Friday, January 23, 2009

aku, kecewa, biarlah

mengalir kesedihanku melihat dia tewas sekaligus memusnahkan harapan kita menjulang emas pertama kalinya..bukankah dia sudah berjuang sedaya upayanya..menentang ribuan rakyat China di halaman sendiri cukup memberi tekanan maha hebat buat dirinya..salahkah dia andai tewas lagi..tidak kerana pastinya esok nama negara kita tersenarai dalm senarai negara berpingat..lebih memalukan jika kita tewas tanpa pingat di saat Singapura dan Vietnam sudah menggondol perak..

maka London 2012 pasti ceritera baru bermula..adakah masih ada sinar gemerlap seperti malam tadi..kuharap ia lebih berkilau warnanya..sungguh aku tak mampu membendung perasaan kecewa melihat dia terkulai layu..satu perak=RM300 000..dgn wang sebanyak ini, moleklah kita senaraikan dia dlm Wall of Fame badminton negara..perseorangan terbaik pernah kita miliki..jika tidak lebih baik daripada Lin Dan..

pastinya kamu dikenang orang..terima kasih atas jerih payahmu..Lee Chong Wei..17.08.08.

No comments: