Friday, January 23, 2009

popular, darjat, tergadai

lama tol tak update bende alah nih..hidupku makin di penghujung jalan..sem nih dah nak tutup tirai ngan beberapa quiz terakhir beserta 2 presentation yg tak siap2 lagi...tak sabar nak bercuti merelakskan otak yg makin sarat ngan timbunan ilmu..hahha..yeke ilmu...ade gak la..
berita terbaru minyak turn jadi RM2.30 esok...yeye mintak2 la turun lagi bulan depan..takde la sakit sangat aku nak isi minyak pi kampus..paling aku benci isu Shah Rukh Khan dapat Dato' dr Melaka..ntah apa2 la, setakat berlakon One Two Ka Four kat Melaka terus dapat anugerah Dato'..tadi masa pagi nak pi kulliyyah ada dengar isu ni hangta dibincang di
Pagi@Era.. ramai yg tak setuju termasuklah aku..


kalau ia filem tuh dah promosikan Melaka, napa tak bagi je Dato' kat pengarah filem tuh..bukan pengarah ke yg decide nak pi shooting kat mana, pelakon ikut je skrip n acting...memang tak adil..ingat tak Catherine Zeta Jones berlakon dlm Entrapment kan ada babak KLCC..bagi la jugak dia sebab dah promo KLCC..bukan setakat promo siap hina Msia lagi letak rumah2 setinggan sekitar KLCC...


ingat jugak tak Survivor Borneo buat kat Pulau Tiga, Sabah..popular tuh pulau tuh sampai sekarang sebab Survivor masa tuh first time tayang n meletop kat USA..napa tak bagi Mark Burnett, penerbit survivor Dato' sebab promosi pelancongan negara..n paling penting kalau ikut kan banyak jugak filem Tamil berlakon kat Msia..tak caya tengo la Astro Box Office tuh, kan tiap bulan ada filem Tamil ditayangkan..bagi jela depa Dato' jugak..bukan luak mana pon..
bukankah Melaka betol2 menghina karayawan seni tempatan..

banyak lagi artis veteran yg tak bergelaryg boleh dihargai dgn gelaran Dato'..tengok arwah Sudirman sampai sekarang tak ade gelaran..padahal lagu dia meresap kat jiwa rakyat Msia bukan sikit ok..time Raya lagu dia..time Merdeka lagu die..time hari ibu lagu dia..time bercinta pon lagu dia..memang complete la khazanah dia..


arwah Yusni Jaafar pon tak pernah dihargai masa hidup dia..padahal, lawak dia lah yg menghiburkan kita sejak 20 tahun yg lepas..anugerah biasa pon jarang dapat..sepatutnya Fauziah Nawi, Wan Maimunah, Khatijah Tan, Norlia Ghani, Azean Irdawaty sume layak bergelar Dato'..dorang pelakon2 hebat yg kekal dikenang..


paling penting, kemurahan anugerah Dato' nih akan membuatkan ramai rakyat benci...Dato' Shah Rukh Khan seglamor mane pon dia, tetap kita tak boleh terima dia dapat gelaran besar..memang kita popular sebab banyak agensi berita asing laporkan hal ni, tapi...glamor2 kita maruah tergadai...malu nya..shame on us..

No comments: