangnya tragis sungguh bila bangunan besar kat dataran Vatican tu runtuh..maka matilah PM Italy..

* Kredit utk China..dgn biaya seorang kena bayar 1 Billion dolar, 7 ke 8 kapal gergasi dibina di Tibet, China..suka dgn dialog ni- Only China can do this esp with this limited time...mmg dorg salute la teknologi China..

* Suka bahasa Tibet yg ditutur sami dan ahli keluarga dia..best la bunyinya..mcm versi Mandarin tp lgi lembut dan pelik..aku terharu gak la bila tsunami menghempas Istana Potala kat Tibet..sebab aku suka view Istana tuh dgn bukit2 salji..n babak sami tua Tenzin Lama ke apa bunyikan gong bila nmpak tsunami pon best..aku xtau apa signifikan gong tuh...mgkin tuh adat Tibet ke bila ada bencana..ntah la..

* tragis bila pesawat perang terbesar USS Lincohn menghempas White House..Presiden US pon mati sbb dia xnak lari dan tinggalkan rakyat dia...mcm watak ni utk Obama, tp isteri Presiden dlm citer ni dah mati n anak dia dah besar..(macam watak Shasha)..

* suka bila binatang2 dibawa sepasang setiap spesis ke kapal tuh..ala2 versi bahtera Nabi Nuh la pulak...ada zirafah, gajah yg aku sempat tgk diangkut ngan heli..

* suka tgk babak Ratu Elizabeth naik kapal ngan anjing dia..huhu..terbayang je Paris Hilton dgn chihuahua nya..mesti lagi gempak kan..

~ dah penat la..overall aku suka citer ni..2012...mantap..5 bintang..

Wednesday, November 11, 2009

Pi la ko mampos cepat!

status aku skrg ni sangat marah....

one fren of mine elok je nasihat aku tau....

ALA2 GINI...

"SUDAH2 LA DGN DUNIA HIBURAN KO, UPDATE ARTIS, LAGU.....BAWAK2 LA ZIKIR, BC QURAN, SELAWAT...RUMAH KATA PERGI....KUBUR KATA MARI..."

its fine for me...its really fine...i really can tolerate what people advise me...lagipon apa dia ckp betol....sgt2 betol....aku ni kalo org nasihat elok2 aku dgr la...

tiba ayat last ni aku dah naik darah....

petir pon sabung menyabung....



"CEPAT LA MAMPOS...NI AZAB MENANTI"

ni ke cara org yg dpt didikan agama nasihat org..mmg aku rasa bengang giler...boleh ke ko nasihat org tanpa CURSE biar org tuh mati cepat...

yg ko yakin azab menanti aku ko tak pikir plak ko punya AZAB...

untuk semua yg baca ni, ambek pengajaran.....tak kisah la ko nak jadi DAIE...nak berdakwah nak nasihat org...ONCE U CROSS THE LIMIT...U DONE!

aku harap ramai lagi akan menasihati aku ke jalan yg benar.....

dan NONE yg curse aku soh pi mati cepat n diazab terus...

sial punya org....

ni, aku ckp terus terang la....sori kalo korang rasa entry ni kasar..

update: SUDAH DILUPAKAN...SEKIAN...


Sunday, November 8, 2009

dan moga kamu faham ya...



hai semua peminat blog ni..haha..ada ke?ni aku jamu korang tembikai kecik giler..
kongsi2 la ek...haha...


semalam kwn senior I wat link ke blog ini di fb...n dia tag aku nyer page...so, anybody in my frenz list can see the link n coming here...they might be curiuos rite....oh, what is this, kunangsepi...hmm..

so, i asked him to remove the link...yes, he did..fuhhhh...lega rasa sebab xsmpai 2 minit kot kuar fb...

people might be wondering why i really kedekut nak bagi kwn2 tau psl kewujudan blog ni...jwpannya...because i myself dunno apa arah tuju blog ni..kwn2 aku yg laen dorg tau blog dorg digunakan utk dakwah...ala2 motivasi...kongsi their life...

but kunangsepi ni laen sket...aku tulis suka hati ja...mana yg terlintas kat kepala direct tu gak aku tulis...xde nya nak rancang2 bagai..so, aku takot gak la kot2 apa aku tulis akan menyinggung kwn2 aku...mana lah tau kan...kata impropmtu...

n this blog juga bukan utk update sgt ngan my life with pix activities yg aku buat...mgkin kdg2 ada gak la...kdg2 aku prefer bercerita dgn penuh kebebasan...anggaplah aku penglipur lara..aku suka bende tuh, n aku tulis r...takdenya aku nak letak hari ni pi mkn kat tg lumpur, besok pi zuzana...haha..

n masa aku tulis ni....ada 2 paper lagi nak kena study..4 hari je lagi before tamat exm...maka bolehlah berpoya2 sebentar sebelom sem baru masok bulan disember nanti...

2 exm yg lepas aku rasa okay kot jwb..cuma RM xpasti sgt la..betol ke apa aku buat tuh..jwb mcm yakin jek...walopon tau negative marking tp aku still yakin jwb semua...risky banget sebab salah mati r kena tolak kan...

same goes to HM...aku tinggal satu je option yg xberjawab..laen2 ada yg tau n ada yg main taram ja..esei kot leh bantu...mcm boleh jwb tapi aku pilih jwn sume 7 esei walopon nak 6 jek..tu pon aku tanya dr leh ke jwb semua..dia kata terserah la, nanti dia pilih 6 terbaek...kira ok la tuh...sebab aku tau dr 7 esei tuh mesti ada yg terok...mgkin 2/5...dah ada point2 aku lupa la...aiyooo...walopon study bagai nak rak..tetap ada yg kelupaan...normal la tuh...

harap2 dua kertas ni aku leh A- la....nak sgt score....lagi 2 ni lom tentu lagi naseb aku..adakah senang....susah ke...

that question remains mystery....till I sit for the exam...aku mahu sambung study...dah kol 4 pagi dah..takleh tido sebab tido siang byk sgt...terok tol aku ni kan....

Saturday, October 31, 2009

Bulan tersenyum dipagari cahaya



kredit gambar untuk facebook huzaifah...

alam ini masih tersimpam seribu rahsia..malam ini kalau di Kuantan ni org sibuk menangkap gmbr fenomena halo or whatsoever, malam besok kita taktau apa lagi yg akan berlaku..mcm2 fenomena alam yang kita biasa dengar, biasa lihat, atau yang baru pertama kali kita dengar atau lihat..

bagi kunangsepi, lingkaran yg terbias di sekeliling bulan mlm tadi satu yg sgt mengujakan..pertama kali dlm hidup melihat bende yg cantek mcm ni..sangat cantek dan membuatkan kita terfikir..apakah yg tersirat di sebalik munculnya lingkaran itu...

tak semua tempat dapat tengok..ada yang awannya mendung kelam..bertuah lah bagi yang ada peluang mendongak ke langit..mencari sang rembulan yang biasanya kita pandang sekelip mata...

walau hebat mana pon kita di bumi ini berjalan, kadang sampai masanya kita kena jugak mendongak langit..lihatlah pelbagai cerita yang berlaku..bintang2 yang membentuk buruj2...bulan yang menawan hingga pungguk pon asyek rindu padanya..

terkadang sesuatu luar biasa ditunjukkan Allah..betapa kita manusia di bumi ini kerdil cuma...masih perlu mendongak leher ke langit untuk menikmati pemandangan indah..

walau mungkin sains memanggilnya HALO atau apa pun penerangan di sebalik nya..untuk menikmati lukisan langit..kita masih perlu mendongak jua..

akhirnya, kita cuma manusia biasa..

Wednesday, October 28, 2009

Ko nak ke duit free?



Ala akak jangan la wat muka sedey..lain kali saya terima ek duit akak...

tadi kan pelik giler...ada pompuan ni call aku, dia kata nak bagi duit insuran penapis air..aku dah la baru bangun tido, mamai2 lagik, memang tak dapat nak cerna apa la akak tuh merepek2..

aku mula2 dah agak ni mesti silap nombor..tapi bila aku teringat penapis air, aku ingat lak aku tadi kan balik tapis daun aku..aku ingat akak lab ke tepon kot nak gitau napa aku xgitau dia aku dah balik lab...

akak tuh kata Hamidon bagi dia no aku...dia ulang no aku n mmg betol la no aku yang dia tgh baca..gilo r...aku kan mamai lagi...aku ingat Ustaz Hamidon Gombak lak yang bagi no..

tapi takkan la..mana la aku kenal Ustaz tuh..mesti Hamidon lain ni...

aku pon gitau la akak tuh, aku xkenal dia..n xtau sapa la Hamidon tuh..n aku xpenah beli penapis air..

apa2 je la kak oiii...walopon akak nak bagi saya duit free tapi saya xminat la..

lain kali akak tepon r lagi bagi saya soklan exam free...

confirm saya nak..haha..

Friday, October 23, 2009

Kerna kau istimewa



weh, leh tak aku citer kawan2 aku yg leh kata rapat gak la ngan aku..ala boleh la, aku tulis sket je pasal korang ek..jom tengok sapa dia kawan2 aku yang leh kata rapat n lagu aku tujukan khas untuk mereka...

1. Mat Wal
dak sekolah aku dulu, kenal masa form 4 sebab dulu dia sekolah ka Temerloh..dtg ihsan nak masok kelas sains...kami rapat sebab leh tukar2 masalah..biasa aku yg jadi counselor dia..bakat dah mmg ada, tak heran la amek counseling kan skill...haha..sampai skang aku masih contact ngan dia..selalo dia yg tepon aku..naik segan lak aku, aku xpenah nak tepon dia...skang dia kat Sarawak kerja government..

lagu untuk kamu: Mariah carey-Hero

2. Solah/Din
ni kawan Pmacy, kenal sebab sama2 masuk 3rd intake kat Matrix..dia ni pandai wooo..silap r kalau nak bercakap ngan dia kalau nak serkap2 jarang..aku selesa panggil dia Din..jarang r jumpa skang..tapi ada jer terserempak..antara kenangan tak boleh blah masa kat traffic light, dia bonceng motor kwn dia...nmpak aku leh tau nak tumpang...aku mula2 ingat dia kata tumpah..puas r pikir apa yg tumpah..rupanya nak tumpang..din ni aku rasa somebody la satu hari nanti...sapa tahukan..

Lagu untuk kamu: Dato Siti-Ku percaya ada cinta

3. Wadi

ni pon Pmacy gak..wadi ni aku kenal atas tiket dia kawan Din..haha..dia ni suka badminton mcm aku gak..so antara yg aku akan sms kalao ada bende nak share psl badminton..hebat jugak, pemimpin pelajar kot..n hebat berpantun...hah, kalao nak tahu nilah org yang ajar aku pantun...cayalah la wadi..aku rasa dia ni pon somebody gak r..lain kali aku nak beli ubat kat kedai ko je la..haha..

Lagu untuk kamu: Dato Siti-Pintu Rindu

4. Mami enna
dak kelas aku nih..wah2, best sgt dia ni..selalu la chat2, dia ni sekepala ngan aku..cerita masalah pon boleh..wat lawak pon boleh..apa yang kami tak kongsi..setakat ulas lirik lagu sampai berjela2 mmg kerja kami..mami tuh bukan tanda dia org Penang la..aku yg bagi...sebab aku selalu dengar Vina Panduwinata, penyanyi veteran Indonesia selalu gelar diri dia Mami Ina..last2 aku bagi nama tuh kat si Enna nih...harap kita leh score sem ni Enna kan..

Lagu untuk kamu: The Potter's-Keterlaluan

5. Mamat

aku nak masukkan dia gak r..sebab kat dunia ni takde sorg pon yang paling sokmo bercanggah pendapat ngan aku melainkan dia..ko kata apa je isu..semua lain la..dia kata Utara aku kata Selatan..tak pernah ada titik temu yang pasti..sampai dia kata aku tak pernah terima analogi dia bagi n sengaja xnak terima pendapat dia..bukanlah..aku mmg ada pendapat yg lain dr dia..ooh, dia ni aku selalu panggil Sussex City sebab dia tak suka sgt lagu, filem, n bahasa Melayu..kan contrast lagi ngan aku..haha..takpelah, perbezaan kami lah yg buat kami bertahan sehingga 10 tahun dah ni berkawan..

Lagu untuk kamu: Rihanna-Shut up & Drive

6. Mawi
ni senior aku Mawi..rapat gak la..selalo jer borak masa dulu2 dia xgrad lagi..banyak rahsia kami kongsi..haha..aku terkilan dulu masa dia selalu mintak belanja, aku malas jek nak belanja..bukan kedekot, timing mesti tak tepat..kadang2 waktu aku dah kenyang la..so masa dia konvo aku bagi r bunga sejambak n bear yg cute..malu gak masa nak bagi, dah la keluarga dia ada..tapi peduli la...bukan dosa kan bagi bunga kat kwan yg kita rapat..skrg jarang dah tau berita pasal dia..cikgu skang kat kedah..

Lagu untuk kamu: Aizat-Kau Aku

7. Dila
Musuh tapi mesra adalah status kami buat masa ni..padahal takdela musuh sgt pon..ni bakal cikgu..sorang yg rapat ngan aku..ada sejarah sket..barang lalu usah dikenang..skrg makin jarang r sms dia..aku pon rasa dia dah tak ingat aku..mungkin kot..takpela..asal kami masih berhubung je la..tak perlu la hari2 nak sms kan..

Lagu untuk kamu: Melly feat.Amee-Ketika cinta bertasbih

Bagi yang tak masuk tuh bukan la korang tak special, cuma space limited la..perlu la aku nak taip sorang2 kan..mati r..korang semua kawan aku yg istimewa sebab terima aku seadanya...Gudluck exam...

Friday, October 16, 2009

Aku wujud ke tak?



hmm...apa ek nak citer..tetap nak update walopon citer xberapa nak ada...

ok kita start ngan sorg member aku ni la kan..

kami sekelas sekali jek..tupon nasib la kena campor..

aku xkenal sgt la..yelah aku ni sombong sket..xkenal malas nak tanya lebih2..

so, aku pon berkenalan la pas dah habis sem tuh..meaning dah habis subjek tu lah...

boleh la, kenal lebih kurang kan..

yang musykil kan, bakpe masa jumpa aku n kawan aku yang lain, dia mcm buat aku xwujud jek...

org laen dia ok jek, salam gak la..aku dia buat dunno jek...tengok pon tak...aku plak yang naik segan..

haha..mati r dia takot aura aku yang kuat kot..

xpe2, aku paham la..nak sign otograf ke bergambar ke lain kali la ek...haha..

Wednesday, October 14, 2009

Aku dan kemalasan

semalam penat sungguh balik dari PUSPEN Raub...dtg dengar briefing dr Pegawai dia..n sharing la pengalaman 2 org penagih yang hampir pulih...best tau..dorg ni kelakar jugak..oo yek, sila jangan cuba dadah2 ni..tak best pun dok serenti tuh...macam penjara jek pagar kawad tinggi giler..tu pon ada yang manage nak lari..takleh punyer, sekeliling tuh pokok getah n hutan..mmg dapat tangkap nanti..

kat sini guna Terapi Kekeluargaan..biar semua penghuni ni rasa kasih sayang n tanggungjawab kat diri sendiri..bagus terapi ni..banyak yg pulih..tapi tuh semua atas diri gak la..ko nak pulih ke nak pilih jalan hitam ke..tepokla dada sendiri..

pastu rancang jam 2 sampai Lanchang..mmg fail..sampai jam 3...yes, masa nak sampai, bas2 persiaran pelancong dah beransur pergi..maknanya aktiviti bersama gajah dah habis..sian kawan2 aku, depa tak merasa la naik gajah tuh..most of them fisrt time datang..kami hanya dibenarkan ambil gambar sahaja..sedey..

mmg tak boleh jangka r benda2 gini...ingat ok jek dari Raub pi Lanchang leh la sejam ke..tapi sebab dok berenti makan r..tanya org la..jadi la fail..hehe...

lain kali kalau nak gi kena la dtg awal2 sket..tak boleh la menyelit2 dlm visit..

sabtu nanti nak masuk Cooking Competition..dulu nombor 4...tahun ni ingat nak rembat Juara la..haha..yakin jek..walaupun aku xpandai sgt r..tapi kawan aku ada yg pandai masak..no hal la..asal aku leh tolong2 mana 2 yang patut..

jumpa lain entry...rasa malas nak wat report ni..tuh yg leh terbabas update blog plak..hehe..

Sunday, October 11, 2009

Luar asli dalam hmmm...



kejadian berlaku di Puduraya..baru jek semalam ek..masa tuh aku dah naik bas Utama Ekspress..dijadual berangkat jam 4 ptg, tapi xgerak2 dekat setengah jam gara2 nak cari penumpang..xramai kot org nak balik..aku dok sebelah akak ni..xsuka la, sebab rasa aku tersepit di tepi tingkap..haha..xselesa gak r sebab akak tuh xde la kecik mcm dak pmpuan yg standard..

aku pandang tingkap nak tgk luar..bas masih tak gerak2..bosan la..kat tepi tuh mak n ayah akak sebelah aku setia menunggu akak tuh smpai bas bergerak..depa bosan je tgk bas cam mls je nak jalan...

satu lagi ada mamat ni pakai baju melayu lengkap bersamping ngan mak dia pegang bunga..aku bajet ni mesti pas grad ni..bunga tuh mcm biasa org dpt waktu grad..abang kepada mamat tuh sibuk agah2 kan anak kecik dia..mcm 1 happy family jek..

satu lagi driver bas dok kat atas skuter sapa ntah..asek bunyi jek alarm dia..member mula2 terkejut gak, last2 tibai gelak2 pulak..pebenda la..bising jek..tak payah la duduk kalao dah bunyi2 jek..

tiba2...

datang 2 orang lelaki..dua2 kacak..xde pon tanda2 depa ni lembut..mcm dia nak naik bas aku..depa bersemabng sat tepi bas tuh sebelah tingkap aku..dok ralit bersembang, guy yg baju putih tuh suapkan buah ciku yg dia beli kat gerai atas (kat Pudu banyak gerai jual ciku potong2)... aku tengok mcm menarik ni..tengok lagi..depa cakap2 lagi tapi sangat rapat la..ala2 tadah telinga(yg suap ciku)..dia ni just hantar jek member ni naik bas..

kemuncak cerita..

si penyuap tadi masih dengan sisa ciku di tangan..member yang nak naik bas tiba terus CIUM pipi kanan kiri (cipika cipiki) ala2 perpisahan terakhir la..yg si penyuap tadi pasrah jek aku tengok bila pipi kawan dia menyentuh pipi dia..mcm kalao korg nak berpisah mesti r nak pelok la..tapi yg ni pelik sket..terus cium2 di khalayak ramai..salam takde plak..

member pon naik la bas..tapi duduk sat je, turun balik pergi ke si penyuap..pegang tangan dia sat pastu naik..si penyuap plak mcm xsanggup nak pisah, bukak terus HP call kwn yg kat atas bas ni..borak2 la sat..si penyuap masih setia menanti di sisi bas..

then tak lama lepas tuh bas pon jalan r..si penyuap aku tengok melambaikan tangan ke arah member ni..member pon balas..maka perpisahan terjadi..

gaya aku tengok pasangan ni bukan kawan baik, adik beradik..cara mereka cakap dekat2..cara cium pipi...macam kekasih yg mahu berpisah lama...untungnya la kan korang kalao kawan ko tunggu ko kat tepi bas smpai 30 minit semata2 nak melambaikan tgn masa berpisah..haha..jiwang karat r...

yg memushkilkan aku..dua-dua jantan asli...makanya...benarkah asli...haha..mcm2 ragam org ni...kalau dipikr2 mcm tak percaya..takkanlah depa kekasih..tapi kalo tengok sendiri mmg sahih bebenor mereka IN LOVE...

Wednesday, October 7, 2009

Usah ditangisi mengapa begini



"Aku bosan dok kelas tuh, ko tau bila lec bagi soklan calculus, sume org tak dapat jawab, aku jek yang tahu jawapan dia, bosan la macam ni, dlm kelas aku xde saingan.."

Ni ayat dari kawan aku kt Matrix dulu yg sangat bijak sehingga menghampiri tahap genius..bagi dia soklan Calculus senang giler n dia memang tahu nak solve every math question..ye, sebab tuh aku kata genius...n bukan tuh jek...dia jugak pandai bab bahasa, tak kiralah English, Arab, Spain, Tagalog...

even dulu dari dia lah aku belajar Grammar English..aku ni bodoh English sejak sekolah, dia lah yang ajar aku macam mana nak wat sentence yang simple tapi ZERO Grammatical error..

yang heran aku dok blaja 11 tahun English kat sekolah tak paham2...tapi dia ajar aku 10 minit jek n aku paham giler..tu r, mmg dia ada kelebihan Allah bagi nak pahamkan orang...

Bdw, entry ni adalah untuk memberitahu apakah jawapan aku pada luahan hati dia..

"Sebenarnya, ko mmg bertuah, ko dah ada di puncak..kenapa kau rasa perlukan saingan sedangkan ko sendiri dah tawan gunung tuh..Cuba pandang ke bawah, tengok ramai kawan2 ko yang nak mendaki gunung kejayaan mcm ko..daripada ko nak mereka bersaing ngan ko, baiklah ko HULURKAN tangan ko bantu depa nak naik"

selepas aku jawab mcm ni, dia diam tau..seems dia berfikir ttg apa yang aku nasihatkan..

So, buat kawan aku ( you know who you are)..u are also genius like him..aku selalu admire ur capability to excel in your study..kau dah selalu sangat di atas..samalah nasihat aku kepada kawan aku dulu..

"Mungkin sudah tiba masanya ko turun sebentar dari gunung kejayaan dan mendaki bersama2 kawan2 ko yg lain..Usah ditangisi kenapa kau turun setelah 23 tahun duduk di atas..mungkin kalau ko start balik dari bawah, mendaki bersama2 kawan2, kau akan tahu sesungguhnya kau memang insan terpilih sebab selama ni kau dah dapat mengecapi nikmat di puncak"..

Harap kata2 ku ini mampu direnungakan buat kamu...Ikhlas Hendy..Ur bestest fren...=p

Saturday, October 3, 2009

Lah tatimbun sado alahnyo



Gempa bumi menggegar Padang dan wilayah sekitar Sumatera Barat...

sedih melihat kehancuran yang berlaku...makcik ku yg tinggal di Padang kata rumahnya tak runtuh walaupun 2 tingkat...nasib baik sangat..kalau tengok macam mana Hotel Ambacang rebah ke bumi mmg tak dijangka la ada gak rumah lain yg okay..

lebih memilukan di Pariaman di mana ada 400 tetamu kenduri kahwen yg tertimbus tanah...sangat memilukan dengar berita sebegini..dan tak silap bukan tuh je ada 2 lagi kampong yg sekarang sudah rata di balik tanah..

bayangkan menara masjid kat kg tuh 30 meter, dan sekarang takde langsong nampak dah menara tuh..rata habis..maka semua penduduk dianggar tertimbus 30 meter dlm tanah..memang nak korek pon rasa mcm mana la nak jumpa yg hidup tuh kalao dah tertanam 4-5 hari..tapi kuasa Allah siapakan tahu kan..

sedih la..Padang tuh cantek dgn bangunan2 yg beratap bonjong..sekarang ni tgk sume bumbung dah paras2 tanah plak..memang ranap habis..

mintak2 la dalam masa terdekat xde gempa baru yg lebih besar...Sumbar perlukan berbulan nak pulih balik dr trauma ni..

dan jangnlah Megathrust kat bawah Kepulauan Mentawai melepaskan tenaga yg 200 tahun terpendam...

kalau jadi habislah tsunami akan menyapu Padang dari peta dunia..Nauzubillah...

Takziah buat keluarga2 yang kehilangan org yg tersayang di Sumbar...

Tuesday, September 29, 2009

Smile a bit..



it is almost 2.04 a.m..

I dunno what im doing now..really not into the notes..please give me some time for me to relax..i know it is very foolish side of me to just playin around while i got 2 more days to read and remember all those herbs..

yes, my lec is a great and lovely person..she still gives us the delay even though this is our second time approaching her..


yes, we are at fault..we had 2 weeks vacation but still couldnt manage to finish the revision..please, 1 week for ramadhan and 1 week for raya..what we supposed to do is celebrating our heart out..haha..yes, i did enjoyed my eid..visiting relatives and friends..1 week seems couldnt get enough of it..

now, we are in trouble...thanx God, we had succesfully pursuaded her to postpone..

now, im not doing my job..instead of study, im now blogging..haha..

tonight i got to know my result for my last 2 mid terms..it was not that bad..


im quite suprised..wow, it really works well..that's the baraqah study in Ramadhan..you never say sleepy even though u got to wake up at 4.30 a.m for sahur after only 1 or 2 hours..

yes, i got energy now..if and only if i can maintain this energy after this, im sure this path is really my own..

im not regretting my choice to study pharmaceutical field..i know it is quite hard but now seems it is really priceless..i got a lec who is so nice..next week i got visit to JB...and this fri i got one more exam to do..

yes, at the end of the day, it is my own responsibility..u get what u did....its really true....

Thursday, September 24, 2009

Facebook itu muka buku

dan sekarang aku sedar Facebook adalah sangat bahaya..ye, sejak aku bukak akaun Facebook setahun yg sudah adalah untuk menyamar dan mengenakan kawan2 sekelas aku..depa xtau siapa aku sebab aku letak gambo anak buah kat situ...masing2 pelik sebab aku add depa satu persatu..

kemudian hari baik bulan baik tiba, aku dedahkan identiti aku setelah seorang kawanku membongkar identiti aku dgn cemerlangnya..aku letak gambar penuh...suka post kat wall sendiri apa2 yang aku pikir perlu..

rupanya tabiat aku menulis kat wall itu telah membongkar setiap inci tentang aku..apa yg aku rasa, apa yg aku pikir..

aku tersentak bila kawanku kata-member sekolah rendah actually-dia kata sokmo baca apa aku merepek kat situ..paling tak boleh blah dia ingat lagi pasal dialog Aida Radzwill dlm cerekarama Anna Maria yg aku tulis tempoh hari..dia kata ada ke aku leh ingat lak dialog tuh yg berbunyi:

MAMA RASA MARIA TUH PEREMPUAN SIMPANAN AYAH KAU..ASTAGHFIRULLAH, AYAH KAU DAH TAKDE..

kah2..aku tulis sebab dialog ni kelakar tau..ada ke Aida pi tuduh suami dia sendiri yg dah arwah ada perempuan simpanan..tuh yg jadi kelakar sebab tiba2 jek dialog ni keluar...

tapi tak perlu la ko ingat aku pernah post bende ni kat Facebook aku..ye aku tau, aku gedik bende gitu pon nak tulis..tapi aku rasa lantak la nak tulis apa kan..yg pi ingat2 sapa suruh...

tibe2 dia ingat plak kuiz aku bagi kat Facebook pasal dialog Tun Perak..

aku terus rasa okay, nampaknya setiap geri geriku di Facebook menjadi buah mulut orang..

biasalah orang popular...haha..

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran



Ahad raya la kalau takde kejutan kan dari Penyimpan Mohor Besar Raja2..tgk la anak bulan muncul ke tak esok..sehari sebelom raya, ingin ku susun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kpd seluruh pembaca blog ini...(macam la ada kan?haha)...kalau ada tulisan Kunangsepi yg mungkin mengguris hati kamu2 semua..jujur langsung tak terdetik di hati ini mengguris hati sesiapa..kerana Kunangsepi hanya berkongsi apa yg dia lalui, pengalaman, dan pendapatnya tentang dunia ini...

Hari raya yg menjelang esok mesti dirai...mmg kita dah puasa sebulan penuh memenuhi kewajipan kita kepada Khaliq..terasa begitu pilu mahu berpisah dgn bulan mulia, Ramadhan..mungkinkah esok puasa terakhir kita?mampukah kita bertemu Ramadhan akan datang?masih adakah lagi peluang untuk mencari malam Lailatul Qadr...semoga segala amalan kita semua diberkati Allah dan moga Kunangsepi menjadi insan yg lebih baik selepas sebulan bertarung dgn nafsu...

Blog ini akan menyepi seketika..kita raikan Syawal yg menjelma..banyak agenda raya nanti, mahu mengunjungi sanak saudara, rakan taulan, bermaafan...dan raya ke-7 ada 2 kenduri kawan sekolah yg ingin dihadiri...semoga bertemu lagi di lain waktu..akhir kalam,pantun raya jadi penutup...

PECAH KACA PECAH GELAS..
JANGAN MAKAN BERIA2 KONON NAK BALAS...=P

Wednesday, September 16, 2009

3 hari sebelom raya



bosan ngan FB bila most of my frenz dah balik kampung..maka yg ada broadband tuh boleh la nak on, yg xde streamyx kat umah sume sudah menyepi..mcm kosong je FB tuh takde dorang..sepi sangat kat situ..nak chat pon xtau la dgn sapa..yg online pon bukan rapat sgt, xde bende nak ditanya...

chat ni mmg boleh merapatkan kita dgn org laen..macam aku, aku chat gak la ngan org yg xrapat..xpe la mungkin dlm dunia realiti kita xkenal or mungkin xbertegor sapa sangat kan..dlm dunia maya semua berubah..yg jauh dirapatkan..kita boleh saling kenal, tanya kabar..tukar2 pendapat..sbb tuh FB org minat..salah satu sebab chat la..kita leh tau sapa yg tgh online kan..

tapi kalau musim2 raya mcm ni org takdela masa nak berfacebooking..sume pakat pi beraya jek..tak kojo la nak sibuk2 ngadap laptop bagai..ingat raya setahun sekali, selain godaan TV, tenet jugak jadi cabaran...

oo, puasa tinggal 3 hari je lagi..sedih sgt nk tinggal bulan mulia ni..mcm cepat je masa berlalu..moga Ramadhan akan datang aku masih ada untuk terus beribadah..

pas raya nanti ada satu lagi midterm lom selesai..assignment bersepah2, visit la, election sciencess la...paling penting hopefully my FYP can start pas raya nanti..bila la madam nak masuk kerja..payah sungguh jarak jauh ni, takleh berbincang elok2...go through journal sama2...

paling pening ada ke semalam aku terbawa2 dlm mimpi pasal FYP...leh tau aku mimpi aku tukar tajuk, n kaji boleh tak extract tuh digunakan utk bunuh kerengga..mmg takbes tol la...dlm byk2 binatang mana la dtgnya kerengga tuh..lagipon perlu ke nak bunuh dorg..biar jela dorg berumah aman damai...punyalah pikir FYP, siap tukar tajuk yg xtahan tuh..hish, taknak lah...penat tau nak wat literature review..

Sunday, September 13, 2009

Sahur bersama Kak Na



Sekarang kan dalam mood Ramadhan lagi..meh nak citer pasal puasa la..since aku dah dok dlm ni, kalo ada kelas aku buka n sahur beli kat cafe jek..buka normal la, kdg2 mood xde nak makan ramai2 aku melantak sorg2 dlm bilik..kdg2 kwn aku mcm Jeng n solah dtg bilik nak bukak pose ngan aku..

time sahur la best..anyway biasa aku turun jam 4.30 pagi beli nasi..oo yer, sahur tanpa nasi baek tak payah penat2 turun..minum je la air ngan kurma..walopon lauk Kak Na tuh mcm hanya recycle tak habis yang lauk buka..takpe la..xsakit perot pon..mana leh memilih sgt..aku ada je order nasi goreng cina sekali..tudiahh..masin...takpelah, sejak tuh nasi berlauk semalam pon xpe...aku layan jek...

masa aku turun hari2 1st tu aku tgk dak2 Biotech segerombolan turun sahur..best kot aku tgk depa makan ramai2...penuh 2 meja tuh, dlm 8 org gak kot..aku mcm biasa la..bungkus bawak naik bilik...makan sambil ngadap lappy n facebooking...

lately, MRC Talhah wat sahur percuma..ye, dah namanya percuma, haruslah berbondong2 org turun makan..lauk dia simple jek..nasi putih n ayam (gulai/kari/masak merah)...tuh jek yg ditukar2..kira oklah ko makan ayam free kan..haruslah kdg2 terambek dua ketol tanpa memikirkan org yg dtg kemudian...ahaks..

memandangkan kat tepi meja tuh ada pinggan jek, so aku kenalah makan kat cafe..takleh la bungkus..(padahal boleh jek amek polistrin kak Na)..aku blur la..dak2 yg turun tuh satu habuk aku xkenal..dak2 Biotech aku mmg kenal la..tau sume nama..tapi aku xrapat ngan depa..kalau jumpa pon xbertegor sapa sgt..lagi la naik segan nak join makan sekali..

lastly, aku amek keputusan makan je sengsorang kat meja dekat ngan tangga..dalam makan sorg2 tuh, terpikir gak la...

~SAMPAI BILA AKU NAK JADI GINI..TAK TAU NAK BERKAWAN DGN ORG YANG TAK BIASA..ASEK DGN STATUS QUO-LEPAK NGAN DAK KELAS AKU JEK...

aku rasa pelik..napa aku leh yakin jek makan sorg2..wat macam kera sumbang...segan nak join depa..padahal depa tuh ada yg sekelas EOP ngan aku..tak ke ini dinamakan seperti enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing2...

SIGH~~~

Saturday, September 12, 2009

Malaysia di mata Korea


KOREA WITH THEIR GREAT DRAMAS..

Dalam Chit-chat with beautiful ladies kat KBS World hari ni special sebab depa jemput 7 tetamu lelaki asing yang hensem utk bertukar2 fikiran ngan panel yg cantek2 ni..mcm 2 isu depa bincang, lagi mudah ada lelaki kat depan..leh teros tanya..sebab be4 ni, depa tanya pompuan punya view jer pasal life dorang..

Aku teruja sebab salah sorg laki ni org Malaysia..mamat Cina mungkin dia study or kerja dekat Korea..suka dgr dia speaking Korea dgn fasih...mungkin lagi fasih dr Bahasa Melayu kot..aku suka bila ada pompuan ni tanya kat mamat Msia ni..

KAWAN SAYA SOPHIE, DIA TAK MINUM ARAK, KATANYA MALAYSIA NEGARA ISLAM, TAK BOLEH MINUM ARAK...

mamat Cina ni teros jer jwb dgn baek..

YE, MALAYSIA NEGARA ISLAM..BANYAK BENDA YANG DI KOREA OKAY TAPI KAT SANA TAK BOLEH..CONTOH KALAU COUPLE TAK KAHWEN BERDUA2AN BOLEH DITANGKAP PENGUATKUASA..LAGI SATU, COUPLE JUGAK TAK BOLEH PEGANG TANGAN ATAU BERCIUM DI KHALAYAK..BOLEH DITANGKAP POLIS..

tercengang gak la panel2 yg laen tuh..oooh, mcm tu ke kat Msia..sgt berbeza ngan negara dorg or even kat Korea sendiri..aku ucap terima kasih kat mamat cina yang sungguh telus menjadi duta negara di sebuah rancangan popular Korea..dia kata dgn sejujurnya..takde pon nak condemn or kutuk2 negara..

even masa 1 girl ni tanya, SO U PON TAKLEH MINUM ARAK LA EK?

dia jawab dgn santai..TAKLA, I'M BUDDHIST...SAYA BOLEH JE MINUM..TAK BOLEH TUH ORG ISLAM JEK..

so, mmg mamat ni dah bagi penerangan yg baek pasal negara kita kat mata dunia..apa yg dia cakap mmg realiti..


MALAYSIA WITH GREAT UPIN N IPIN..

1. Orang Islam takleh minum arak
~Well, satu dunia tahu kot Islam larang umatnya minum arak..malah satu dunia tgh teropong Msia gara2 Kartika dijatuhi sebat 6 kali atas kesalahan minum arak secara terbuka..so, dgn mamat ni bgtau kat rancangan Korea pasal arak di Msia, depa tahu la nanti kat Msia non-Muslim jek yg dibenarkan minum..tak macam di Korea yg hampir semua rakyatnya suka minum arak beras/soju..

2. Bercium/berpelukan di khalayak ramai tak boleh
Obviously, ni bukan budaya Melayu n dilarang Islam..contoh terkenal artis la kita ambek..Nabil pelok Irma masa menang artis paling popular ABP 2009 habis dikutuk ramai pihak..lambat gak la nak redha n masyarakat nak lupakan isu peluk di TV live ni..contoh 2, Noraniza idris cium pipi Pak Ngah masa menang satu award dulu pon dikecam ramai..sebab dorg bukan ada pertalian darah pon walopon hubungan dorg macam bapa dgn anak...lastly, Ashraf cium Bunga di Bali pon jadi isu besar..terpaksa la Ahsraf mintak maaf n jelaskan kat press Malaysia..

3. Berdua2an ditangkap penguatkuasa
~betol la tuh..kes khalwat kat Msia ni sokmo ada..penguatkuasa agama negeri la pi serbu hotel2, rumah yang disyaki..seb baek mamat Cina tuh jelaskan yang kat Msia kita ada kad kahwen..kalau diserbu kena tunjuk kad tuh bukti kita dah menikah..

THANX MAMAT TUH YANG DAH SEBARKAN FAKTA2 BENAR TTG MSIA KAT NEGARA LUAR...AKU BANGGA SAMA LU..

Friday, September 11, 2009

Tahajjud Cinta



Kau datang ketika duka..
dan bintang bercahya..
tunjukku ke jalan syurga..

kau datang ketika duka..
dan bintang bercahya..
tunjukku ke jalan syurga..

ku haus di tengah laut..
lemas mencari tempat berpaut..
kirimkan aku kekuatan..
serta pedoman di kesesatan..

ku sunyi dalam gembira..
perih pedih tanggung derita..
sungguh aku bukan wali..
yang suci dari hina dan benci..

kau datang ketika duka..
dan bintang bercahya..
tunjukku ke jalan syurga..

terlalu lama aku mencuba..
terlalu banyak..
cinta yang ku damba..
tiada yang sempurna..
hanyalah fana..
Tuhan, ampuni hamba-Mu..

kau datang ketika duka..
dan bintang bercahya..
tunjukku ke jalan syurga..

ku rebah di dada malam..
memecah dendam yang lama diam..
ku tanggalkan baju dunia..
dakapku dengan selimut syurga..
ya Tuhanku hanya padamu..
tempat mengadu segala rindu..
limpahi ku rahmat kasihmu..
dalam tahajjud cinta bersujud..



lagu ni penuh makna2 mendalam..dah lama aku tunggu Siti keluar lagu rohani mcm ni...sgt mendalam, meremang aku rasa...boleh menimbulkan keinsafan..lagu ni relate ngan kita sebab mmg bait2 lirik dia menyentuh hubungan kita dgn Khaliq...vokal Siti sgt best...ni boleh jadi lagu top 2009...nak dengar???ni videonya..

Monday, September 7, 2009

Jatuh cinta lagi



Aku suka baca majalah n komik2..sepanjang aku hidup ni kalau diimbas2 balik dulu biasa aku baca komik2 pahlawan dr Hong Kong...sebut je Alam Perwira, Wira2 Keinderaan, Dewata Raya, n Anak2 Wira, semua ni aku beli dulu tiap2 minggu sebab ketagih nak ikot plot cerita dia yang best..lukisan Tony Wong mmg mantap, tambahan pulak ada cerita yang berunsur Dinasti mcm Alam Perwira berkisar kekejaman Maharaja Zhou ketika memerintah Dinasti Qing...suka hikmat2 yang diberi nama pelik2 mcm Juara ada 18 cakar penunduk naga dlm Anak2 Wira..sekarang ni komik2 mcm ni masih ada tapi aku dah lama hilang minat sebab cerita makin lama makin mengarot mcm Raja Rimba b Pedang Setiawan yang bapok lama nak tamat, beratus2 episod, silap haribulan skrg ni pon masih ada kat pasaran..

Bab majalah lak, aku terjatuh cinta dgn 3 majalah ni:

1) MASTIKA
oh,lama weh aku baca, start 1998...sampai la ni aku dok beli n simpan jadi collection berharga kat rak buku dlm bilik..sayang aku nak jual or buang..cerita2 dlm dia best, dulu mgkin banyak unsur2 mistik tapi skrg ni Mastika banyak fokus isu semasa kat msia...majalah ni ada satu gaya bahasa yang sangat tinggi..kalau karangan deskriptif mmg dapat A+ la...biar lah ramai yang memandang sinis kalau aku beli Mastika konon aku mudah terpedaya dgn cerita2 tahyul, tapi dlm hati aku mereka yang sebenarnya rugi sebab Mastika jugak ada unsur2 kasih sayang, keagamaan, nilai2 murni,cerita sisi lain masyarakat, etc...ko xnak baca xpe, xpayah kutuk pembaca tegar Mastika mcm aku sebab hanya JAUHARI MENGENAL MANIKAM..

2) MASSA
mesti ramai dah lupa majalah mingguan ni..dia selalu fokus isu2 hangat dlm seminggu...puas aku baca mcm2 cerita ttg negara kita..rangkuman seminggu Massa mmg unik...kalau kita xbaca paper dlm seminggu pon kita still tak ketinggalan sebab Massa akan mengupas isu2 terhangat dlm minggu tuh..cover page dia mmg kreatif, n isu2 yang dipaparkan mmg sgt updated..kadang2 aku tau sesuatu lebih awal sebab wartawan2 Massa dah kupas mendalam dlm keluaran lepas...so, mmg tak hairan lah kalau karangan BM masa SPM mmg aku suka jenis2 mengulas isu2 ni...aku langgan tau Massa ni tiap2 minggu,langganan setahun yang ada banyak diskaun..best giler..tiap rabu, balik je sekolah tak sabar nak tunggu Massa sampai kat peti pos..Akhirnya, zaman kegemilangan Massa berakhir dgn tragis...akibat kurang pembaca, majalah mingguan ni terpaksa gulung tikar dgn terhormat...Aku sedey giler bila Massa hantar surat beritahu "kami terpaksa menamatkan penerbitan Massa dan baki wang anda akan kami pulangkan dlm bentuk wang pos"...ROBEK HATIKU...

3) SOLUSI
majalah terbitan Telaga Biru..aku kenal masa praktikal kat HoSHAS..masa dok kat lab toxico tuh, aku nampak majalah ni kat meja staff...oleh kerana lab ni bosan sebab proses ujian dadah ni take a long time, so aku lepak2 la baca SOLUSI ni sambil layan Era...wah, my 1st impression, this magazine is WOW...content dia padat ya Rabbi..penuh dgn artikel2 agama yang most of them aku pon baru tau..lagi2 penulis2 kolum dia bukan calang2..semua yang terkenal dikumpul dlm satu bumbung...u name it..Dato Fadzilah Kamsah, Dato Bahyah, Dato Ismail Kamus, Prof Sidek Baba UIAM, Ustaz Badli Shah, etc...semua ada kolum sendiri nak kongsi ilmu..so,aku bertekad nak stick dgn this great magazine...naseb baek aku dpat cari penjual majalah ni kat UIA..murah gak aku dpt..yes...harap2 bekalan SOLUSI aku tak putus la akan dtg..

Saturday, August 29, 2009

An opinion



tercetus lagi kontroversi pasal claim budaya oleh negara seberang...kisahnya mudah, Discovery salah sebab guna gambar wanita Bali menarikan tarian pendet dlm iklan promo 5 dokumentari terbitan KRU...sudah sgt terang Norman KRU jelaskan klip promo tuh bukan KRU yang buat, sebaliknya terbitan Discovery Channel..jadi, tak timbul Malaysia nak claim tari ni hak kita...takde rasanya kat sini ada orang yang mampu nak menari Bali yg terkenal sukar dgn gerak mata serta tubuh yg sgt sharp...dan takde plak mana2 pihak tunjukkan tarian ni sbg tarikan pelancong kat sini...

sebenarnya, isu ciplak menciplak ni mainan media sana...cepat betol mereka tangkap mana salah Malaysia kalau ada yg kena mengena ngan budaya sana...patutnya tahulah sejarah nusantara ni dulu..pernah ke ada sempadan antarabangsa dulu..orang sana bebas keluar masuk ke sini n sebaliknya..yg berhijrah ke sini, bawak budaya masing2...contoh, let say Orang Minangkabau mcm aku..masa org negeri sembilan jemput raja Melewar jadi raja di negeri sembilan, banyak gak org Minang dtg pindah sini..jadi mereka bawak budaya Minang...tak heran ada caklempong kat sini...yg paling terkenal la...rendang daging jugak..dah org Minang yg masak n popularkan, jadi tak timbul isu Malaysia nak ciplak caklempong n rendang..lagipon rendang org Melayu lain...dr segi rasa n bumbu yg digunakan...

katalah satau hari nanti ada dokumentari psl Negeri sembilan..pastu ada plak ditonjolkan tari Randai, tari Piring, Saluang, etc..adakah itu usaha nak ciplak..tidak..sebab semua itu budaya yg dibawa org Minang ke sini..sama mcm org Cina bawa tari singa n org India bawak tari mereka ke sini...n bila Malaysia promo tari2 tuh, xde pon protes dari India n China..sebab mereka paham...

sebab tuh media sana jgn asyik ungkit masalah ciplak2 budaya ni..barongan tuh dibawak oleh org Jawa ke sini..kan Johor n Slangor banyak org Jawa...pasal Pendet tuh, itu salah Discovery sbb tak buat homework bila nak wat promo...n mustahil la Pendet itu hak Malaysia sebab takde sorg pon org Malaysia tahu nak menari tarian tuh..

kita berdua mmg dari rumpun yg sama..even kat org Iban pon ada kat Kalimantan n Srawak...sebab tuh Miss Indonesia pernah citer pengalaman dia, masa bertanding kat miss Universe, pakaian dayak dia sama dgn Miss Malaysia pakai...itu bukan usaha nak claim2...dah kita berkongsi budaya yg sama...cuma kat seberang lagi kaya dgn pelbagai budaya lain sebab dgn beratus2 etnik, masing2 ada identiti sendiri..

fikir2 kan..

Friday, August 28, 2009

Dia dan point2 nya...



Maka midterm datang melanda...demam menelaah kembali dlm hidupku..semua maklum la kan, tak semua pelajar U ni suka sgt study awal2..banyak kot kerja nak dibuat..aktiviti yg terlibat..so, blaja last minute is option yg tak boleh nak elak (sebenarnya boleh, contoh study quiz betol2)...

Aku dah 3 hari puasa kat bilik ni..ok la, tak pi bazaar ke apa..just beli jek apa yg ada kat cafe..semalam beli nasi kerabu dia sedap gak...air kelapa pakcik tuh pon maintain sedap..so, watpe susah2 pi bazaar yg sesak kalau kat cafe pon ada semua tuh..roti john ada, kebab, murtabak, kuih-muih..

ni nak citer perbualan aku ngan kawan YM:

Aku: Buka apa tadi?
Dia: Nasi n telor goreng
Aku: What??xbest giler..
Dia: Asal buka jek, watpe nak membazir..


Sentap kau...hah kan point dia betol watpe membazir...just aku terasa la coz kalo bagi aku nasi n telor je mana cukup..tapi bagi dia itu sudah mengenyangkan, plus mudah dimasak...so, dia xrasa keperluan pi bazaar beli mcm2 juadah....bagus la point dia...tertembak aku di situ....haha...

Tapi kat umah aku kena beli la air tebu n ayam percik....2 ni mcm dah wajib, high demand...so, macam mano nak say no to bazaar???tetap menjadi tarikan....hmmmm..

menjelang azan maghrib tuh, sila tengok video kreatif pasal H1N1....klaka...

Sunday, August 23, 2009

23 tahun berlalu



Ramadhan ke-3.....ulang tahun ku ke-23.....manisnya mengingati hari lahir di bulan mulia....apa ek yang aku hajati utk hari lahir ini..hanyalah kesihatan yg baek...dapat grad tahun depan..lain2 masih bingung memikirkan...

aku jua harap usia sematang ini, aku dapat menjadi hamba-NYA yg terbaek.....amin...byk sungguh keje sem ni..FYP yg tak berkesudahan...kelas2 yg masih berjalan...xsabar nak habiskan jek....

mungkin aku perlu bertahan...bertahan hingga satu hari nanti....

Friday, August 14, 2009

Asmara by Novia Kolopaking



Ni lagu Asmara ciptaan Chossy Pratama utk sinetron 90-an dulu..zaman tuh lagu tema drama Indonesia sume wat khusus tau..yg pakar wat ni biasa Chossy n dia ni plak suka bagi kat penyanyi2 baru yg kadang2 tak pernah dgr pon..contoh aku masih ingat lagu Ajari Aku nyanyian Ayu Giri Anjani..zaman skrg suka lagu tema ambek lagu2 terkenal yg sedia dirakam artis2 popular...

Lagu ni aku suka sangat...padahal tak pernah tengok pon drama dia...Novia Kolopaking ni skrg ni dah bertudung litup...dulu rambut dia panjang giler kan...

So, bagi yg tak pernah dengar lagu ni layan ek.....

Hari ini dia menangis..

Bila dia menang..pujian akan menggunung seolah2 dialah pemain terhebat di dunia..(mmg pon tapi 3 pemain terhebat termasuk Taufik n Lin Dan)...wartawan pukul canang macam la dia tuh perfect...xingat ke tahun ni 2 kali dia buat kejutan..satu-kalah dengan Chen Long di Terbuka India n kalah kepada Nguyen Tien Minh di Super Siries Singapore Open..jadi kekalahan dan kejutan begini kita kena ready la siap2..

Ni pukul canang lagi ke paper2 oiii..bagi harapan palsu kat penduduk Malaysia..konon si Sony tuh bukan tandingan dia..konon senang nak ratah...hah ko tengok apa yg dah terjadi..pandang rendah kat orang sangat..tapi lupa hakikat orang tuh bukan calang2 pemain..Sony Dwi Kuncoro pernah menang gangsa Olimpik Athens 2004..n dia jugak Naib Juara Dunia 2007..hah kau..senang la sangat kan..


Dicanang2 keliling kampong seolah2 mmg pasti dia menang..

sejam dia bertarung..okay..aku paham memang mlm ni Sony sangat bagus..hampir sume taktik Chong Wei dia dapat baca..aku tahu perangai Chong Wei..kalau setiap pukulan dia, lawan boleh angkat, dia akan tension..maka berlakulah kesilapan2 tak sepatutnya mcm sangkot di jaring, bola keluar la..pukul ke net la..sbb tragedi mlm ni aku biasa tgk bila dia lawan Lin Dan yg sungguh mantop...jadi Sony betol2 hebat mlm ni..walaupun set ke-2 Chong wei mampu buat dia stress...


Bila dia menangis meratapi kekalahannya, ada kau kesah???

Apa2 pon..dah suratan..Chong Wei gagal buat ke sekian kalinya...adakah aku akan berhenti menyokong beliau semata2 satu kegagalan di Kejuaraan Dunia yg tiap tahun diadakan???mestilah tidak...Chong Wei tetap pemain terbaik yg Malaysia sedang dan pernah ada..jauh lebih baek dr Rashid Sidek n Ong Ewe Hock..maka sokonglah dia...

hari nih dia jatuh...mungkin dia berduka..hatinya terluka..

Mana tahu esok dia bangkit..menjadi Harimau Malaya...hmm..