Friday, January 23, 2009

kerusi, malang, pasrah

hari malang itu hari ujian..ya..ujian buat hamba-NYA..walaupun hanya mid term semata..tapi 30 markah utk carry mark cukup membuatkan segala makhluk satu jurusan dgnku kecut perut..berhempas pulas kami menelaah buku Tortora utk subjek Physiology II..utk mengharapkan notes Prof agak mustahil utk difahami kerana hanya beribu2 perkataan tertera tanpa rajah..

maka exam bermula..kami berkumpul di luar Exam Hall di CTS Building utk menunggu arahan masuk..kami menarik nafas gelisah..yg masih tegar masih memegang notes di tgn, yg yakin tak hengat sudah mampu trsenyum2 melihat rakan2 lain gusar membaca..

kemudian ada suara memanggil kami masuk..duduklah aku di meja yg aku pilih sendiri..aku agak ke hadapn berbanding rakan2 lelaki yg lain..kumenisi borang OMR itu dgn cermat..maka bermulalah pertarungan dgn daya ingatan masing2..sepi sungguh ruangan itu, hanya terdengar detak kaki pengawas..

aku pon mulalah membelek ruangan objektif..membelek dgn cermat..aku pasti setelah 5 minit bermula drp saat aku melabuhkan punggung di kerusi itu, tiba-tiba tanpa ku sangka:
meh teka la..asyik sumbat je sume..cube korang pikir sendiri..

A) pensel pincitku patah
B) aku lupa no matrikku sendiri
C) kertas soalan itu terdapat jawapan
D) aku tak bawa kalkulator dah la de pengiraan
E) kerusi ku patah di bahagian roda

hah..cepat la teka..jgn main tembak je,,soaln ni negative marking..satu salah tolak 0.5m ok..dan jawapnnya ialah..

kerusi ku patah di bhgn roda..berderap sebentar bunyinya..nasib baik aku masih mampu mengawal tubuhku drp terhenyak ke lantai..kiranya tak la terduduk kau di situ bersimpuh ala2 maharani kan..malunya masa tuh tuhan je tau..nasib baik Bro. Afendy cepat2 tolong amek kerusi lain kt belakang utk gantikan..yg aku risau apelah nasib aku nanti bila kawan2 aku cerita pasal nih..sure kene gelak punye..

yes..tekaan aku tepat..lepas 2 jam exam..keluar je dewan, kawan2 aku pon pakat gelak ramai2..depa sume perasan ok..dah la aku dok depan sket, pastu bunyi derap patah tuh kan obvious gler bile sume senyap..

ok pon tersengeh2 bagai kerang busuk..mungkin krusi tuh dah sedia uzur..ditambah tekanan tubuh aku, maka jadilah tragedi itu..malu nya sure ramai ingat walaupun dah lama masa berlalu..maka jadilah tragedi itu menjadikan aku malu kali kedua dalam dewan peperiksaan selepas dulu tragedi baca doa kat sekolah..tapi bende nih mesti best odah balik lepas grad nanti..huhu..

sebab tuh kalau ikutkan nak minta suaka politik la kat Zimbabwe..tapi inflasi kat sana tinggi..gi Bhutan jelah..ciao>>>

No comments: