sayup sinar suria menjamah buana..
Ramadhan yg mulia menjengah sudah..manisnya Ramadhan terasa benar kerinduan di hati..bulan penuh berkat tiada tara di mana semua manusia berlumba2 meningkatkan amal ibadat..mendapat keredhaan yang Maha Esa..
namun atuk n nenek sudah tiada..
nak masuk tahun ke 4 atuk pergi n tahun ke 2 nenek menghembus nafas terakhir..bezanya mereka disemadiakn di tanah yg jauh dipisahakn selat Melaka..atuk pergi di kg ku di Padang Sanang, Bukit Tingi, Sumatera Barat..memang atuk dah bagi isyarat dia akan meninggal di sana..sebelum pulang atuk kata tak nak balik ke Msia lagi..die nak beramal ibadat di kampung..masa tuh dah hampir 6 tahun atuk menetap bersama 4 anaknya di Msia..malah tambah sedih mak kata masa atuk naik feri di Sungai Melaka menuju Dumai,Riau, atuk tak toleh ke belakang pon..atuk terus masuk ke perut feri tanpa melambaikan tangan seperti yg biasa dibuatnya..
dan beberapa purnama selepas itu, atuk sudah kembali ke Khaliqnya..makam atuk di halaman rumah makcikku..berhampiran dgn makam2 nenek moyangku, pakcik2ku..aman atuk bersemadi di sana dgn sepohon mawar menjulang di atas makamnya..memandangkan aku jarang pulang, aku hanya pernah menziarah makam itu 2 kali..tiap2 ziarah pasti kesedihan menggebu teringatkan pesan atuk agar dibacakan doa n dikirimkan Fatihah semasa beliau masih hidup..
2 tahun lalu nenek pergi..
kali ini nenek bersemadi di Batu 8.. tak jauh dgn rumah lamaku tempat aku dilahirkan di dunia ini..nenek pergi setelah beberapa bulan hilang keupayan utk bergerak..hanya terbaring lesu di katil dgn badan yg kian susut..nenek hilang selera makan, tak mampu hatta ke tandas..sungguh menyedihkan melihat nenek tak lagi petah bercakap Minang seperti selalunya..hanya kelesuan berhari2 dan kadang2 nenek merapu2 sendiri..
paling ku ingat saat nenek menuji dadih yg aku buat..nenek kata ia cukup lembut, malah jauh lebih enak daripada nasi..aku cukup terharu melihat nenek suka dgn masakn itu..lalu ku pesankan kpd temanku dr Kelantan utk membeli pelbagai perisa dadih itu agar aku boleh mempelbagaikn perisanya.. itulah baktiku yg terakhir kpd insan bergelar nenek..
hampir ke penghujung hayatnya, nenek bilang nenek ketemu ibunya..nenek mahu ikut beliau bersama..maka kelam subuh itu, roh terpisah drp ajalnya..
nenek pergi tika aku masih nyenyak tidur di UIA..maka pekat2 dinihari itu juga aku menggagahkan diri memandu pulang..ditemani air mata pilu, hingga bertambah kabur pagi itu..
telah dijanjikan setiap yg hidup akan kembali jua..telah dijanjikan dunia ini persinggahan cuma menuju negeri abadi..
salam Ramadhan Al- Mubarak.....
No comments:
Post a Comment